Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

20 November 2009

MUSIBAH ITU UJIAN BAGI ORANG BERIMAN

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Al-Anfal: 25]

Terdapat beberapa persoalan berkaitan bala yang menimpa umat Islam. Contohnya di Padang, atau Tsunami yang berlaku di Acheh. Mengapa ini berlaku?

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah Taala, kita kena ingat bahawa setiap musibah yang datang sama ada kecil mahupun besar, sebagai seorang yang beriman, ia adalah satu ujian untuk menguji keimanan.

Berbeza sekali bagi orang yang kufur, yang melupakan ALLAH, musibah dan bala yang datang itu adalah untuk menyedarkan mereka, sekiranya mereka mahu menerima pengajaran.

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. [Al Baqarah: 66]

Jangan ada pertikaian adanya kitab lain yang lebih benar daripada Al-Quran. Jika kamu seorang Islam yang berkat begitu, maka menjadi kufurlah kamu. jangan kerana lidah, akhirat kamu binasa. Apa tugas kita sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah, mafhum ayat Allah menyebutkan dalam Surah Nahl ayat 125;

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.