Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

31 Julai 2009

Pak Lah Kata Mansuh ISA!

"ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru dalam melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA.

"ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan."

(Tun Abdullah Ahmad Badawi -Siasah 26 Jul-1 Ogos 2009)

30 Julai 2009

Makan di Restoran Cina Muslim, Shah Alam

Ini adalah malam terakhir siri kursus di Shah Alam. InsyaAllah esok boleh balik rumah. Malam ni makan di Restoren Cina Muslim di Shah Alam bersebelahan dengan Shah Alam Specialist Hospital, Seksyen 19.



Menu malam ini terdiri daripada Air Tembikai Longan. Emm...alhamdulillah, sedap.


Menu ini namanya Hokkien Mee. Sedap. Hasilnya, tengok gambar di bawah...



Bukan ada syer...tapi alhamdulillah, memuaskan. Semasa saya dan rakan-rakan sampai, kedai makan ini penuh dengan pelanggan, lebih kurang 80 orang. Servis cepat. 15 minit insyaAllah dapat makan. Sesuai untuk bawa keluarga. Pelbagai jenis masakan ala-cina terhidang di sini. Selamat menjamu selera.
Semalam datang dah...malam ini datang lagi... : )


Tips serta Adab Sebagai Seorang Mualaf

1/ Setelah bersama Islam tolong jangan lupa asal usul. Anda tidak akan menukar bangsa anda. Anda Iban, Cina, India, Orang Asli, Dusun Melanau, Murut, dan apajua jenis bangsa, bangsa anda tetap tidak berubah, Yang berubah hanya pegangan hidup. Dari bukan Islam kepada Islam. Daripada yang batil kepada yang haq (benar).

2/ Jangan sesekali kita berasa malu dek kerana kita baharu sahaja usia Islam berbanding rakan Islam yang lain terutama yang memang dilahirkan daripada ibu bapa nya Islam. Setelah mengucap dua kalimah syahadah, kita adalah saudara sesama Islam. Cuma tahap pengetahuan berkaitan agama Islam yang agak berbeza. Jika anda rajin menuntut ilmu, insyaAllah kita berilmu dan orang Islam yang berkualiti tinggi adalah orang Islam yang kaya dengan ilmu Islam.

3/ Jangan mementingkan diri. Maksudnya, setelah kita ditunjukkan hidayah oleh Allah, maka tugas besar kita seterusnya adalah mengajak ahli keluarga kita yang lain kepada Islam. Sememangnya satu tugas yang berat. Jika tidak mampu dengan mulut, tunjukkan akhlak Islam yang baik kepada mereka.

4/ Jangan sesekali bersifat sombong. Kita sebagai Muslim digalakkan menziarahi saudara mara walaupun kita berlainan agama. Lebih-lebih lagi ibu bapa sendiri. Walaupun mereka belum Islam lagi kita sebagai anak perlu menziarahi mereka seperti biasa. Jangan biarkan mereka rasa terpinggir. Sekurang-kurangnya hubungi mereka melalui telefon dari semasa ke semasa.

5/ Sekiranya ibu bapa kita yang masih belum Islam datang bertandang ke rumah kita, jangan berasa janggal dek kerana mereka tidak menutup aurat apabila keluar rumah. Jangan marah mereka kerana itu adalah cara mereka sejak dahulu.

6/ Teruskan berdoa kepada Allah agar mereka juga mendapat petunjuk dan hidayah daripada Ilahi.

28 Julai 2009

Cabaran Aku Bersama Islam

Sekadar ingin berkongsi pengalaman sebagai seorang insan kerdil yang berhijrah dari seorang jahiliah kepada agama Islam yang benar di sisi Allah.

Sememangnya pelbagai persediaan yang perlu dipersiapkan pada diri. Bukan boleh main terjah gitu aje...Ini kerana, soal beragama adalah 'mandatori'. Bukan boleh dibuat main dan dicuba-cuba.

Berikut adalah beberapa persoalan, isu, dan gangguan yang perlu ditangani untuk berhijrah bersama Islam:

1/ Tentangan Keluarga - Ini adalah masalah pertama yang memeningkan manusia sama ada hendak meneruskan niat memeluk Islam atau sebaliknya. Sama ada takut dibuang oleh keluarga atau hendak menjaga hati ahli keluarga. Memilih sesuatu yang baik pasti ada cabarannya. Anda perlu berani! Jangan peningkan kepala anda. Teruskan niat bersama Islam, InsyaAllah Allah akan memudahkan langkah yang seterusnya. Sesungguhnya, Allah bersama-sama kita walau di mana kita berada. Yakin sepenuhnya, dan bertawaakal sepenuh hati pada Allah.

2/ Pelajari ilmu Islam - Sanggupkah belajar perkara baharu? Ya, anda mesti dan wajib jika ini keputusan anda. Islam bukan boleh ikut suka-suka. Ada peraturan (hukum) yang perlu dipatuhi dalam amalan seharian sama. Contoh, nak sembahyang, ada caranya. Perlu belajar. Tak susah. Yang penting ada keinginan hendak belajar. Ini bukan satu beban tetapi satu nikmat yang tidak ada pada orang belum Islam. Yang penting kita ikhlas semasa melakukannya.

3/ Adat nenek moyang ? - Tak perlu lakukan dah. Guna acuan Islam sepenuhnya. Islam ni lengkap dah...tak perlu ikut adat-adat rekaan manusia. Manusia pun Allah yang cipta. Ikut lah perintah Pencipta! Bukan nenek moyang yang cipta kita!

4/ Aurat - Kena tutup! Setelah belajar nanti, tahulah batasannya. Mana yang boleh dilihat? Mana yang tak boleh dilihat? Siapa yang boleh lihat? Dan ingat...jangan ikut 'orang'! Kadang-kadang orang tak betul. Ikutlah peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam sepenuhnya.

5/ Makan minum - Ada yang boleh dan ada yang tak boleh dimakan. Yang pasti, makanan yang dibenarkan adalah yang baik untuk badan kita sebagai manusia. Yang tak dibenarkan tu sudah pasti ada mudaratnya.

6/ Hubungan dengan ibu bapa dan ahli keluarga - Tolong jaga! Jangan putuskan silaturrahim. Tunjukkan akhlak yang baik kepada seluruh ahli keluarga kita. Walau kita berlainan agama, namun mak tetap mak...bapa tetap bapa...

7/ Baca al-Quran - Belajar...belajar...dan terus belajar. InsyaAllah boleh baca. Satu nikmat yang saya pun tak reti nak cerita. Sungguh menakjubkan! Budak kecik pun boleh baca...hang yang tua takkan tak boleh! Jangan malu untuk belajar dari yang berilmu.

