Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

18 November 2009

IMAN 5 SETENGAH

Sebagai Muslim kita wajib percaya kepada Rukun Iman yang enam. Kalau dikurangi walau sedikit pun pasti terjejas keimanan kita kepada Allah Taala.

Salah satunya percaya kepada kitab-kitab Allah. Maksudnya wajib percaya 100% tanpa sebarang keraguan dan pertikaian. Andainya Quran itu kita ambil sebahagian dan tolak sebahagian bermakna tidak mencapai tahap 100% yang dimaksudkan.

Dengan yang demikian individu tersebut memiliki iman 5 setengah. Itu belum dibicarakan berkaitan rukun-rukun iman yang lain. Sekadar mengambil satu contoh yang mudah. Kerana dalam Quran itu lengkap dari aspek perundangan, politik, dan boleh diibaratkan manual kehidupan seorang bergelar manusia.

Mesin atau peralatan ada manualnya. Tak betul guna manual, rosaklah mesin atau alat tersebut. Begitu juga manusia. Tak guna Quran sebagao manual, maka tunggulah kebinasaan akan muncul.

Sampai ke hari ini negara kita masih patuh dan tunduk kepada perundangan kelolaan British, belum ada tanda-tanda positif akan berlaku perubahan menuju kepada redha Allah.

Selagi pemimpin yang memimpin tonggak kekuasaan negara orang yang sama...kumpulan yang sama...parti yang sama...

[Intisari kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Aminuddin Abd Rahim, Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darulaman]

3 Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Bahagian 1:

Sebagai seorang pengikut Yesus Kristus yang taat, secara peribadinya, saya amat sedih setiap kali mendengar dan melihat saudara-saudara seiman meninggalkan ajaran Yesus Kristus, yakni keluar dari ajaran Kristian dan memeluk agama-agama lain khususnya Islam. Di Malaysia, melalui pemerhatian saya sendiri, terdapat banyak sebab yang mendorong seseorang untuk memeluk Islam, antaranya adalah perkahwinan, mengejar pangkat, dan kesenangan hidup, amat sedikit yang memeluk Islam atas dasar kebenaran ajaran Islam itu sendiri. Banyak contoh-contoh yang telah membawa saya kepada kesimpulan sedemikian.

Jika orang Islam boleh mengatakan bahawa ajaran Islam itu sungguh indah, saya juga boleh mengatakan bahawa ajaran Kristian juga seindah ajaran Islam. Keindahan ajaran Kristian hanya dapat dirasai apabila kita betul-betul taat dan menghayatinya. Saya telah memperoleh banyak keberkatan daripada Tuhan sepanjang kehidupan saya, Alleluia! Saya tidak nafikan bahawa kejayaan demi kejayaan yang saya kecapi selama ini adalah atas dasar berkat daripada Tuhan. Saya sangat berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Kristus yang telah terkandung di dalam Kitab Injil, dan sesungguhnya Injil adalah sumber rujukan bagi kehidupan sebagai seorang Kristian. Saya telah tertarik dengan satu firman berbunyi “Doa orang yang benar, apabila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya” (Yakobus 5:16). Firman tersebut telah saya jadikan sebagai panduan untuk saya berdoa kepada Tuhan, syukur dan puji kepada Tuhan kerana banyak daripada permintaan doa saya telah dimakbulkan.

(AKTIVIS KRISTIAN)

Tanpa Nama berkata...

Bahagian 2:

Tiga konsep asas ajaran Kristian adalah iman, harapan, dan kasih (1 Korintus 13:13). Apakah iman, apakah harapan, dan apakah kasih dalam Kristian? Jawapan bagi soalan-soalan tersebut telah terdapat di dalam Kitab Injil. “Iman” pada pendapat saya bererti “kepercayaan”. Saya mencadangkan setiap orang Kristian memiliki iman berdasarkan Markus 13:13 yang berbunyi “Kamu akan dibenci oleh semua orang (merujuk kepada musuh-musuh Kristian) kerana namaKu (merujuk kepada Yesus Kristus), tetapi orang yang bertahan sampai kepada kesudahannya akan selamat (merujuk kepada hari penghakiman)”. Saya telah berpendapat di sini, jika kita telah dilahirkan sebagai seorang Kristian, kita seharusnya mati sebagai seorang Kristian.

Perkara kedua, tentang harapan. Dalam Kristian, harapan sentiasa wujud, harapan untuk bertaubat, harapan untuk kedamaian dunia, harapan untuk memperoleh kesenangan hidup, dan sebagainya. Ingat Yakobus 5:13 yang berbunyi “Kalau ada seorang di antara kamu yang menderita, baiklah dia berdoa”. Tuhan akan memakbulkan doa kita dengan syarat kita jangan menjauhkan diri daripada Tuhan dan kita tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar perintah-perintah agama.

