Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

7 Jun 2009

Dos Hati

Ambillah dos ini jika hati terasa sakit. Takut nanti membarah, bernanah dan parah.


1. Sentiasa berbaik sangka
Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang setenang mungkin, wajah yang gembira, sopan santun, rela hati, dan jangan sesekali menyombong diri atau meninggi diri.

2. Ketepikan segala sikap hasad dengki
Nyahkan sikap hasad dengki kepada orang lain. Buang jauh-jauh. Sikap mazmumah yang mekar di dasar hati tidak bisa memberi ketenangan pada diri seseorang. Lihatlah sekitar alam...manusia yang berhasad dengki terhadap orang lain akan sentiasa mencari jalan dan peluang untuk melakukan kejahatan kepada orang lain sama ada dengan mengumpat, mencerca, atau menjadi batu api.

3. Senyumlah...senyumlah...ahai...
Senyumlah...dunia akan turut tersenyum kepada kita. Senyum itu sedekah, jangan disalahguna untuk dijadikan umpan maksiat (faham-faham je yer...). Senyum ini menjadi perangsang kepada wajah agar sentiasa awet muda. Anda mesti suka. Maka, senyumlah... : )

4. Gemar menghadiri majlis ilmu
Ini penting sekali. Orang yang terpaut hatinya dengan majlis-majlis ilmu akan senantiasa dirahmati oleh Allah s.w.t. Hidup menjadi lebih tenang kerana dinaungi oleh para malaikat. Majlis umpama majlis zikrullah, ceramah agama, tilawah al-Quran, mutaqa' ulama, usrah, dan yang seumpamanya perlu dihadiri agar hati menjadi lebih sihat.

5. Ikhlas. Hias diri dengannya.
Ikhlas beribadat dan berkebajikan semata-mata mengharap keredhaan Allah. Itu yang terbaik. Jauhi diri untuk mengharapkan pujian, sanjungan, mahupun ganjaran dalam apa jua yang kita lakukan. Perbetulkan niat, insyaAllah hati menjadi ikhlas.


InsyaAllah. Wallahualam.