8/ Masyarakat sekeliling - Jangan malu orang nak kata apa. Mulut manusia memang kita tak mampu untuk tutup. Biarlah dia nak kata apa. Bangsa keturunan tak boleh diubah. Jangan malu anda orang cina, india, iban, bidayuh, kadazan, orang asli dan sebagainya. Islam untuk semua dan bukan khusus untuk satu bangsa sahaja. Macam saya, saya akui saya adalah Iban Muslim!

9/ Gaya hidup - ubah gaya hidup! Jika bercanggah dengan kehendak dan standard Islam, maka jangan berlengah lagi...tinggalkan. Kalu dulu bangun pagi ikut suka, sekarang...bangun awal untuk solat subuh.

Apa lagi ya?... Banyak lagi. Tapi untuk kali ini, cukup sekadar ini dulu...sekadar ingin mengingati sejarah diri dan boleh dikongsi dengan yang sudi.

Aku bahagia hidup sebagai seorang Muslim.

25 Julai 2009

Di mana Pak Lah?

Inikah wajah terbaharunya...atau masih kekal seperti lama. Kalau beginilah rupa paras PM Malaysia, InsyaAllah! Rakyat secara automatik menjadi 'orang baik'.

Mungkinkah ini sekadar ilusi atau fantasi seorang rakyat yang begitu inginkan pemimpinnya berserban begini.

3 Perkara Mendapatkan Kesedapan Iman

Dari Anas r.a, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 3 perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya ia akan mendapatkan kesedapan iman;

1) Orang yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cintanya kepada yang lain daripada keduanya.

2) Orang yang mencintai orang lain, kerana Allah semata-mata.

3) Orang yang benci untuk kembali kepada kafir, setelah Allah melepaskannya daripada (belenggu) kekafiran itu, sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka "

(Sahih Bukhari)

Keadilan buat Datuk S.S. Subramaniam

Lagi berita orang politik bertukar citarasa berparti. Hari ini mantan Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam mengumumkan keputusannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya menyertai PKR bukan kerana jawatan, saya sudah rasai jawatan yang secukupnya... saya bukan sertai kerana wang, saya ada wang secukupnya tapi saya sertai kerana suasana politik semasa," kata bekas Ahli Parlimen Segamat ini di sini.

Sebelum ini, Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng mengumumkan secara rasmi menyertai parti Keadilan.

Sumber: mStar Online

23 Julai 2009

Kursus Rawatan Terapi al-Quran (Santau, Sihir, Makhluk Halus) : Daftar Di Sini...

MASIH DIBUKA!!! (UPDATE: 2 OGOS 2009)

TAJUK KURSUS:
Kursus Rawatan Terapi al-Quran (Santau, Sihir, Saka, Susuk)

PENYAMPAI:
Tuan Guru Ustaz Abdul Malek Bin Haji Ladzim Al-Azhari

YURAN:
RM 120.00 (Ringgit: Seratus dan Dua Puluh Sahaja)- Bayaran Tunai untuk 6 slot. Dibayar semasa pendaftaran kursus.

6 Siri/Slot seperti berikut:
1/8/2009 (Telah Berjalan) , 15/8/2009, 5/9/2009, 3/10/2009, 17/10/2009, dan 31/10/2009

TEMPAT KURSUS:
Dewan Syarahan, Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

PENDAFTARAN:
Sila Hubungi Unit Kursus Pendek, Kolej Komuniti Bandar Darulaman di talian 04-9182524

Tuan-tuan yang berminat juga boleh memberikan butiran-butiran yang diperlukan pada ruang 'comments' pada posting ini untuk dipanjangkan kepada urusetia kursus berkenaan. Butiran seperti berikut diperlukan:
1. Nama Penuh:
2. No. K/P:
3. No. Telefon Bimbit/Rumah:
4. Alamat Tempat Tinggal:

Atau emelkan kepada ibanmuslim@gmail.com

Penyertaan adalah TERHAD! SEGERA DAFTAR!!!!!

Uthman Bin Abil 'Ash r.a. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah; "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah; "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim )




22 Julai 2009

Bone China: Pinggan Mangkuk Haram




Dari segi definisinya, 'Bone China' atau 'Fine Bone China' dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut;

"Bone China The ingredients of bone china are china clay, china stone, silica, alumina, alkalies, lime and bone ash. It is fired at high temperatures of 2300 to 2500 degrees Fahrenheit. In the best grades of English bone china 50% or more of the bodyconsists of refined bone ash prepared from specially selected animal bones which are reduced to a fine powder by heat. The bone is mixed with the finest china clays and highest quality Cornish stone. Specially skilled workers are needed in the manufacture of bone china and the best and most highly skilled in the world are found in the pottery district of England."

Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja saya mendengar isu berkaitan pinggan mangkuk 'haram' yang diperbincangkan melalui radio IKIM.fm. Pelbagai pendapat dan pengalaman yang dikongsikan oleh para pendengar yang sempat saya dengar sementara sampai ke pejabat.

Di antaranya, ada pendengar yang menyatakan bahawa pinggan mangkuk ini dengan jelas diisytihar sebagai produk yang diperbuat daripada 'tulang babi' pada dokumen import yang diterima di pelabuhan negara.

Jika inilah yang berlaku, kenapa baharu sekarang kita tersedar hal yang begitu serius ini? Kenapa pihak yang bertanggungjawab dalam mengesahkan penerimaan barangan ini di pintu-pintu masuk negara tidak dengan bersungguh-sungguh membantu umat Islam agar tidak terperangkap dengan helah ini.

Kita begitu bersemangat dikenali di seluruh dunia sebagai pengeluar 'logo HALAL' yang diperakui, namun makanan yang halal itu akhirnya diletakkan pada pinggan yang tidak halal. Maka, kita yang menggunakan pinggan seumpama itu turut terhidang dengan keharaman.

Sebagai umat Islam, saya begitu kesal dengan perkara ini. Namun, kita perlu menerima hakikat bahawa musuh-musuh Islam akan menyerang kita bukan sahaja dengan senjata api atau bom peledak, tetapi kita bakal diserang bertali arus dari pelbagai dimensi yang tidak disangka-sangka.

Berhati-hati hidup di dunia!



