Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

20 November 2009

ALHAMDULILLAH...IM DITAWARKAN BIASISWA MELANJUTKAN PENGAJIAN


Alhamdulillah... IM atau nama sebenar Muhammad Amirul Bin Abdullah berjaya ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian.
Di hari yang mulia yakni hari Jumaat iaitu penghulu segala hari berita gembira ini saya terima dengan penuh rasa syukur.
Sesungguhnya rezeki setiap hambanya telah ditentukan oleh Allah dan dah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi.
Semoga Allah mempermudahkan langkah seterusnya sebagai seorang pelajar. Mohon alim ulama serta sahabat-sahabat sekalian mendoakan agar segala urusan seterusnya diberkati oleh Allah Taala. InsyaAllah.