Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

20 Jun 2009

Ingati pesanan ini, lapang fikiran, terlerai kekusutan

Sabda baginda s.a.w yang bermaksud;

“Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang yang paling khusyuk beribadah. Redhalah dengan rezeki Allah yang kamu terima nescaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berperilakulah yang baik kepada jiran nescaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cintai bagi diri kamu sendiri nescaya kamu tergolong orang Muslim dan janganlah terlalu banyak ketawa, sesungguhnya terlalu banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Di manakah aku ya Allah...Ampunilah hambaMu yang kerdil ini. Sesungguhnya diriku ini terlalu banyak melakukan dosa terhadapMu.