Seseorang itu dapat dilihat secara zahir bahawa hatinya sakit apabila dia mengekalkan perkara berikut:
· Mudah Marah
· Bakhil
· Riak
· Kejam dan zalim
· Fasiq
· Suka membenci
· Hasad dengki
· Berat melakukan ibadah
· Sombong
Sabda Rasulullah s.a.w; “Banyakkanlah sujud kepada Allah s.w.t, sesungguhnya apabila sujud sekali, Allah akan mengangkat kamu satu darjat dan menghapuskan satu dosa kamu.”
(Riwayat Muslim)
Ya Allah...sesungguhnya kekadang mungkin aku tergolong daripada golongan itu. Lemahnya diriku ini ya Allah. Berilah kekuatan kepadaku ini agar mendapat hati yang benar dan lurus.