Berikut ini beberapa koleksi foto yang dirakam oleh jurugambar Sweden bernama Lennart Nilsson. Dia terkenal dengan foto2 'in vivo embrio' manusia yang dulu dianggap tidak dapat dirakam dan digambarkan secara 'real'.
30 November 2009
MENGAPA SOMBONG JIKA HANYA BERMULA DARI SETITIS MANI
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/30/2009 09:42:00 PTG
27 November 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/27/2009 06:21:00 PG
25 November 2009
SIFAT-SIFAT WALI ALLAH
Wali-wali Allah itu adalah orang yang memiliki di antaranya sifat-sifat berikut:
1. Menunggu azan dengan penuh kerinduan;
2. Datang lebih awal sebelum takbiratul ihram sebagai tanda solat dimulai;
3. Menyesal jika tidak berada di saf pertama;
4. Berusaha untuk selama mungkin duduk di masjid/surau;
5. Hatinya bersih;
6. Tampak pada dirinya tanda-tanda sunnah;
7. Banyak berzikir;
8. Menciptakan suasana yang Halal;
9. Meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat;
10. Puas dengan keperluan hidup yang paling dasar;
11. Memanfaatkan seluruh hidupnya untuk mempelajari wahyu, baik dari Al-Quran mahupun sunnah;
12. Penampilan muka yang selalu bersinar-sinar;
13. Turut merasakan musibah yang menimpa sesama muslimin;
14. Meninggalkan masalah-masalah khilafiyyah;
15. Sabar dalam menghadapi kesulitan;
16. Cekal dalam melakukan ma'ruf.
Kebersahajaan dalam hidup adalah hal yang terbaik, tidak memiliki kekayaan yang membuatkannya melewati batas dan tidak pula fakir hinggakan membuatnya lupa akan Allah. Tetapi cukuplah yang dapat memenuhi keperluan, dan memenuhi tuntutan kesihatan, dan memenuhi tujuan hidup. Seperti itulah hidup yang memberikan tindak balas yang agung dan makanan yang memberikan faedah yang paling baik.
Ukuran kecukupan dalam penghidupan adalah yang mempunyai rumah atau tempat tinggal, isteri yang memberikan keteduhan, dan kenderaan yang baik. Ia memiliki harta yang cukup untuk memenuhi keperluan hidup secara layak.
(Sumber: "Kitab Don't Be Sad" tulisan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/25/2009 10:36:00 PG
21 November 2009
SYAITAN BERTEMPIARAN DENGAN AZAN, DOA SENJATA MUKMIN
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari)
Huraian:
Syaitan berada di mana-mana. Oleh kerana itu pohonlah perlindungan dengan berzikir atau membaca ayat-ayat al-Qur’an.
Dalam menghadapi keadaan-keadaan yang membahayakan, mencemaskan atau menakutkan, malah dalam keadaan biasa sekalipun pun, eloklah kita mengamalkan amalan-amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, Contohnya, dalam waktu kecemasan seperti kebakaran, azan dan takbir amat sesuai dilaungkan di samping ayat-ayat atau zikir-zikir pendek.
Selain itu untuk berlindung daripada syaitan juga kita dikehendaki melaungkan azan dan iqamah ke telinga bayi yang baru lahir.
Sesungguhnya syaitan itu tidak lain melainkan sentiasa ingin menggoda manusia dengan apa cara sekalipun hatta di dalam solat supaya manusia lalai daripada mengingati Allah dan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebinasaan pada dirinya.
Sebab itulah Rasulullah menyuruh kita mengamalkan berbagai bacaan doa sama ada ketika makan, ingin memasuki tandas, keluar tandas, memasuki rumah memakai pakaian, tidur, membawa kenderaan dan sebagainya.
Maka apabila manusia terlindung dengan doa yang dibacanya itu akan terlepaslah peluang syaitan untuk merosakkan manusia.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
IBAN MUSLIM:
Indahnya Islam. Saya amat tertarik dengan adanya pelbagai jenis doa untuk pelbagai jenis situasi. Doa adalah permohonan kita kepada Allat Taala agar segala kerja buat kita di dunia ini mendapat ganjaran yang baik daripada Allah di samping dipermudahkan setiap urusan tersebut.
