Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

19 November 2009

BIBLE LARANG MAKAN BABI, MINUM ARAK

Pork prohibited in the Bible:
The Christian is likely to be convinced by his religious scriptures. The Bible prohibits the consumption of pork, the book of Leviticus,

"And the swine, though he divide the hoof, and be cloven footed, yet ye cheweth not the cud; he is unclean to you."

"Of their flesh shall ye not eat, and their carcass shall ye not touch, they are unclean to you."

[Leviticus 11:7-8]
Pork is also prohibited in the Bible in the book of Deuteronomy;
"And the swine, because it divideth the roof, yet cheweth not the cud, it is unclean unto you. Ye shall not eat of theirflesh, nor touch their dead carcass."
[Deutreronomy 14:8]
A similar prohibition is repeated in the Bible in the book of Isaiah chapter 65 verse 2-5.7
PROHIBITION OF ALCOHOL
Prohibition of alcohol in the Bible. The Bible prohibits the comsumption of alcohol in the following verses:
"Wine is a mocker, strong drink is raging; and whosoever is deceived thereby is not wise."
[Proverbs 20:1]
"And be not drunk with wine."
[Ephesians 5:18]
(Source: 20 Most Common Question About Islam by Dr. Zakir Abdul-Karim Naik)
IBAN MUSLIM:
Dalam Islam memang jelas pengharaman memakan babi dan minum arak. Jika ada yang ingkar dan tetap dengan tabiatnya sebagai peminum arak, maka besar sangat dosanya terhadap Allah Taala. Begitu juga babi yang dikategorikan sebagai najis berat.
Ada tak orang Kristian yang boleh tolong menerangkan mengapa orang Kristian terus meminum arak dan menjamah babi walaupun di dalam Bible jelas melarang mereka berbuat demikian?
Saya? Saya tidak pernah tahu apa itu Kristian? Saya sebelum Islam hanyalah hidup tanpa agama. Pendakyah Kristian pernah pergi ke rumah-rumah panjang untuk mengKristiankan penghuninya. Mujurlah saya tak memilih Kristian sebagai pegangan hidup, cuma Kristian di atas kertas kerana diminta oleh keluarga.
Saya amat bersyukur kerana tidak terpedaya dengan agama tersebut, dan akhirnya Allah Taala menganugerahkan Islam kepada saya.
Bagi pendakyah Kristian yang cuba untuk berhujah mengajak ke arah kesesatan...cukuplah! Hidup dan matiku hanya Islam!
Bahasa yang paling mudah Allah Taala pesan kepada seluruh orang Islam dalam berdepan dengan dakyah orang kafir ialah,
"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku." [Al-Kaafirun: 6]
Ya Allah, akan aku paut teguh pada agama Islam ini. Hingga ke akhir hayatku...aku takkan gentar dan takkan terpedaya dengan golongan kaafirun yang sememangnya takkan berhenti menjalankan kerja dakyah mereka...
Dan, jika ada aktivis, NGO, atau golongan pendakyah lain yang cuba mengganggu gugat keimanan orang Islam, hentikanlah walaupun saya tahu mereka tidak akan berhenti hingga ke hari kiamat, anda pasti akan menyesal di hari akhirat kelak!
p/s bagi pengunjung blog yg ingin memberi komen, amat lah dialukan. Sila sertakan nama/blog link/ indentiti yang bukan 'tanpa nama' yang sukar dikesan secara ukhuwah.

19 Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak mahu mendedahkan identiti saya. Kenapa? Risikonya amat besar kerana kita tinggal di Malaysia. Saya harap Iban Muslim faham dengan maksud saya itu.

