Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

7 November 2009

PELAJAR SEKOLAH ST.AGUSTINE (SARAWAK) HINA ISLAM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarang masjid-masjid di negeri itu dimasuki oleh orang bukan Islam sedang hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. (Baca di sini) dan (di sini).

Isu ini berakar umbi daripada unsur-unsur politik. Itu satu hal. Kalaulah bukan orang politik yang memasuki masjid tersebut sepertimana lawatan yang dibuat ramai pelancong di Masjid di Putrajaya tu, saya fikir isu ini tidak diperbesarkan. Bagaimana pula halnya bekas PM Britian yang memasuki Masjidil Aqsa baru-baru ini?...

Kalau dilihat dari sudut dakwah, silakan. Malah pada zaman nabi ada orang kafir yang memasuki masjid dan terus kencing di dalam masjid pun nabi tidak terus melenting atau marah. Sabarnya Nabi s.a.w. Bukanlah maksud saya nakkan orang kafir kencing dalam masjid kita. Tapi sekadar mengambil contoh akhlak Nabi s.a.w.

Baiklah, itu masalah utama kenapa orang Islam sukar bersatu dan memberikan contoh yang baik kepada orang bukan Islam. Orang bukan Islam pasti merasa serik jika mereka melihat contoh-contoh yang kita berikan..,

Tapi, cuba kita perhatikan video yang dilampirkan bersama posting ini... Gelagat budak-budak nakal dari sebuah sekolah di Negeri Sarawak, kawasan Timbalan Ketua Menteri Sarawak sendiri...



Saya berfikiran, anak-anak sekolah ini perlu lebih dididik agar tidak melakukan penghinaan sebegini. Mungkin Jabatan Agama Islam Sarawak perlu sensitif dan peka terhadap video ini, kerana lebih 15, 000 orang dah tonton dalam Youtube, dan lebih 500 komen telah dilontarkan.

Mereka ini terdiri daripada pelajar yang tidak tahu apa-apapun...semoga satu hari nanti mereka dikurniakan hidayah dan petunjuk oleh Allah Taala.