Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

16 Jun 2009

Jika patuh perintah Allah...?

Jika ibu bapa patuh perintah Allah,
tentu mereka akan mendidik anaknya ke jalan yang betul;
mereka akan kawal anaknya daripada melakukan larangan Allah.

Jika anak remaja patuh perintah Allah,
tentu mereka akan dengar cakap dan nasihat ibu bapanya;
mereka juga tidak akan melakukan dosa dan maksiat.

Jika pemimpin patuh perintah Allah,
tentu mereka akan menjalankan amanah dengan adil;
mereka sudah pastinya tidak akan melakukan kezaliman,
apatah lagi orang yang di bawah kekuasaannya,