Masuk tandas ada doanya, keluar tandas ada doanya, naik kenderaan ada doanya, memakai pakaian ada doanya, makan ada doanya, selepas makan ada doanya, tidur ada doanya, bangun tidur ada doanya, melihat cermin ada doanya, dan pelbagai lagi.
Apabila azan dan iqamat dilaungkan dan jika ada manusia yang lari dan merasakan azan ini mengganggu ketenteramannya, maka tergolonglah ia sebagaimana hadis di atas.
Nabi s.a.w pernah memperingatkan kita bahawa selagi kita berpegang teguh pada dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah (Hadis) selagi itulah kita tidak akan sesat selamanya. Anda tidak percaya pada Al-Quran dan Hadis? Awas! Andalah golongan yang kufur ingkar...
Maka, wajarlah bagi kita untuk beramal dengan doa-doa tersebut sepanjang masa.
Selamat beramal agar selamat di dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/21/2009 09:27:00 PG
20 November 2009
ALHAMDULILLAH...IM DITAWARKAN BIASISWA MELANJUTKAN PENGAJIAN
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/20/2009 05:53:00 PTG
MUSIBAH ITU UJIAN BAGI ORANG BERIMAN
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Al-Anfal: 25]
Terdapat beberapa persoalan berkaitan bala yang menimpa umat Islam. Contohnya di Padang, atau Tsunami yang berlaku di Acheh. Mengapa ini berlaku?
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah Taala, kita kena ingat bahawa setiap musibah yang datang sama ada kecil mahupun besar, sebagai seorang yang beriman, ia adalah satu ujian untuk menguji keimanan.
Berbeza sekali bagi orang yang kufur, yang melupakan ALLAH, musibah dan bala yang datang itu adalah untuk menyedarkan mereka, sekiranya mereka mahu menerima pengajaran.
Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. [Al Baqarah: 66]
Jangan ada pertikaian adanya kitab lain yang lebih benar daripada Al-Quran. Jika kamu seorang Islam yang berkat begitu, maka menjadi kufurlah kamu. jangan kerana lidah, akhirat kamu binasa. Apa tugas kita sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah, mafhum ayat Allah menyebutkan dalam Surah Nahl ayat 125;
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/20/2009 03:49:00 PTG
TETAMU IM YANG DIHORMATI
Tidak ada alasan melainkan baculnya seorang aktivis yang bersembunyi di sebalik nama. Iban Muslim pun bersembunyi di sebalik nama? Tidak...Iban Muslim adalah seumpama tuan rumah dan senang disebut kepada Tuan Punya Blog.
Maka wajiblah bagi tetamu-tetamu yang datang bertandang memperkenalkan diri agar nampak dari segi kesopanannya dari aspek kemanusiaan. Kalau pintu rumah anda diketuk oleh orang yang tidak memperkenalkan diri dan bercakap sesuatu kepada anda, apa anda nak kata?
Iban Muslim(IM) tidak sekali berselindung di sebalik nama. Jelas sekali emel itu dihubungi 25 hours...
Jangan kita jadikan alasan Malaysia sebagai negara yang menutup pintu kepada orang Kristian untuk menyebarkan dakyah mereka. Gereja yang ada di setiap negeri adalah buktinya. Kes Lina Joy yang murtad juga boleh diambil sebagai contoh.
Mengapa IM suka memberi respon terhadap tetamu tanpa nama nih...?
Saya sebagai Muslim wajib memberikan ilmu Islam yang benar ini kepada sesiapa sahaja. Jika tidak, kita sebagai seorang Islam akan ditanya dan dipersalahkan oleh golongan 'belum Islam' ini di hari akhirat kelak kerana tidak mengajak dan berdakwah kepada mereka agar kembali kepada agama yang benar yakni Islam.
Namun begitu, saya sebagai seorang Islam diajar agar menghormati tetamu yang hadir bertamu tanpa mengira anda Islam, Kristian, Hindu, Budha, Free Thinker, atau apa sahaja anutan agama.
Maka, usah menyalahkan Malaysia! Kerana anda perlu bersyukur kerana masih lagi tinggal di Malaysia.
