3 racun utama bagi hati berpunca daripada aktiviti anggota badan manusia itu sendiri seperti berikut;
- Anggota lidah apabila tidak pandai menjaga kata-kata, berlebih-lebihan dalam berbicara, suka mengadu domba, mengumpat, memfitnah, dan berlebihan dalam pergaulan akan menjadi racun.
- Anggota mata menjadi racun apabila berlebihan dalam melihat sesuatu yang diharamkan.
- Anggota perut apabila berlebihan ketika makan akan menjadi racun bagi manusia.
Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya; “Janganlah kamu banyak makan dan tidur kerana pada hari akhirat nanti, kamu akan miskin amal solehmu ketika bertemu Allah.”
Ya Allah ya Tuhanku...Peliharalah seluruh anggotaku agar terhindar dari melakukan dosa terhadapMu...Aku tiada daya upaya selain daripada mengharapkan kekuatan yang Engkau kurniakan.