Solat pada kacamata Rasulullah S.A.W

Mari kita sama-sama menghayati dan koreksi diri tentang peringatan Rasulullah S.A.W berkaitan solat:

"Perkara pertama sekali yang akan dihisab pada diri seseorang di hari kiamat dari amalnya, iaiut tentang solatnya. Jika solatnya benar, yang bersangkutan akan menang dan berhasil. Sebaliknya jika solatnya kurang iaitu (tidak benar), maka yang bersangkutan pun akan rugi dan menyesal." (Riwayat al-Darimi, al-Tabrani dan Hakim)

"Barangsiapa yang menjaga solatnya, maka solat itu akan menjadi cahaya baginya dan petunjuk serta penyelamat pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang tidak menjaga solatnya, maka baginya tidak akan mendapatkan cahaya, petunjuk dan keselamatan pada hari kiamat. Dan pada hari itu dia akan bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubay bin Khalaf (iaitu mereka yang kafir)." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Tabrani)

"Yang membezakan antara seseorang hamba (yang mukmim) dengan seseorang yang kafir, iaitu meninggalkan solat." (Riwayat Muslim dan Ahmad)

21 Julai 2009

Gerhana Matahari Separa Pada 22 Julai 2009 (8.23 pagi)

Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok. Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku jam 8.23 pagi dan berakhir 9.48 pagi.

Namun begitu, menurut sumber daripada Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA),hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku.

Web berikut InsyaAllah boleh digunapakai untuk menyaksikan gerhana tersebut;

www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html
www.saros.org/index.html
www.liveeclipse.org
www.eclipsetv.com

20 Julai 2009

Palestin: 2 cedera dalam pertempuran terbaharu

Ramallah (Gambar) 19/07/2009 – Pertempuran dengan tentera Mahmoud Abbas, bekas ketua Palestin Authority (PA) yang menyerang kem pelarian Jalazone di Ramallah dengan tujuan untuk menculik seorang pemimpin terkemuka Hamas menyebabkan 2 rakyat Palestin cedera.

Dilaporkan (saksi-saksi) sejumlah besar lelaki bersenjata menyerbu kem pelarian jam 2 pagi sambil melepaskan tembakan dan mengepung rumah Khalil Amer untuk menahannya.

Pertempuran kejam meletus antara penduduk di kem pelarian berkenaan dengan tentera Abbas yang menembak secara rambang ke arah orang ramai yang marah, sehingga menyebabkan kecederaan dua saudara terdekat Amer sebelum mereka dihantar ke hospital dan memindahkan ibu dan makciknya selepas mereka didapati pengsan.

Sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Quran: Isra'

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Al-Isra':1)

Hadis: Isra' dan Mikraj

Gambar: Majid Al-Aqsa. Gambar bi bawah menunjukkan lokasi sebenar Masjid Al-Aqsa ini. Jangan kita tertipu dan keliru.
Dari Anas bin malik r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:

"Jibril membawakan kepadaku seekor 'Buraq', iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang daripada keldai dan lebih pendek daripada baghal. Ia dapat melompat sejauh mata memandang. Haiwan itu lalu kutunggangi sampai ke Baitul Maqdis. Sampai di sana haiwan itu kutambatkan di tambatan yang biasa digunakan para nabi. Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan solat di situ dua rakaat. Setelah aku keluar, Jibril datang membawa dua buah bejana, yang satu berisi khamar dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Kata Jibril, "Anda memilih yang benar." Kemudian kami dibawa ke langit. Lalu Jibril minta supaya dibukakan pintu. Jibril ditanya, "Anda siapa?" Sahut Jibril, "Aku Jibril!" Tanya:"Siapa bersama anda?" Jawab: "Muhammad!" Tanya: "Sudah diutuskah dia (menjadi rasul)?" Jawab:"Ya benar! Dia sudah diutus!" Setelah itu baharulah pintu dibukakan untuk kami. Sekonyong-konyong aku berjumpa dengan Adam. Beliau mengucapkan, "Selamat datang" kepadaku serta mendoakanku semoga beroleh kebaikan. Kemudian kami naik ke langit kedua. Jibril a.s minta dibukakan pula pintu. Lalu dia ditanya: "Siapa Anda?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!" Tanya: "Siapa bersama anda?" Jawab: " Muhammad!" Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" Setelah itu baharulah pintu dibukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan dua orang, iaitu 'Isa anak Maryam dan Yahya bin Zakaria 'alaihimas salam. Keduanya mengucapkan 'Selamat datang' kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan. Kemudian aku dibawa lagi naik ke langit ketiga. Jibril a.s minta dibukakan pula pintu. Lalu dia ditanya: "Siapa Anda?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!" Tanya: "Siapa bersama anda?" Jawab: " Muhammad!" Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" Lalu pintu dibukakan bagi kami. Sekonyong-konyong aku bertemu dengan Yusuf a.s, yang kecantikannya seperdua dari seluruh kecantikan yang ada. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku beroleh kebaikan. Sesudah itu kami dibawa naik ke langit keempat. Jibril a.s minta dibukakan pula pintu. Lalu dia ditanya: "Siapa Anda?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!" Tanya: "Siapa bersama anda?" Jawab: " Muhammad S.A.W!" Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" Setelah itu baharulah pintu dibukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Idris a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan. Firman Allah: "Kami naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi." (Maryam:57). Kemudian kami naik ke langit kelima. Jibril a.s minta dibukakan pula pintu. Lalu dia ditanya: "Siapa Anda?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!" Tanya: "Siapa bersama anda?" Jawab: " Muhammad!" Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" Setelah itu baharulah pintu dibukakan untuk kami. Sekonyong-konyong aku bertemu dengan Harun a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan. Kemudian kami naik ke langit keenam. Jibril a.s minta dibukakan pula pintu. Lalu dia ditanya: "Siapa Anda?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!" Tanya: "Siapa bersama anda?" Jawab: " Muhammad!" Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" Setelah itu baharulah pintu dibukakan untuk kami. Sekonyong-konyong aku bertemu dengan Musa a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan. Kemudian kami naik ke langit ketujuh. Jibril a.s minta dibukakan pula pintu. Lalu dia ditanya: "Siapa Anda?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!" Tanya: "Siapa bersama anda?" Jawab: " Muhammad!" Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" Setelah itu baharulah pintu dibukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Ibrahim a.s sedang bersandar ke Baitul Ma'mur, di mana 70 ribu malaikat setiap hari masuk ke dalamnya dan mereka tidak pernah kembali lagi dari situ. Kemudian Jibril membawaku ke Sidratul Muntaha, mendapatkan sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah, dan buahnya sebesar kendi. Setiap kali ia tertutup dengan kehendak Allah, ia berubah sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang sanggup mengungkapkan keindahannya. Lalu Allah menurunkan wahyu kepadaku, mewajibkan solat 50 kali sehari semalam. Sesudah itu aku turun ke tempat Musa a.s. Musa bertanya, "Apa yang telah diwajibkan Tuhanmu kepada umatmu?" Jawabku, "Solat 50 kali." Kata Musa, " Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terhadap Bani Israil. Kata Nabi S.A.W, "Aku kembali kepada Tuhanku, lalu aku memohon. 'Ya Tuhan! Berilah umatku keringanan!" Maka Allah menguranginya lima." Sesudah itu aku kembali kepada Musa. Kataku, "Allah menguranginya lima." Kata Musa, "Umatmu tidak akan sanggup menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan. Kata Nabi S.A.W selanjutnya, "Aku jadi berulang-ulang pulang pergi antara Tuhanku Tabaraka wa Ta'ala dengan Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: "Kesimpulannya ialah solat lima kali sehari semalam. Bagi tiap-tiap satu solat, sama nilainya dengan sepuluh solat; maka jumlah nilainya 50 juga. Dan siapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya, dituliskan untuknya (pahala) satu kebajikan. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak jadi dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya. Tetapi jika dilaksanakannya, maka ditulis baginya balasan satu kejahatan. Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa a.s, lalu keceritakan kepadanya apa yang difirmankan oleh Tuhanku itu. Kata Musa, " Kembalilah kepada Tuhanmu, dan mintalah keringanan." Jawab Rasulullah S.A.W, " Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhanku meminta keringanan, sehingga aku malu kepadaNya.
(Shahih Muslim)



