Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

9 Jun 2009

Peringatan penting untuk kaum ibu dan bapa!


Pesanan dan renungan buat semua kaum ibu dan kaum bapa yang berkerjaya. Wajib bagi kita semua selaku ibu mahu pun bapa untuk memastikan setiap butir makanan yang disuapkan ke dalam mulut ahli keluarga kita bukan dari rezeki yang telah diracuni oleh bisa rasuah mahupun barah ingkar perintah Allah.

"Aku terlalu sibuk dan bertungkus lumus mencari rezeki".

Itu bukan alasan untuk kita mengabaikan perintah Tuhan!

Atau, kesibukan mengumpul harta menjadikan kita lupa dan ber'Tuhan'kan matlamat yang akhirnya..."matlamat menghalalkan cara".

Jawapan yang jelas bagi kita yang sering tertanya-tanya mengapa anak-anak tidak mendengar kata. Anak-anak degil keterlaluan. Anak-anak malas sembahyang. Anak-anak mengaji payah nak pandai. Bahkan, anak-anak derhaka pada mak bapa sehinggakan bisa sahaja melakukan perkara-perkara yang hina dina!

Nah...sekarang kita periksa, audit, nilai sendiri hasil rezeki kita. Dari manakah sumbernya? Halal ke haram? Atau syubahat? Sedarilah kita semua...itulah yang masuk ke mulut anak-anak kita, tumbuh sebagai daging dan mempengaruhi peribadi mereka.

Buatlah yang terbaik demi mereka. Kaya itu sementara, generasi itu akan rosak jika kita terus menghalalkan cara melalui matlamat yang kita tetapkan.