Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

16 Jun 2009

ADAB BEKERJA

1. NIAT
Menghadirkan niat yang ikhlas dan menganggap pekerjaan yang dilakukan sebagai satu ibadah.

2. JANGAN BERTANGGUH
Kerja yang boleh disiapkan hari ini jangan ditangguh esok.

3. BERPAGI-PAGI
Datang awal ke tempat kerja. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:"Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi."(Riiwaat al-Tirmizi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

4. TEKUN
Tekun dan komited dalam pekerjaan, sebagaimana sabda Baginda s.a.w: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu, ia lakukan dengan tekun."( Riwayat al-Baihaqi)

5. RENDAH DIRI
Elakkan perasaan sombong, takbur, riak, ujub dan sifat tercela seumpamanya. Walau hebat mana sekalipun bakat yang kita miliki, sesungguhnya ia satu pinjaman dari Yang Maha Kuasa yakni Allah. Jangan meninggi diri sesama kita.

6. UTAMAKAN IBADAH
Jangan terlalu sibukkan diri dengan kerja seharian sehingga mengenepikan urusan ibadah kepada Yang Maha Pemberi Rezeki yakni Allah Azzawajalla.

7. HALAL
Menjauhi pekerjaan yang mendatangkan sumber rezeki yang tidak halal. Ia pastinya menentukan keberkatan rezeki itu sendiri. Ingat!!! Setiap sesuap nasi yang kita masukkan ke dalam mulut ahli keluarga kita, pasti ia memberi kesan yang mendalam.

8. AMANAH
Tanggungjawab yang dipikul adalah satu tugas yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jika sebaliknya, kita akan digelar sebagai pecah amana.