Demikianlah salah satu hadis yang menggambarkan perjalanan Nabi S.A.W pada malam Isra' dan Mikraj tersebut. Sama-samalah kita menghayati peristiwa bersejarah dalam Islam ini untuk kita mengaudit diri kita, dan tanyalah diri kita, "Islamik kah hidupku ini?" Seterusnya, "Cukup sempurnakah solat aku selama aku hidup ke dunia ini?" Seterusnya, "Adakah aku merupakan umat Muhammad S.A.W yang sentiasa menjaga solat?" Dan, "Cukupkah 5 waktu sehari semalam solatku?"

Kalau masih rongak di sana dan di sini solat kita, sewajarnya kita malu pada diri, malu pada Allah, malu pada nabi, dan malu kepada seluruh alam ini kerana sesungguhnya kita adalah umat yang lalai mengerjakan perintah Allah.

Bagi umat yang sentiasa memelihara kesempurnaan solat, tahniah diucapkan. Teruskan dengan istiqamah, semoga mendapat ganjaran setimpal dari Allah Azza wa Jalla.

Bagi rakan yang baharu memeluk Islam, pelajarilah cara solat yang betul...Jangan berputus asa, sesungguhnya ada sinar yang menerangi jalan orang-orang yang bertaqwa. InsyaAllah. Wallahualam.


19 Julai 2009

Isra' dan Mikraj

Sempena Malam Isra' dan Mikraj ini, saya ingin bawakan beberapa peristiwa yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W semasa Isra' dan Mikraj. Ini tidak lain dan tidak bukan, sekadar untuk mengingatkan diri saya yang lalai dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim.

1. Adanya sekelompok kaum yang menanam benih pada suatu hari, kemudian tumbuh subur dan diketamnya buahnya pada hari itu juga. Dan setiap kali habis diketam, langsung berbuah kembali, lalu diketamnya lagi. Begitulah keadaanya berulang-ulang.

Inilah gambaran bagi mereka para mujahid yang berjuang membela dan menegakkan agama Allah Ta'ala, kebaikan mereka dilipatgandakan sehingga 700 kali nilai kebajikan/pahala. Ini termasuklah mereka yang sanggup menginfakan (sedekah/derma) harta mereka untuk agama Allah yakni Islam.

2. Ada pula kaum yang kepalanya dipukul dengan batu hingga pecah dan tiap-tiap selesai dipecah kemudian tercantum kembali, lalu dipecah lagi dan tercantum kembali secara berulang-ulang dengan tiada hentinya.

Itulah gambaran manusia yang otaknya merasa keberatan untuk menunaikan solat fardhu.

3. Ada juga kaum yang hanya ada secawat kain untuk menutup alat pengeluarannya yang hadapan dan secawat kain untuk menutup alat pengeluarannya yang belakang. Mereka saling berkeliaran seperti unta dan kambing yang sedang digembalakan. yang mereka makan adalah tanaman berduri serta pahit rasanya seperti bara api neraka jahanam dan batu-batunya yang panas.

Itulah mereka yang tidak mengeluarkan zakat hartanya.

4. Kemudian, Nabi S.A.W diperlihatkan dengan kaum yang di hadapan mereka disediakan daging yang masak dan nyaman yang terletak di dalam periuk, dan ada pula daging yang mentah lagi busuk dalam periuk yang lain. Tetapi kaum itu tetap memilih daging mentah lagi busuk dan meninggalkan daging yang masak yang baik lagi nyaman tersebut.

Itulah gambaran bagi kaum lelaki yang mempunyai isteri yang halal lagi baik-baik, tetapi masih juga mendatangi wanita lain. Ia pun bermalam dengan wanita itu sampai pagi. Demikian pula wanita yang meninggalkan suaminya yang halal dan baik, lalu mendatangi lelaki hidung belang (haram). Dia pun bermalam (ditiduri) lelaki tersebut sampai pagi (zina).

5. Perjalanan Nabi S.A.W diteruskan sehinggalah berjumpa dengan sebatang kayu yang melintang di tengah jalan. Tidak sehelai kain untuk suatu benda apa pun yang melaluinya, melainkan pasti terkoyak kerananya. Maka bertanyalah Nabi Muhammad S.A.W kepada Malaikat Jibril, " Apakah gerangan ini wahai Jibril?" Jibril menjawab, " Ini adalah perumpamaan sekelompok dari umatmu yang suka duduk-duduk di jalan lalu mengadakan gangguan kepada orang yang lalu lalang."

6. Kemudian dijumpai Nabi S.A.W seorang lelaki yang mengumpul seberkas kayu dan ia sudah tidak berdaya untuk memikulnya, tetapi masih juga ditambahnya kayu-kayu lain ke atas dirinya.

Ini adalah gambaran manusia yang menanggung amanat dari manusia yang mana ia sudah tidak mampu menunaikannya, tetapi ia masih juga sanggup menanggung amanah/tanggungjawab/tugas tersebut.

7. Ada pula kaum yang digunting lidah dan bibirnya dengan gunting dari besi. Tiap-tiap selesai digunting, tumbuh lagi. Begitulah dilakukan secara terus menerus.

Itulah tukang-tukang penyebar fitnah.

8. Kemudian Nabi S.A.W datang ke suatu lubang yang kecil dan dari dalamnya keluar seekor lembu yang sangat besar. Lembu itu ingin kembali masuk ke lubang tempat ia keluar tadi,tetapi tidak dapat. Nabi S.A.W bertanya, "Apakah ini wahai Jibril?" Jibril menjawab, " Ini adalah perumpamaan dari umatmu yang mengucapkan perkataan yang bukabukan, kemudian ia menyesal atas pembicaraannya itu, tetapi ia tidak dapat lagi menariknya."