Ketiga, pengertian kasih. Kristian adalah agama yang menuntut umatnya untuk memiliki perasaan kasih terhadap sekelilingnya, sekeliling bermaksud benda hidup dan benda bukan hidup. Kasih berdasarkan 1 Korintus 13:4-6 bermaksud sabar, murah hati, tidak cemburu, tidak memegahkan diri, tidak melakukan sesuatu yang tidak sopan, tidak mencari keuntungan diri sendiri, tidak menyimpan kesalahan orang lain, tidak bersukacita kerana ketidakadilan, dan kasih tiada kesudahannya. Saya juga telah tertarik dengan satu firman “Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu” (Matius 5:44), betapa mulianya hati seorang Kristian. Dan saya berasa sangat hairan, kenapa ajaran Islam menuntut umatnya untuk berjihad habis-habisan menentang musuh-musuh Islam?

(AKTIVIS KRISTIAN)

Tanpa Nama berkata...

Bahagian 3:

Di Malaysia, hampir setiap hari kita mendengar dan melihat di media massa dan media cetak tentang penindasan-penindasan terhadap orang Islam di Selatan Thailand, Selatan Filipina, dan banyak lagi. Tetapi, kita tidak pernah tahu penindasan-penindasan terhadap orang Kristian di Nigeria, Sudan, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Mesir, Iran, Iraq, Arab Saudi, dan banyak lagi negara-negara Islam yang lain. Orang Islam yang telah ditindas, akan bangkit melawan melalui keganasan, contoh-contoh terdekat adalah di Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Mereka bangkit dengan membentuk kumpulan ekstrimis. Bagaimana pula dengan orang Kristian yang telah ditindas? Mereka tidak bangkit melawan melalui keganasan, sebaliknya mereka tetap sabar dengan ujian-ujian dan tidak menyimpan dendam kerana iman dan kasih Kristian yang telah wujud di dalam diri mereka. Mereka tidak berputus-asa dan sentiasa mengharapkan harapan.

Di Pakistan, 95% daripada rakyatnya adalah Islam, manakala Kristian hanya 1.7%. Bagaimana nasib-nasib Kristian di sana? Hanya Tuhan saja yang tahu. Orang Kristian mewakili 70% rakyat Pakistan yang miskin, lelaki-lelaki Kristian ditangkap dan dikurung, jika terdapat orang Kristian yang enggan memeluk Islam; mereka akan dibunuh dengan kejam, rumah-rumah orang Kristian dibakar; begitu juga dengan gereja-gereja dan sekolah-sekolah misionari. Begitu juga di Afghanistan. Di Nigeria, golongan pemimpin agama seperti paderi-paderi menjadi sasaran, gereja-gereja turut dibakar dan orang Kristian dibunuh. Di Bangladesh pula, orang Kristian tidak diberikan peluang untuk bekerja di sektor kerajaan, mereka dipaksa untuk memeluk Islam, gereja-gereja dan rumah-rumah dibakar, rogol dan bunuh sudah menjadi kebiasaan terhadap orang Kristian (Sumber: http://www.persecution.org/suffering/country_info.php). Kenapa mereka sanggup membakar gereja yang telah dianggap sebagai rumah Tuhan? Kenapa mereka sanggup membakar rumah dan membunuh orang lain? Manusia ada hak untuk hidup dan hanya Tuhan yang boleh tentukan nyawa manusia. Kenapa mereka sanggup merogol anak-anak gadis? Wanita adalah golongan yang lemah dan mereka sepatutnya telah diberi perlindungan. Ke mana hilangnya kasih dalam Islam?

Mother Teresa adalah contoh seorang Kristian yang boleh digelar sebagai seorang Kristian yang sejati. Kehidupan beliau penuh dengan rasa kasih. Beliau telah melaksanakan tuntutan-tuntutan ajaran Kristian dengan baik sekali. Tidak hairanlah jika beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1979. Bonda Maria adalah simbol dan contoh ibu yang baik. Saya pernah membaca satu artikel, tentang Our Lady of Saydnaya, iaitu sebuah gereja lama di Syria. Gereja tersebut telah menjadi tumpuan para umat Islam seluruh Syria khususnya golongan wanita yang telah bergelar ibu. Pasti anda tertanya-tanya kenapa hal ini sedemikian? Mereka mengakui bahawa mereka telah percayakan Bonda Maria, dan mereka ke gereja tersebut untuk mendapatkan keberkatan dan penyembuhan penyakit daripada Bonda Maria. Mereka sangat yakin kerana semenjak 1500 tahun yang lalu, banyak kesaksian telah berlaku kepada mereka yang pernah datang ke gereja tersebut (Sumber: National Geographic Magazine, June 2009 Edition).

Terakhir daripada saya, orang Kristian janganlah menjauhi Kristus, apatah lagi meninggalkan ajaran Kristus. Mungkin di dunia, kita boleh menjauhkan diri daripada Kristus, tetapi ingat, pada hari penghakiman, kita akan dihakimi oleh Kristus, tidak kira orang Kristian, orang Islam, dan sebagainya. Saya pasti Kristus akan berasa sedih apabila satu per satu umatNya meninggalkan ajaran-ajaran yang telah Beliau turunkan. Semoga umat Kristian terus diberikan perlindungan dan dijauhkan daripada ujian-ujian dunia. Amen.

(AKTIVIS KRISTIAN)