Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

20 November 2009

BAGIMU AGAMAMU, BAGIKU AGAMAKU

Yang benar hanyalah satu. Allah ada satu, tiada dua dan tiganya. Masakan di akhirat nanti akan dikelompokkan Allah mengikut agama jika ada dakwaan manusia yang ingkar bahawa semua agama adalah sama.

Di dalam Islam, terdapat 4 kitab yang Allah Taala turunkan satu demi satu mengikut peredaran zaman. Dimulai Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s, Kitab Zabur yang diturunkan melalui Nabi Daud a.s, Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s, dan Kitab yang terakhir yakni Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Jika ada perikaian mana yang turun dulu dan kemudian, jelas jawapan di atas. Tidak ada ciplak menciplak. Sekali lagi saya tegaskan bahawa, tafsiran daripada ayat 47 Surah Maidah tersebut menyatakan bahwa pengikut-pengikut injil itu harus memutuskan perkara apa yang diturunkan Allah di dalam Injil itu, sampai kepada masa diturunkan Al-Quran. Maka, selapas turunnya al-Quran, wajib bagi seluruh manusia beriman kepadanya. Sesetengah penganut agama Kristian melihat seakan-akan ada persamaan dan menuduh penciplakan berlaku. Nau'zubillah minal zhalik...Benarlah amaran Allah berkaitan kedegilan Yahudi dan Nasrani ini,

Orang-orang Yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. [Al-Baqarah:120]

Kebenaran sesuatu agama tidak boleh sama sekali dinilai melalui penganut kepada agama tersebut. Di dalam Islam dengan jelas menyatakan adanya dosa dan pahala yang akan ditimbang di padang Masyar nanti. Jika pahala lebih berat timbangannya, maka ke syurgalah ia, jika dosa yang lebih berat, ke neraka lah ia. Amat dangkal hujah yang menggunakan amalan penduduk kampung di negara jiran tersebut sebagai satu indeks yang digunakan untuk menilai 'babi dan arak'. Jika nak makan babi, silakan. Jika nak minum arak, silakan.

Tetapi!!! Allah Taala telah memberi peringatan yang jelas berkaitan haramnya babi dan arak. Peminum arak dan pemakan babi tersebut tergolong dalam golongan yang berdosa! Sebenarnya usah diberi contoh hingga melangkui sempadan negara, memadai dalam negara, ramai yang menjadi peminum arak...maka, orang sedemikian tergolong dalam orang yang berdosa.

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [Al-Maidah: 90]

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Maidah: 3]


Jelas sekali peringatan yang Allah Taala berikan kepada orang-orang yang mahu mendengar. Bagi golongan yang sombong dan ingkar, katakanlah apa-apa pun peringatan daripada Allah pasti mereka akan membantah dan mengingkarinya.

Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf? [Hud: 24]

Bagaimana pula larangan yang terdapat di dalam Bible yang melarang makan babi dan minum arak? Dipatuhi atau diingkari? Atau anda juga orang yang makan babi dan minum arak? Itu saya tidak perlu tahu.

Bagi muslimin dan muslimat sekalian, berpegang teguhlah pada Islam. Usah gentar dan berpaling dek kerana dakyah yang dibawakan oleh golongan-golongan pendakyah ini. Jauh sekali kita hendak membandingkan kekuasaan Allah daripada kata-kata tokoh seperti Albert Einstien dan yang seumpamanya. Kita telah diutuskan seorang Nabi kita yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w oleh Allah Taala. Diturunkan kepadanya Al-Quran yang menjadi petunjuk dan landasan kepada kita hidup di muka bumi milik Allah ini.

Ingatlah pesanan Allah dalam Surah Kafirun(1-6), mafhumnya,

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!

Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.