9. Dan dilihat oleh Nabi Muhammad S.A.W suatu kaum yang perutnya buncit sebesar rumah, setiap hendak bangun mereka jatuh tersungkur.

Itu adalah orang-orang yang suka makan riba, mereka tidak berdiri melainkan seperti berdirinya orang gila.

10. Ada juga Nabi S.A.W melihat beberapa kaum yang mulut seperti muncung unta. Mulutnya ternganga lebar lalu dimasuki bulatan-bulatan api, kemudian api tersebut keluar semula dari duburnya.

Mereka itu adalah orang yang memakan harta anak-anak yatim secara aniaya. Sebenarnya mereka itu memasukkan api ke dalam mulutnya dan kelak akan masuk ke dalam neraka.

11. Seterusnya, diperlihatkan juga orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah bercampur nanah dan dilemparkan dengan batu.

Ini adalah gambaran manusia yang sentiasa mengambil riba.

12. Turut dilihat oleh Nabi Muhammad S.A.W, wanita menangis meminta pertolongan sambil menyiat-nyiat (menghiris) kulitnya tetapi tiada yang sanggup membantu.

Ini satu gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

13. Seterusnya, Nabi S.A.W melihat sekelompok wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk.

Ini gambaran balasan bagi wanita yang tidak menutup auratnya (rambut).

14. Diperlihatkan juga lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya.

Ini adalah gambaran balasan yang bakal diterima oleh orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

15. Nabi S.A.W juga melihat wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar.

Balasan bagi wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

16. Seterusnya, diperlihatkan juga wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya.

Ini adalah balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

17. Seterusnya, Nabi S.A.W melihat wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan.

Ini hukuman bagi wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

Pelbagai peristiwa yang dilihat dengan jasab dan mata Nabi S.A.W sepanjang perjalanan Isra' dan Mikraj tersebut. Bukan dalam bentuk mimpi atau perantaraan malaikat. Tetapi Baginda nabi Muhammad S.A.W ditemani malaikat Jibril sepanjang peristiwa ini kecuali semasa bertemu langsung dengan Allah untuk menerima perintah Solat yang kita sebagai umat Islam kerjakan hingga hari ini. Asalnya Allah perintahkan solat sebanya 50 kali sehari semalam sehinggalah akhirnya menjadi 5 kali. Walaupun begitu 5 waktu solat tersebut menyamai nilai solat 50 kali tersebut.

Pada peringkat awal saya memeluk agama Islam ini, saya mendengar ceramah berkaitan Isra' dan Mikraj ini yang dianjurkan oleh Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sungguh terkesan di hati. Sedarilah bahawa setiap perlakuan kita di dunia ini pasti akan menerima balasan (baik atau buruk) yang setimpal, adil, dan sewajarnya daripada Allah Taala Yang Maha Perkasa.

Maka, "Berhati-hatilah Hidup Di Dunia".

Pelajar Saya Memeluk Islam

14 Julai, 1.22 petang yang lalu saya menerima sebuah khidmat pesanan ringkas (RMS) dari seorang sahabat. Beliau memaklumkan bahawa bekas pelajar yang pernah saya ajar telahpun memeluk agama Islam pada hari berkenaan. Allah Taala telah mencampakkan hidayah ke dalam hatinya untuk memilih Islam sebagai jalan penerus bagi kehidupannya di dunia ini. Sama-samalah kita mendoakan agar beliau berpegang teguh pada ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kita semua teruskan sehingga ke akhir hayat.

Semasa saya sebagai pengajarnya di bilik kuliah, namanya Joshua Chandran Naidu. Kini, beliau bersama-sama kita dalam Islam dengan nama baharunya, Muhammad Ayman Joshua.

Apa yang penting adalah langkah-langkah yang seterusnya dalam mengamalkan agama Islam yang syumul ini.

Harapan dan doa saya adalah agar Muhammad Ayman dapat beramal dengan amalan Islam, dan belajar berkaitan Islam melalui orang Islam yang mengamalkan ajaran Muhammad S.A.W yang sebenar. Semoga Allah memudahkan jalan-jalan yang seterusnya untuknya. Insya-Allah.

18 Julai 2009

Israel mengaku sengaja membunuh orang awam di Gaza




Hamas berkata bahawa pengakuan daripada askar Israel (IOF) kepada organisasi Israel Breaking the Silence merupakan keterangan yang jelas dimana askar-askar IOF telah melakukan jenayah perang semasa peperangan terbaharu di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri dalam satu siaran akhbar berkata askar-askar itu telah mengaku dengan sengaja mensasarkan orang awam, menggunakan mereka sebagai perisai manusia, melepaskan tembakan bertubi-tubi dan memusnahkan rumah-rumah tanpa sebarang justifikasi.

Pengakuan itu katanya berjaya menolak kenyataan Israel yang menafikan mereka bertanggungjawab atas jenayah-jenayah perang yang dilakukan di Gaza.

Source/Sumber:http://www.palestine-info.co.uk/en/

17 Julai 2009

3 Bentuk Zuhud

Imam Ahmad mengkategorikan zuhud kepada 3 bentuk iaitu:

Yang Pertama:
Meninggalkan sesuatu yang HARAM, dan ini adalah zuhud orang awam.

Yang Kedua:
Meninggalkan berlebihan terhadap yang HALAL, ini adalah zuhud golongan yang khusus.

Yang Ketiga:
Meninggalkan segala sesuatu yang menghalangnya daripada mengingati Allah, dan ini adalah zuhud orang arif.

Mencintai dunia secara keterlaluan dan penuh kerakusan adalah sesuatu yang tercela pada pandangan Islam. Ini adalah satu penyakit yang amat merbahaya dalam masyarakat hari ini. Cinta dunia dan kerakusan tersebut merupakan ibu kepada segala penyakit sosial yang semakin menjadi-jadi. Pandangan manusia yang berlebih-lebihan fokus kepada harta dan pangkat menjauhkan mereka daripada rahmat Allah.

Dengan yang demikian, segala perilaku yang dipertontonkan seharian tidak menggambarkan seseorang itu terhadap acuan Islam yang sebenar.

Lebih menyedihkan lagi, rentetan daripada itu, berleluasanya masalah perzinaan, perjudian, ketagihan arak, riba, rasuah dan segala macam masalah dunia hari ini. Puncanya adalah jauhnya kita daripada hidayah dan petunjuk daripada Allah. Betapa gagalnya kita menongkah arus dunia yang penuh dengan ujian ini.

Manusia yang jauh daripada sifat zuhud itu begitu mudah terjerumus ke lembah kehinaan dan dengan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu ke arah perkara yang terlarang di sisi agama.

