Ramai di kalangan manusia yang melakukan persediaan untuk menyambut kedatangan VVIP tertentu, atau persediaan menyambut menantu, atau persediaan untuk memiliki kereta baharu, atau persediaan untuk memasuki rumah baharu, atau pelbagai lagi persediaan duniawi yang lain. Tidak salah, tapi kita cuba untuk mengkoreksi diri, sekadar mana persediaan kita untuk menghadapai hari mati kita?
Pada pagi yang diiringi hujan renyai-renyai di rumah panjang Iban Muslim (IM) ini, ingin dikongsikan bersama salah satu persediaan penting yang boleh sama-sama kita sediakan.
Bertaubat. Menyegerakan taubat atas dosa yang dilakukan terhadap Allah dan sesama manusia. Dosa ialah kotoran batin yang begitu aib untuk dibawa bertemu Allah. Sedangkan mati adalah gerbang pertemuan dengan Allah. Kalau seseorang rakyat yang hendak mengadap raja, dia akan memakai pakaian yang sebaik-baiknya. Maka, begitulah seorang hamba yang hendak mengadap Tuhannya, sewajarnya dia memakai ‘pakaian’ yang sebaik-baiknya untuk mengadap Tuhannya.
Namun dia sedar bahawa Allah tidak melihat rupa lahiriahnyamelainkan jika bersih hatinya daripada dosa-dosa.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa lahir kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.”
29 Jun 2009
Persediaan Mati
Labels: Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 6/29/2009 09:04:00 PG