Hak beragama tercatat di dalam perlembagaan negara, tetapi realitinya telah tidak dipraktikkan secara sepenuhnya.
-Penceramah-penceramah Kristian dari luar negara dilarang masuk ke Malaysia untuk memberi ceramah kepada umat Kristian tempatan.
-Para paderi dari luar negara yang telah sekian lama menetap di Malaysia dihantar pulang dan pembaharuan visa mereka tidak dibenarkan.
-Gereja dibina dengan menggunakan wang hasil kutipan derma daripada para umat tanpa 1% pun bantuan kewangan daripada pihak kerajaan.
-Permohonan lot tanah secara sah bagi pembinaan gereja terpaksa menunggu masa yang lama untuk diproses oleh pihak yang berkenaan.

Puji Tuhan kerana umat Kristian di Malaysia telah mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran sedemikian. Cabaran-cabaran itu telah memperkuat dan memperkukuhkan iman kami. Penceramah-penceramah Kristian dan paderi-paderi di kalangan orang tempatan telah berjaya dihasilkan.

Perpaduan di kalangan umat Kristian tempatan telah dapat disemai, dipelihara, dan terserlah apabila mereka sama-sama berusaha untuk mengutip derma bagi menambah tabung kewangan gereja.

Pihak gereja tempatan tidak pernah mendapat bantuan kewangan daripada orang asing dari luar negara seperti yang telah didakwa oleh banyak pihak.

Para paderi dan penggiat Kristian berkhidmat kepada para umat secara sukarela. Mereka memberitakan firman-firam Tuhan. Mereka tiada gaji bulanan, tiada bonus, dan tiada pencen, mereka tidak bekerja dalam sektor pekerjaan lain melainkan menyampaikan ajaran Kitab Injil. Namun, mereka tetap hidup dengan kelimpahan atas berkat Tuhan.

Tanpa Nama berkata...

Untuk menjadi seorang paderi atau rahib, bukanlah semudah untuk kita menjadi seorang ustaz atau ustazah. Hanya orang terpilih sahaja. Seseorang paderi atau rahib adalah orang yang pernah dipanggil oleh Tuhan melalui kesaksian mereka. Oleh itu, tidak semua orang Kristian boleh menjadi paderi atau rahib, boleh memang boleh dengan syarat seseorang itu sanggup mengabdikan diri kepada Tuhan.

Tanpa Nama berkata...

Soal meminum arak dan memakan babi. Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, saya ada satu contoh. Di beberapa buah kepulauan di Indonesia terutamanya Kepulauan Lombok, terdapat beberapa etnik yang beragama Islam tetapi mereka tetap mengamalkan meminum minuman tradisional mereka iaitu "palm wine". Pihak yang berkenaan di Indonesia tidak melarang kerana itu adalah hak dan tradisi mereka.

Dalam soal dadah pula, dadah telah tidak diharamkan di dalam Kitab Al-Quran, tiada satu ayat pun yang menceritakan soal dadah. Kenapa dadah tiba-tiba diharamkan oleh Islam? Demi kebaikan umat Islam? Jadi,jika seseorang Islam mengambil dadah bermaksud dia telah melakukan dosa besar? Hal ini bermaksud tiada seorang pun orang Islam yang dapat mengelak daripada melakukan dosa besar tersebut kerana ubat-ubatan semuanya mengandungi dadah, contoh, paracetamol (panadol), codein (ubat batuk), aspirin (pain killer) dan sebagainya.

Dalam ajaran Kristian, umat Kristian telah dituntut untuk menuruti 10 Perintah Tuhan berikut. Perintah yang benar yang telah diturunkan oleh Tuhan secara langsung di Bukit Sinai kepada Moses (Nabi Musa).(Rujukan: Exodus 20)

1.Jangan ada padamu Tuhan yang lain selain Aku.

2.Jangan menyekutukan Tuhan.

3.Jangan menyebut nama "Tuhan" dengan tidak hormat.

4.Ingat hari kudus.

5.Hormatilah ayah dan ibumu.

6.Jangan membunuh.

7.Jangan berzina.

8.Jangan mencuri.

9.Jangan bersaksi palsu.

10.Jangan mengingini milik orang lain.

Tiada perintah Tuhan yang menyebut jangan meminum arak dan memakan babi. Perintah jangan meminum arak dan memakan babi telah dicadangkan oleh pengikut-pengikut Kitab Taurat yang telah diselitkan sekali di dalam Kitab Injil.