Bagi golongan manusia yang gagal dengan rayuan harta dan pangkat ini, mereka dengan mudahnya mengenepikan tegahan-tegahan agama demi memuaskan kata nafsu.

Sehinggakan Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa,
"Tidaklah dua serigala lapar yang dikirimkan pada kambing melebihi bahayanya daripada kerakusan seseorang terhadap harta dan kedudukan." (Riwayat al-Tirmizi)

Moga-moga kehidupan kita seharian tidak lari daripada acuan Islam. Dan, pembawaan yang kita kendong seharian selari dengan tuntutan Islam yang sebenar. Kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini perlulah menjadi role model kepada golongan yang belum mendapat petunjuk Allah agar mereka rasa terpanggil untuk bersama-sama di atas jalan Allah yang lurus lagi benar ini.

16 Julai 2009

Belajar Bahasa Iban : Perkataan Asas

Di dalam segmen ini, saya akan bawakan beberapa perkataan asas yang sering digunakan oleh kita semua seharian.

Saya = Aku
Awak/Kamu = Nuan / Dik
Makan = Makai
Minum = Ngirup
Mandi = Mandi '
Tidur = Tindok
Air = Ai'
Cakap = Jako
Kerja = Kereja
Malam = Malam
Siang = Tawas
Anak = Anak
Ayah / Abah= Apai /Aba'
Emak /Ibu = Emak / Indai
Datuk = Aki'
Nenek = Ini'
Tua = Tuai
Rumah = Rumah
Panjang = Panjai
Pendek = Pandak
Rokok = Insap
Merokok = Nginsap
Jahat = Jai'
Baik = Manah
Sihat =Gerai
Adik = Menyadi'
Sayang = Sayau
Bola = Bol
Bagaimana = Baka ni
Di mana = Dini
Di sana =Din
Di situ = Ditu'
Jalan = Jalai
Berjalan = Bejalai
Sudah = Udah
Belum = Bedau /Apin

Berikut pula disenaraikan sebilangan kata hubung yang biasa digunakan seharian;

dan = enggau atau tauka
serta = sereta
tetapi = tang
malahan = taja pan
sambil = sambil
kerana = laban
agar = ngarap ka
meskipun, walaupun = taja pan
sekiranya = enti sema
jika = enti
semasa = benong
setelah = pengudah

Demikian sebilangan kecil kata asas yang biasa digunakan dalam Bahasa Iban. Dari aspek perbualan seharian, InsyaAllah akan di post kan pada posting akan datang.

Selamat Belajar...

15 Julai 2009

Pesawat Caspian Airlines Terhempas

Sekurang-kurangnya 168 penumpang dan anak kapal pesawat Caspian Airlines terkorban dalam nafas yang berlaku 120km barat laut Tehran.

Pesawat buatan Rusia (1987) tersebut terhempas 16 minit sebaik sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini.

Inilah peringatan bagi kita yang masih hidup. Mati itu tidak diduga dan tidak tahu bila ia akan datang. Maka, bersegeralah kita bertaubat agar kita tidak menyesal di alam yang seterusnya selepas alam dunia.

14 Julai 2009

KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI: PAS MENANG

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL DUN MANEK URAI

UMNO (BN)........ 5283 UNDI
PAS (PR)............. 5348 UNDI

MAJORITI......... 65 UNDI


TAHNIAH KEPADA YANG MENANG. BAGI YANG KALAH CUBA LAGI DI LAIN PELUANG. SELAMAT BERKHIDMAT Y.B

PAS MENANG (TAK RASMI) MAJORITI TIPIS

PAS = 5363
BN = 5293

MAJORITI = 70
UNDI ROSAK =90

KELUAR MENGUNDI = 10476 (87.42%)

87.33% Mengundi di Manek Urai

87.33% atau 10, 736 daripada 12,293 rakyat DUN Manek Urai berjaya menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin bagi mewakili DUN mereka selepas semua pusat pembuangan undi ditutup secara rasmi jam 5.00 petang tadi.

Sekarang, proses pengiraan undi sedang rancak dilakukan dan keputusan bakal diketahui seawal jam 8.00 malam ini.

13 Julai 2009

Negeri Kelantan Cuti Peristiwa Esok!

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Menteri besar Negeri Kelantan membuat pengisytiharan berikut:


"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'. "

"Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian."

"Lagipun ada juga pengundi di Dun Manek Urai terdiri dari pegawai kerajaan, oleh yang demikian bagi mengurangkan kesulitan mereka, kita mengisytiharkan cuti tersebut."

Bagi pihak swasta, beliau berkata,"yalah takkanlah pihak majikan nak kira untungnya sahaja."

Head Hunter...Antu Pala...Tengkorak Musuh...



Apa dia ni??? Ini adalah tengkorak manusia yang masih ada di rumah panjang saya. Tinggal 5 biji sahaja lagi, dulu banyak...tinggal yang ini sahaja, selebihnya kena curi.

Dari mana dapat? Bukan saya yang dapat. Nenek moyang terdahulu...Zaman 'potong kepala' atau "Head Hunter"...Parang yang digunakan semasa zaman itu juga masih disimpan oleh bapa saya. Dulu pernah 'orang putih' datang rumah nak beli parang tersebut dengan harga RM1000 (sekitar tahun 70-an), tapi bapa saya kata 'Not For Sale'...

Terlupa pula saya untuk rakamkan gambar parang tu...Menurut orang dulu-dulu, tengkorak-tengkorak (org Iban panggil 'antu pala') ini melambangkan kekuatan zaman mereka. Siapa yang handal bertarung, maka mereka dapat membawa tengkorak2 ini balik dari medan peperangan.

Zaman dulu, mereka bermusuh-musuhan di antara satu sama lain. Dengan itu, beberapa siri peperangan tercetus. Perbuatan menyerang musuh ke rumah panjang musuh dipanggil sebagai "ngayau". Pada zaman ini sudah tidak ada lagi perbuatan-perbuatan seperti itu. Jika ada, sudah pasti akan didakwa melalui sistem perundangan yang ada.

Janganlah tuan/puan takut untuk datang ke rumah panjang. Ini cuma bingkisan kisah silam masyarakan Iban.

Gambar kenangan: Hidro Batang Ai




Pemandangan di sekitar Empangan Hidro Batang Ai, Lubok Antu, Sri Aman Sarawak semasa lawatan saya dan keluarga pada 30 Jun lalu. Perahu panjang digunakan sebagai pengangkutan utama bagi penduduk Iban yang mendiami kawasan sekitar empangan luas ini. Perahu panjang dijadikan 'teksi' untuk mengangkut penumpang yang ingin ke destinasi yang dituju. Cikgu-cikgu yang 'posting' di sekolah-sekolah di hulu empangan ini perlulah menaiki perahu panjang ini untuk ke sekolah. Hujung minggu, sekiranya hendak ke Pekan Lubok Antu atau Betong, naik perahu ini... Best juga...pemandangan di sekitar empangan ini memang menarik...Datanglah ke sini... O...ya...berdekatan dengan lokasi ini terdapat sebuah resort yang diberi nama Longhouse Resort. Semasa lawatan tempoh hari ramai pelancong-pelancong asing yang menginap di resort ala-rumah panjang tersebut.


