Hanya apabila pemimpin mengingati mati, urusan hidup (termasuk politiknya) akan dibuat dengan rasa takut kepada Allah.
Sejarah telah menyaksikan bagaimana amanah dan profesionalnya "ahli politik" yang ingat mati seperti Rasulullah s.a.w, Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Umar Ibn Aziz (dan ramai lagi...) memimpin, mengurus dan mentadbir keluarga, masyarakat, dan negara mereka.
Banyak mengingati mati bagi pemimpin mengingatkan mereka tanggungjawab yang diamanahkan dan kesannya setelah mati.
Sayidina Abu Bakar, pernah ketika memegang ranting kayu kering sambil berkata,"Alangkah baiknya jika aku jadi ranting kayu ini kerana tidak dihisab oleh Allah di akhirat nanti."
Begitu juga Sayidina Umar pernah berkata, "Jika semua manusia ditakdirkan ke syurga kecuali seorang, maka aku bimbang akulah dia yang seorang itu."
Hanya orang yang ingat mati sahaja yang boleh memimpin dengan baik. Bukan sahaja kerana mereka lebih amanah, jujur, dan adil, bahkan ingat mati akan menjadikan mereka produktif, cekap, dan kompeten.
Amat-amatilah kata-kata Sayidina Umar ini;
"Aku kurang tidur pada siang hari kerana takut urusan rakyat ku tidak selesai. Aku kurang tidur di malam hari kerana takut urusanku dengan Allah tidak selesai..."
Maknanya, ingat mati akan mengusir sikap bertangguh.
Ingat mati pasti akan mendorong kita melakukan kebaikan pada tahap maksimum kerana sedar bahawa kerja kita bukan hanya dinilai oleh manusia tetapi juga oleh Allah.
Oleh sebab itu, wahai pemimpin...Ingatlah MATI!!!
16 Jun 2009
"Ahli Politik" yang ingat mati
Labels: Catatan Iban Muslim, Iban Muslim, Ilmu
Catatan IBAN MUSLIM pada 6/16/2009 10:29:00 PTG