Tanpa Nama berkata...

Di dalam Kitab Injil, terselitnya Kitab Taurat, dan di dalam Kitab Al-Quran, terselitnya Kitab Injil.

Terlalu banyak ayat di dalam Al-Quran yang telah menyerupai ayat-ayat di dalam Injil. Siapa ciplak siapa? Injil telah wujud lebih kurang 500 tahun sebelum Al-Quran.

Contoh:
1.An-Naba 31-32: "Sesungguhnya orang yang bertakwa akan mendapat kemenangan, iaitu kebun dan buah anggur." (kebun dan buah anggur sinonim dengan ajaran yang telah diturunkan oleh Kristus di dalam Injil)
2.Al-An'am 73: ada perkataan "sangkakala". Dalam Kitab Injil, banyak perkataan itu telah digunakan dan ia juga sangat sinonim dengan Kristian.

nazimah01@yahoo.com berkata...

hujah dari yang tak bernama ini amat dangkal dan tidak dapat di terima akal.

dalam rujukan yang diberi menunjukkan bahawa larangan menyengutukan Allah.tapi kenapa ada prinsip tuhan 3 in 1 i in 3 dalam kristian..kristian adalah agam ciptaan manusia semata2 berdasarkan aqal bukan agama wahyu yang di turunkan dalam Al-Quran...tapi saya menghormati prinsip saudara cuma jangan sebar dakyah pengeliruan saudara.ri dalam blog ini

nazim berkata...

dari ulasan yang di beri olejh yang tak bernama ni menunjukkan dalam kristian ada kasta-kasta tertentu..dalam islam tiada hijab bagi seseorg muslim untuk mendekati Allah...

Tanpa Nama berkata...

Tidak semua penganut kristian makan babi dan minum arak. The Adventist (Seventh-Day Adventist) Christian still abide with the rule. You look for adventist lifestyle or ask the adventist people what are their practice. There are much more than that in term of foods and eating habit. You can ask me anything about Christianity. I'll try my best to answer you. Thank you for highlighting this topic.

Iqqhuan berkata...

assalamu'alaikum...semoga ini boleh di jadikan panduan buat teman kita yang beragama Nasrani...Insya ALLAH

revolusi berkata...

larangan dadah memang tidak disebut dalam al quran tetapi di dalam al quran ada menyebut “..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..”Surah Al-baqarah : 195.ayat ini jelas menunjukkan bahawa umat islam ditegah daripada sesuatu yang boleh memudaratkan mereka.ini jelas menunjukkan PENYALAHGUNAAN DADAH adalah haram dan menunjukkan penggunaan dadah untuk perubatan dibenarkan.selain itu umat islam juga wajib meniggalkan segala adat resam bangsa mereka yang melanggar hukum di dalam islam.alquran juga bukan menciplak daripada injil.sejarah menunjukkan al quran adalah gabungan kitab taurat, zabur dan injil.setiap kitab ini diturunkan mengikut nabi dan masa.nabi terakhir adalah muhammad dan kitab yang diturunkan adalah al quran.setelah al quran diturunkan semua umat tidak kira dia dari zaman nabi apa pun wajib menjadikan al quran sebagai sumber utama.

Tanpa Nama berkata...

THANK TO POST KEBENARAN INI...
SEDAR RASA NYA...SELAMA INI TIDAK...MENGIKUTI PERINTAH TUHAN SEPENUHNYA...

MOGA TUHAN..MENGAMPUNI HAMBA YANG BUTA HATI DAN..MENJADI MANGSA DOSA KETURUNAN...AMIN

Tanpa Nama berkata...

PATUTLAH ISLAM MUNCUL DI AKHIR ZAMAN..KERANA AJARAN TERAKHIR TUHAN LENGKAP...UNTUK MANUSIA......DAN KEHIDUPAN MANUSIA SEHINGGA HARI INI..

