Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

11 Jun 2009

Iban Muslim Balik Rumah Panjang Esok

InsyaAllah esok (12 Jun) Iban Muslim (IM) akan bercuti agak panjang. IM akan kembali ke kampung halaman di kawasan semi-pedalaman di Sri Aman Sarawak. Rasa rindu pada suasana di rumah panjang IM. Rasa rindu pada mak, abah serta ahli keluarga yang lain. Anak-anak nampaknya semakin tak sabar untuk balik ke rumah panjang IM.

Semoga sahabat-sahabat sekalian dapat mendoakan agar perjalanan IM bermusafir esok terpelihara dari mara bahaya. Semoga terpelihara amal ibadat serta takwa.

Hampir setahun setengah ahli keluarga IM di sini (zaujah & anak2) tidak balik ke kampung IM. Masing-masing dalam semangat yang memberansangkan untuk balik kampung.

Kenapa tak balik raya? Emmm...ada plan juga...tapi, IM fikir belum sampai seru lagi. O ya...doakan sama agar ahli keluarga IM dibukakan pintu hati untuk menerima hidayah dari-Nya. Agak sukar, namun IM try the best. Doakan IM...

InsyaAllah, IM cuba bawakan cerita dari bumi kenyalang setelah sampai di kampung IM nanti.