Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

19 November 2009

ANAK PADERI PELUK ISLAM

Kiriman emel: ezam othman (eracreative1@yahoo.com.sg )


Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis..... awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ ..".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat..

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian..

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung......"

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. .

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

6 Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila saya membaca artikel ini, ia sungguh melucukan. Dengan jelas telah menunjukkan bahawa si Farhan ini bukanlah seorang Kristian. Dia adalah seorang Kristian yang dibuat-buat. Sama seperti kisah kononnya Paderi Besar Sabah telah memeluk Islam, kalau saya tidak silap, namanya ialah Ustaz Tajuddin.

Kisah si Farhan ini sama 100% dengan kisah yang diceritakan oleh Ustaz Tajuddin. Cerita yang sama tetapi di"edit" iaitu individu ditukar.

Dalam Kristian, tiada istilah "Paderi Besar". Si Farhan ini mengaku bahawa dia adalah anak kepada seorang Paderi. Dan wujud isu Holy Water. Holy Water hanya wujud dan diamalkan dalam Katolik. Paderi Katolik pula tidak dibenarkan untuk berkahwin. Sungguh pelik si Farhan ini...

Dan timbul pula isu meminum Holy Water. Kononnya Holy Water diminum untuk upacara pembaptisan. Saya geleng kepala mendengar cerita ini, tiada ajaran Kristian yang menyuruh umatnya meminum Holy Water...Kalau tidak percaya, tanyalah dengan orang Kristian di sekeliling anda.

Holy Water not made in Vatican. Holy Water boleh dibuat di mana-mana sahaja, yang penting air itu bersih dan didoakan.

(Aktivis Kristian)

Tanpa Nama berkata...

Lupa pula hendak mengulas isu gereja & murtad. Orang Islam tidak perlu takut kepada gereja. Orang Islam juga tidak perlu risau tentang isu murtad. Jika agama Islam adalah agama yang benar dan indah, serta diredhai Allah, orang Islam tidak perlu takut dengan isu murtad. Saya pasti banyak yang akan masuk Islam jika mereka sedar akan kebenaran Islam, jadi Islam tidak perlu risau dengan isu murtad. Tidak akan wujud orang yang murtad jika mereka memperoleh kebenaran, kalau ada, mungkin mereka didorong oleh percanggahan dalam Kitab Al-Quran.

Tanpa Nama berkata...

Orang Islam menolak sama sekali bahawa Yesus Kristus adalah anak Tuhan. Contoh: Surah Al-An'am (سورة الأنعام) yang berbunyi: "Dia (Allah) pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempuyai isteri..."(6:101).

Adakah Allah memerlukan isteri untuk mendapatkan anak? Kalau jawapannya "YA", Allah telah disamakan seperti manusia!

Allah tidak memerlukan isteri untuk mendapatkan anak kerana Dia adalah Tuhan yang Mahakuasa. "...Dia (Allah) mengatakan jadilah, lalu terjadilah..." (Surah Al-An'am 6:73).

Bagaimana Allah telah menciptakan langit dan bumi, begitu jugalah dengan perihal Yesus Kristus.

Kalau Allah memerlukan isteri untuk mendapatkan anak, bermaksud, Allah juga memerlukan para pekerja untuk membentuk langit dan bumi.

As simple as that...

Tanpa Nama berkata...

Muhammad Rasululloh = Muhammad sebagai utusan Allah.

Isa Rohulloh wa Kalimatuhu = Isa sebagai Roh Allah dan Kalimat Allah.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Farhan @ Johanis @ Uztaz Tajudin @ apa-apa saja identitinya (kalaupun dia membaca blog ini);

Kalau anda ingin menipu pun...

GET YOUR FACTS STRAIGHT. CHRISTIAN (ROMAN CATHOLIC) PRIESTS DON'T MARRY, DUMBASS.

Kalau anda tak faham bahasa Inggeris, ini terjemahannya (langkah berjaga-jaga):

BETULKAN FAKTA ANDA. PADERI KRISTIAN (ROMAN CATHOLIC) TIDAK BOLEH BERKAHWIN, BODOH.


Sebagai seorang Kristian, saya tidak kisah anda ingin memeluk agama apa sekalipun, kerana itu adalah hak masing-masing.

Tetapi anda telah memutar-belit fakta-fakta berkenaan Kristian yang membuatkan saya betul-betul kecil hati dengan anda.

Tahukah anda, manusia seperti anda inilah yang menggagalkan 1Malaysia.

You should be lined up against the wall and shot for accounts of treason against MY country.

Don't expect me to apologize for my strong words. It seems befitting for a human of your.. ehem... "stature".

Tanpa Nama berkata...

This kind of story is sooo back dated...
saya tak rasa saya keliru. Kerana saya yakin, pasti dan percaya bahawa Yesus adalah Tuhan. Itu adalah KEPERCAYAAN saya dan saya MEMILIH UNTUK PERCAYA.
Saya agak hairan kenapa ramai yang menyamakan Yesus dan Isa walhal kedua-duanya dari ajaran agama yang berlainan (Christian and Islam)
U believe that Isa is a prophet. Full stop.
I believe Jesus is God and I know Isa is your prophet but he is not in my bible. Full stop.
U dont believe that Jesus is God, so what? You are not a Christian anyway, tak salah.
Saya tak percaya dengan Muhammad juga, so what? I am not a Muslim.I dont see him sebagai utusan Tuhan, jadi kenapala, saya tak percaya salah ka? walhal saya Kristian, tak kah pelik ahaha..lucu kamu ni...bukan kawan2 Muslim selalu guna quote..'bagi kamu agama kamu, bagi saya agama saya'...betul la tu...
Christian and Muslim suka gaduh pasal Isa, pasal Jesus sebab mentality semua orang adalah membandingkan Isa dan Jesus. Kenapa nak bandingkan? bukan sama pun?
Now, this is for Christian; tak malu ka membanding bandingkan Tuhan-mu? Selayaknya, Tuhan itu tiada bandingannya

The muslim wants to believe that Jesus is a prophet, let them be...its a free world anyway, everyone is entitle to their own opinion, belief etc.
Kenapa Islam dan Christian argue about Jesus and Isa, because the followers allow it to happen.
Just accept that Christianity and Islam is two DIFFERENT RELIGION with different belief walaupun cerita dia or values dia ada yang sama ada yang tidak. I might have the same name with others whose life's story is similar with the same names of characters in my life, does that means I am you and you are me? Obviously not.
So, stop comparing Isa and Jesus, I respect Isa is your prophet, so, do respect that we believe JESUS is our God in the context of Trinity.
Anyway, at the end semua orang akan mati juga. Yang membezakan kita adalah; sebaik mana telah kita jalani hidup ini dengan kebaikan yang kita lakukan.
Jadi, tolong orang tanpa mengira siapa orang tersebut dan buatlah kebaikan untuk memberikan ucapan syukur pada Tuhan atas kurnianya melalui perbezaan setiap budaya, agama, bahasa, adat orang lain.

Hormat dan toleransi tak bermaksud orang kristian/ islam/ hindu/ Buddhist etc harus bersetuju untuk meninggalkan kepercayaan, adat dan budaya masing2. Life is beautiful, learn to accept differences and you will see how great is God's creation.

Have a nice day peeps. I am a HAPPY CATHOLIC..and i hope you are a Happy Muslim, Buddhist, Atheist, Hindu etc.
Tuhan memberkati =) Have a nice day..