Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan di sepanjang hari tersebut melalui maksud hadis yang berbunyi;
(Maksudnya) Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang "Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui", baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya. [Hadis Riwayat Tirmizi]
Huraian lanjut berkaitan doa ini, klik di sini.