Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

13 Jun 2009

Alhamdulillah, akhirnya...sampai di rumah panjang

Alhamdulillah. Saya sekeluarga selamat sampai ke rumah panjang malam tadi, kira-kira jam 9.15 malam. Ahli keluarga sedia menyambut kedatangan kami. Setahun setengah saya tidak balik ke rumah panjang.

Cuma perjalanan dari bandar Sri Aman ke kampung yang mengambil masa kira-kira 45 minit agak mencabar sedikit. Terpaksa mengharungi 'gelombang darat'. Keadaan jalan yang banyak berlubang melambatkan perjalanan. Kelajuan maksimum yang sesuai dipraktikkan adalah 40km/jam. Kalau lebih, boleh mengundang bahaya.

Seterusnya, sampai di rumah panjang, masalah air yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu masih melanda penduduk kampung.

Diharap pihak bertanggungjawab terhadap kemudahan asas tersebut dapat mengambil perhatian yang sewajarnya.

Apa-apapun, syukur atas rahmat Tuhan, perjalanan berjalan lancar.

3G coverage tidak ada, nak layari internet terpaksa guna gprs mode.