DAN KIAMAT NANTI ,,HARI PENGADILAN.UNTUK....KAFIR DAN BERAGAMA......
YA TUHAN...BENAR-BENAR...RASA TERSENTUH..SAYA.....

AKMAL berkata...

Best la blog ni. Ulasan dan perbincangan dalam bahasa Mlyu. Huhu

Tanpa Nama berkata...

And you're believing on someone whose pedophilia and pervert. What a wise thought, iban Muslim.

Tanpa Nama berkata...

Jika penulis blog masih mencari adakah kristian yang tidak makan babi dan tidak minum arak... ya ada.... cari sahaja gereja Seventh-day Adventist atau Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh... tidak makan babi tidak minum arak malah tidak makan binatang atau hidupan di air yang tidak bersisik dan tiada insang. Terima Kasih. Moga info saya membantu anda.

Tanpa Nama berkata...

Adakah kristian yang tidak makan babi dan tidak minum arak?
ya ada...cari sahaja gereja Masehi Advent hari ketujuh atau Seventh-day Adventist.
Terima kasih moga info saya membantu anda.

Tanpa Nama berkata...

12 “I have much more to say to you, more than you can now bear. 13 But when he, the Spirit of truth, comes, he will guide you into all the truth. He will not speak on his own; he will speak only what he hears, and he will tell you what is yet to come. 14 He will glorify me because it is from me that he will receive what he will make known to you. 15 All that belongs to the Father is mine. That is why I said the Spirit will receive from me what he will make known to you.”

cepa iffa berkata...

Assalamualaikum saudara..sya dahulu beragama Kristian tapi sekarang sya telah tukar agama kepada agama Islam kerana..
1:ajaran yang terdapat dalam kitab bible (perjanjian lama) tidal sama dengan bible sekarang...
Jesus kristus A.S(nabi Is a A.S) ada mengatakan bahawa "jangan pernah menidakkan Old testament (perjanjian lama),
2-ajaran gereja amat bertentangabertentangan dengan bible..
Dalam bible ada mengatakan"jgn minum arak,jgn makan babi,
Tapi ajaran paderi tidak pula melarangnya...sebenarnya ada banyak lagi...(malas lar nak menaip ni)

Nasihat saya... Bukakanlah hati Dan belajarlah perbandingan agama disana baru kamu tahu APA yang salah@silap dalam bible pada zaman sekarang ni...
Nak belajar agama jangan lihat umatnya..belajarlah Dari kitabnya...
Dalam Al Quran telah menjelaskan semuanya...baca terjemahannya Dan fahami melalui hadis yang sahih

cepa iffa berkata...

Setiap KITAB yang diturun kepada Nabi hanya digunakan pada zaman tertentu..
Contoh:Nabi MUSA A.S (KITAB TAURAT) hanya untuk umat nabi MUSA..begitu juga Nabi ISA A.S(Jesus kristus)KITAB INJIL DITURUNKAN KEPADANYA HANYA UNTUK BANI ISRAEL. Zaman INI adalah Yang terakhir...YAITU ZAMAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W &AL-QURAN ADALAH KITAB YANG TERAKHIR,TIDAK ADA LAGI SELEPAS INI..kalau kamu kata bahwa jesus kristus ada penyelemat kamu di hari kiamat kelak...kamu silap..pads kiamat kelak TURUNNYA NABI ISA A.S KE DUNIA BUAT KALI KEDUANYA UNTUK MENEWASKAN DAJJAL DAN MEMATAHKAN SALIB-SALIB BUATAN KRISTIAN, BACALAH TERJEMAHAN ALQURAN UNTUK PANDUAN DALAM KEHIDUPAN..JGN PERGI GEREJA...

Tanpa Nama berkata...

Soalan ada tak kristian yang tidak makan babi dan dilarang minum arak? Ada kristian Seventh Day Adventist. Silakan google tentang ini. Ramai yang tak tahu ada kristian yang tak makan babi minum arak. Harap maklumat saya dapat membantu.