Mufti Perlis: Mualaf Tak Perlu Nikah Semula

KANGAR [Berita Harian Online]: Nurul Natrah Abdullah, 29, wanita mualaf yang dikesan mempunyai identiti bertindih dengan individu lain di Klang, tidak perlu bernikah semula dengan suaminya, walaupun dinasihatkan berbuat demikian oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Malah, bagi Juanda tiada sebab bagi wanita itu untuk berbuat demikian hanya kerana dinasihatkan JPN, sedangkan pada dasarnya urusan akad nikah antara Nurul Natrah dan suami, Sakidan Ahmad, 37, dilihat sah.

Katanya, urusan akad nikah terbabit dilakukan bukan dengan nama asalnya iaitu Maheswary a/p Kuppusamy yang dikatakan milik individu lain, sebaliknya menggunakan nama Islam yang didaftarkan kepadanya iaitu Nurul Natrah Abdullah.

"Jadi, secara kasarnya urusan itu dilihat sah, apatah lagi Nurul Natrah sendiri hadir pada majlis terbabit dengan menggunakan namanya sendiri yang didaftarkan selepas memeluk Islam."

"Pendek kata, itulah dia dan dia adalah dia ketika urusan akad nikah berlangsung dan dia hadir tanpa menyamar sebagai individu lain. Bagaimanapun, Nurul Natrah diminta hadir ke pejabat agama negeri untuk mendapatkan pengesahan terperinci," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Berita Harian, semalam melaporkan, Nurul Natrah yang juga ibu kepada lima anak bingung selepas mendapati identiti yang digunakan sejak lebih 20 tahun lalu sebenarnya palsu dan milik orang lain.

Justeru, dia kini hidup seperti pelarian apabila tidak memiliki identiti dan pengenalan diri kerana semua dokumen miliknya termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran diarah diserahkan kepada JPN dan dia bakal berdepan tindakan jika gagal berbuat demikian.

Paling teruk, pegawai JPN di Putrajaya turut memaklumkan urusan akad nikahnya dengan suami pada 2004 lalu dikhuatiri sebagai tidak sah kerana menggunakan identiti palsu dan meminta beliau melakukan akad nikah semula, untuk mengelakkan daripada bergelumang dosa.

Sementara itu, Juanda menyelar tindakan pegawai JPN bertugas kerana bertindak di luar bidang kuasa, dengan menasihati Nurul Natrah supaya melakukan semula akad nikah.



IM:: Bukan semua orang boleh memutuskan sah atau tidak keimanan seseorang itu. Maka, jangan menambah keliru kepada golongan seperti kami. Jangan menambah gusar di hati kami. Kalian beruntung...celik-celik sudah tertulis ISLAM di sijil lahir! Golongan seperti kami melalui liku dan ranjau yang panjang sebelum bertemu jalan yang lurus ini.

12 Julai 2009

Gambar Kenangan: Panorama indah di Kuching Waterfront


Pemandangan Kuching Waterfront. Boleh lah menghayati pemandangan indah ini sambil menikmati hidangan tempatan yang dijual di sepanjang tebingan ini seperti laksa Sarawak dan berbagai lagi...Best...


Gambar ini diambil semasa menaiki "Teksi Sungai" @ perahu tambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak. Sekiranya nak beli Kek Lapis terus dari 'kilang', boleh lah menaiki perahu tambang ini dengan tambang tanpa tol...RM0.50 sahaja! Lama tak naik perahu seronok ler jugak...Di dalam gambar tu, pelajar sekolah dari seberang sungai menaiki perahu ini untuk ke sekolah. Best juga...Datanglah tengok sendiri...

Gambar Kenangan: Kek Lapis, Tikar Sarawak...


Tikar Sarawak...Datang ke Kuching, jangan lupa buah tangan menarik ini. Boleh didapati di deretan kedai di Tebingan Kuching (Kuching Waterfront). Perkhidmatan pos hingga ke depan pintu turut disediakan...


Ini dia kegemaran ramai. Beli terus dari rumah. Di rumah ini, proses pembuatan kek lapis dilakukan. Pelbagai pilihan. Saya takde syer...cuma nak syer info ajer...Boleh ditempah secara online...taip website yang tertera bada banner tuu...

Tajau Lama



"Tajau Lama"...tembikar turun temurun yang terdapat di rumah panjang. Biasanya tembikar yang dipanggil sebagai "tajau" ini disimpan sebagai aset beharga. Walaupun pada masa ini pelbagai jenis dan corak tembikar yang dihasilkan, namun nilainya tidak setanding tajau yang mencecah usia ratusan tahun ini.

11 Julai 2009

Muslims in Europe

Muslims in Europe were able to get a unique benefit from each tough experience.

Kembara Hamba: Dari Alam Roh hingga ke Syurga atau Neraka

ALAM ROH

"Bukankah Aku ini Tuhanmu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudan-Mu)."
(al-A'raf:172)

ALAM RAHIM
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama 40 hari. Sebaik genap 40 hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap 40 hari ketiga bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah S.W.T mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan..."
ALAM DUNIA
"Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya."
(al-Mulk:2)
ALAM BARZAKH
"Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi akan terdedah nyata dan Kami himpunkan mereka (di padang mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorang pun dari mereka."
(al-Kahfi:47)

ALAM MAHSYAR
"Mereka diddedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat) : Masukanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!"
(Ghaafir: 46)

ALAM SYURGA ATAU NERAKA
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya."
(Ali Imraan:185)

Surat Nik Aziz Kepada Najib


Disalin dari http://www.blogtokguru.com

(S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.

Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.

Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat ke arah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat



IM:: Surat ini masih tidak dijawab oleh Najib sehingga ke saat ini. Sabar menunggu...Rakyat pasti ternanti-nanti perdebatan di antara dua pemimpin utama negara. Presiden UMNO vs Mursyidul Am PAS. Bila? Hanya dalam pengetahuan Allah S.W.T.

Turki label China sebagai "genocide"

Foto:AP

Di Istanbul, penunjuk perasaan membakar bendera negara China sebagai tanda bantahan terhadap China dalam menangani isu di Wilayah Xinjiang. Recep Tayyip Erdogan menyifatkan apa yang berlaku tersebut sebagai "genocide".

