Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

3 November 2009

PANDANGAN PELBAGAI PIHAK BERKAITAN PENAHANAN DR.ASRI

Sumber foto: Bongkar Sauh

Sebagai insan yang amat kerdil dalam membicarakan isu ini, saya sekadar msnyuluh beberapa tulisan dalam beberapa sumber media elektronik ini untuk dijadikan bahan bacaan bersama untuk membuat sesuatu pertimbangan.

Pertama, Utusan Online melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam. Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan, tindakan menahan Mohd. Asri adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pusat. (Bacalah lanjutan berita di sini)

Kedua, Berita Harian Online pula melaporkan bahawa Dr.Mohd Asri menafikan beliau menyebarkan fahaman Wahabi dan mendakwa penahanannya adalah cubaan sabotaj untuk mencemarkan imejnya. (Bacalah lanjutan berita di sini)

Ketiga, Harakah Daily merakamkan kenyataan MB Kelantan TG Nik Abd Aziz yang berkata, walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang. (Bacalah lanjutan berita di sini). Dan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberikan penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. (Bacalah lanjutan berita di sini).

Keempat, Malaysiakini pula melaporkan daripada sumber berita asal (BERNAMA) bahawa satu muzakarah di kalangan mufti dan ilmuan Islam perlu diadakan untuk membincangkan isu penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah. (Bacalah lanjutan berita di sini).

Kelima, Ustaz Zolkarnain dalam blognya menyatakan bahawa orang yang bakal mengetuai YADIM pula hendaklah seorang agamawan yang progresif. Beliau menambah, Najib(PM) tahu Asri ada ciri-ciri itu. Keprogresifannya semasa menjadi Mufti Perlis dan ketrampilannya dalam menyuarakan beberapa isu kontroversi suatu ketika dulu boleh menjadi kayu ukur. (Bacalah lanjutan berita di sini).
Dan yang keenam, luahan seorang penulis yang pernah menerima Anugerah Seni Negara 2006 meluahkan bahawa "saya keseorangan ketika Dr Asri menuduh saya tanpa bukti satu masa dahulu. Beliau lebih bernasib baik, dibela oleh Perdana Menteri dan sekian ramai ahli politik serta kumpulan NGO." ( Bacalah lanjutan berita di sini).

Maka, saya sekali lagi menyatakan bahawa saya amat kerdil dalam mengupas isu ini. Saya hanya terdaya untuk menyelongkar sekelumit isi berita yang dimuatkan dalam beberapa media tertentu untuk dibaca bersama dan seterusnya dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kesatuan ummah dan bukannya memeningkan lagi kekusutan yang telah lama melanda pemikiran ummah kini.


Wallahualam.