Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

29 Jun 2009

Apabila kamu tidur...

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:

Apabila salah seorang di antara kamu tidur, maka syaitan akan mengikat seutas tali di tengkuk kepalanya. Syaitan memperkuatkan lagi pada setiap simpulan sambil berkata: “Malam yang panjang, tidurlah.” Apabila kamu bangun lalu menyebut nama Allah, maka lepaslah satu ikatan. Jika kamu berwuduk, maka lepaslah satu ikatan lagi. Jika kamu solat, maka terlepaslah satu ikatan lagi. Apabila telah menunaikan solat, maka terlepaslah ikatan yang terakhir sehingga kamu bangun pagi dengan cergas dan jiwa yang bersih. Jika tidak, maka kamu akan bangun pagi dalam keadaan jiwa yang kotor.
(Sahih Bukhari)