Urumqi: Solat Jumaat tetap dilaksanakan.







Umat Islam di Urumqi, China tetap menunaikan solat Jumaat walaupun masjid-masjid utama di Urumqi diarahkan ditutup oleh pihak berkuasa. Jangka masa solat Jumaat turut dipendekkan kepada 10 minit.


Para jemaah ini mendesak pihak polis yang berkawal di kawasan masjid berkenaan agar dibenarkan memasuki masjid bagi melaksanakan solat Jumaat.

Semoga Allah melindungi seluruh kaum muslimin dan muslimat. Amin...


10 Julai 2009

Masjid Utama di Urumqi, China ditutup

Lelaki China Uyghur membuka pintu pagar sebuah masjid utama di Urumqi pada Khamis lalu semasa lawatan pihak media



Lima masjid utama berdekatan kawasan rusuhan etnik hujung minggu lalu di Urumqi, barat wilayah Xinjiang, ditutup pagi tadi (Jumaat) atas factor keselamatan.

Namun begitu, masjid-masjid kecil di Bandar berkenaan masih dibuka, menurut agensi berita Xinhua.

“Masjid dianggap kawasan sensitif ditutup atas nasihat imam masjid berkenaan,” lapor pegawai hubungan agama Wilayah Xinjiang. “Kebanyakan orang muslim mengerjakan sembahyang di rumah sejak peristiwa hujung minggu lalu hinggalah keadaan kembali reda”.

Jumaat adalah hari utama (mulia) bagi umat Islam untuk mengerjakan ibadat, khasnya sembahyang Jumaat.

Rusuhan yang berlaku Ahad lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 156 orang dan lebih 1000 orang cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Askar-askar masih berkawal ketat di beberapa lokasi di jalanan sekitar Urumqi.-(SUMBER BERITA: CNN)

9 Julai 2009

Benak di Sungai Batang Lupar






Ini adalah pemandangan sungai Batang Lupar yang terletak di hadapan rumah panjang saya. Semasa gambar diambil, air masih surut. Apabila air pasang, fenomena yang agak menarik bagi sesetengah orang, berlaku di sepanjang sungai ini. Fenomena yang dipanggil "benak" atau "air pasang" oleh penduduk tempatan di sini (gambar kecil di bawah).





Fenomena air pasang berombak besar yang berlaku di sungai di negara ini mungkin tidak pernah kita saksikan selain di sungai Batang Lupar. Apabila air pasang, air sebegini akan bergerak menyelusuri sepanjang Sungai Batang Lupar dari hilir hinggalah ke hulu sungai ini.

Bagi sesiapa yang berkesempatan ke Sri Aman, jangan ketinggalan menyaksikan fenomena yang agak unik ini. Hinggakan, di tebingan sungai di Bandar Sri Aman dipaparkan waktu air pasang...Tujuannya adalah untuk memudahkan para pengunjung menyaksikan benak.

Semasa IM balik tempoh hari, tebingan sungai di bandar tersebut sedang dalam proses naik taraf. IM fikir, ia bertujuan untuk dijadikan produk pelancongan bagi kawasan tersebut.







Kos PPSMI RM12 Bilion???

Empat atau lima buah universiti di dalam negara kita ini boleh dibina dengan kos PPSMI? Betul ke?

Betul ke PPSMI kosnya hanya 12 Bilion?

Banyaknya dilaburkan/dibazirkan di situ?

Mana tahu? (Baca di sini)

Selebihnya dengan terperinci kita tunggu pembentangan kos sebenar (jika ada) oleh pihak bertanggungjawab.

Najib hanya mendapat B -

Sumber bacaan: Baca di sini dan di sini.

Mengikut gred yang digunapakai di institusi saya belajar dulu, beliau layak mendapat gred B- (B minus).
Dan pensyarah akan catatkan di kertas jawapan tersebut begini;
"Pencapaian sederhana. Anda perlu berusaha lebih gigih lagi. "
Situasi di bilik darjah/kuliah sememangnya berbeza dengan situasi mengurus pentadbiran negara. Pengurusan pentadbiran negara memerlukan prestasi yang cemerlang agar negara dapat diurus tadbir dengan efisyen.

Amerika Syarikat dan Korea Selatan menjadi sasaran serangan siber

Serangan siber secara besar-besaran yang melanda 2 negara besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan (Capaian lanjut, sila klik di sini dan di sini) sejak beberapa hari lalu perlu kita bimbangi walaupun dari segi lokasi kita berada agak jauh daripada negara berkenaan. Namun, sistem yang berasaskan internet ini tidak mengira jarak lokasi kerana akses terhadap sesuatu web bolah dilakukan dimana sahaja di seluruh dunia.

Tumpuan serangan kepada web-web rasmi kerajaan termasuk Agensi Keselamatan Nasional negara, Bursa Saham New York, Pentagon, White House, Nasdaq dan beberapa web-web lain.

Setakat ini belum ada pihak yang dikenalpasti menjadi dalang kepada serangan tersebut.

Berbalik kepada dalam negara kita, seharusnya sistem yang berasaskan internet yang terdapat di dalam negara seperti perbankan, web-web penting kerajaan atau organisasi, perekodan data, dan web-web lain perlu dilakukan perlindungan sewajarnya kerana sekiranya serangan tersebut menular ke negara kita seperti mana menularnya wabak H1N1 yang mulanya menyerang negara Mexico tetapi hari ini negara kita turut sama merasai wabaknya. Lagi-lagi virus yang boleh menjalar tanpa sempadan seperti serangan siber ini.

Pihak bertanggungjawab perlulah mengambil langkah proaktif agar sistem data dan rekod yang berasaskan internet di negara kita ini dapat diselamatkan.

8 Julai 2009

PPSMI dimansuh 2012

PPSMI bakal dimansuhkan 3 tahun lagi iaitu mulai tahun 2012. Demikian pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran sebentar tadi.

Lanjut, baca di sini, dan di sini.

PPSMI? Terus atau bagaimana? Sebentar lagi

Keputusan PPSMI bakal ditentukan sebentar sahaja lagi. Sama ada diteruskan...dimansuhkan...digunakan di peringkat rendah sahaja...digunakan di peringkat menengah sahaja...atau bagaimana?

Hari ini kita bakal mendengar pengumuman yang bakal dibuat oleh Menteri Pelajaran.

Ini perkara yang penting dalam menentukan masa depan pendidikan anak-anak.

Amat diharap agar satu keputusan yang bijak dapat diambil setelah pelbagai pihak membuat bantahan berkaitan perkara ini (klik di sini, di sini, di sini, di sini, dan di sini).

Mikaeel (Michael) Jackson funeral at Forest Lawn Cemetery