Ini adalah pemandangan sungai Batang Lupar yang terletak di hadapan rumah panjang saya. Semasa gambar diambil, air masih surut. Apabila air pasang, fenomena yang agak menarik bagi sesetengah orang, berlaku di sepanjang sungai ini. Fenomena yang dipanggil "benak" atau "air pasang" oleh penduduk tempatan di sini (gambar kecil di bawah).
Fenomena air pasang berombak besar yang berlaku di sungai di negara ini mungkin tidak pernah kita saksikan selain di sungai Batang Lupar. Apabila air pasang, air sebegini akan bergerak menyelusuri sepanjang Sungai Batang Lupar dari hilir hinggalah ke hulu sungai ini.
Bagi sesiapa yang berkesempatan ke Sri Aman, jangan ketinggalan menyaksikan fenomena yang agak unik ini. Hinggakan, di tebingan sungai di Bandar Sri Aman dipaparkan waktu air pasang...Tujuannya adalah untuk memudahkan para pengunjung menyaksikan benak.
Semasa IM balik tempoh hari, tebingan sungai di bandar tersebut sedang dalam proses naik taraf. IM fikir, ia bertujuan untuk dijadikan produk pelancongan bagi kawasan tersebut.