Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

11 Jun 2009

5 Perkara yang kita ingini

5 perkara yang kita semua mahukannya dan kita berusaha untuk memperolehinya:

1) Wajah yang cantik/tampan;

2) Duit yang banyak;

3) Kesihatan yang baik;

4) Anak-anak yang cerdik dan berjaya (macam kita @ lebih lagi);

5) Tidur yang nyenyak tanpa gangguan.


5 Kaedah yang senang (tapi susah juga...) untuk kita memperolehinya. Nasihat Nabi s.a.w:

1) Barangsiapa yang meninggalkan solat subuh, maka tiadalah padanya nur diwajahnya;

2)Barangsiapa yang meninggalkan solat zuhur, maka tiadalah padanya rezeki yang berkat;

3) Barangsiapa yang meninggalkan solat asar, maka tiadalah padanya kekuatan tubuh badan;

4) Barangsiapa yang meninggalkan solat maghrib, maka tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat;

5) Barangsiapa yang meninggalkan solat isyak, maka tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Sekadar untuk koreksi diri yang mudah lupa dan lalai serta leka dengan kesedapan dunia yang hanya sementara.