Kalau ia pun Malaysia halang...Kenapa? Kerana orang yang melarang itu tahu bahawa Islam adalah agama rasmi di Malaysia, dan Islam lah agama yang BENAR dan menjadi penyelamat kepada kita di dunia mahupun di akhirat jika diikuti setiap ajarannya.
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/20/2009 03:34:00 PTG
BAGIMU AGAMAMU, BAGIKU AGAMAKU
Yang benar hanyalah satu. Allah ada satu, tiada dua dan tiganya. Masakan di akhirat nanti akan dikelompokkan Allah mengikut agama jika ada dakwaan manusia yang ingkar bahawa semua agama adalah sama.
Di dalam Islam, terdapat 4 kitab yang Allah Taala turunkan satu demi satu mengikut peredaran zaman. Dimulai Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s, Kitab Zabur yang diturunkan melalui Nabi Daud a.s, Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s, dan Kitab yang terakhir yakni Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Jika ada perikaian mana yang turun dulu dan kemudian, jelas jawapan di atas. Tidak ada ciplak menciplak. Sekali lagi saya tegaskan bahawa, tafsiran daripada ayat 47 Surah Maidah tersebut menyatakan bahwa pengikut-pengikut injil itu harus memutuskan perkara apa yang diturunkan Allah di dalam Injil itu, sampai kepada masa diturunkan Al-Quran. Maka, selapas turunnya al-Quran, wajib bagi seluruh manusia beriman kepadanya. Sesetengah penganut agama Kristian melihat seakan-akan ada persamaan dan menuduh penciplakan berlaku. Nau'zubillah minal zhalik...Benarlah amaran Allah berkaitan kedegilan Yahudi dan Nasrani ini,
Orang-orang Yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. [Al-Baqarah:120]
Kebenaran sesuatu agama tidak boleh sama sekali dinilai melalui penganut kepada agama tersebut. Di dalam Islam dengan jelas menyatakan adanya dosa dan pahala yang akan ditimbang di padang Masyar nanti. Jika pahala lebih berat timbangannya, maka ke syurgalah ia, jika dosa yang lebih berat, ke neraka lah ia. Amat dangkal hujah yang menggunakan amalan penduduk kampung di negara jiran tersebut sebagai satu indeks yang digunakan untuk menilai 'babi dan arak'. Jika nak makan babi, silakan. Jika nak minum arak, silakan.
Tetapi!!! Allah Taala telah memberi peringatan yang jelas berkaitan haramnya babi dan arak. Peminum arak dan pemakan babi tersebut tergolong dalam golongan yang berdosa! Sebenarnya usah diberi contoh hingga melangkui sempadan negara, memadai dalam negara, ramai yang menjadi peminum arak...maka, orang sedemikian tergolong dalam orang yang berdosa.
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [Al-Maidah: 90]
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Maidah: 3]
Jelas sekali peringatan yang Allah Taala berikan kepada orang-orang yang mahu mendengar. Bagi golongan yang sombong dan ingkar, katakanlah apa-apa pun peringatan daripada Allah pasti mereka akan membantah dan mengingkarinya.
Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf? [Hud: 24]
Bagaimana pula larangan yang terdapat di dalam Bible yang melarang makan babi dan minum arak? Dipatuhi atau diingkari? Atau anda juga orang yang makan babi dan minum arak? Itu saya tidak perlu tahu.
Bagi muslimin dan muslimat sekalian, berpegang teguhlah pada Islam. Usah gentar dan berpaling dek kerana dakyah yang dibawakan oleh golongan-golongan pendakyah ini. Jauh sekali kita hendak membandingkan kekuasaan Allah daripada kata-kata tokoh seperti Albert Einstien dan yang seumpamanya. Kita telah diutuskan seorang Nabi kita yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w oleh Allah Taala. Diturunkan kepadanya Al-Quran yang menjadi petunjuk dan landasan kepada kita hidup di muka bumi milik Allah ini.
Ingatlah pesanan Allah dalam Surah Kafirun(1-6), mafhumnya,
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/20/2009 02:51:00 PTG
ISLAM IKTIRAF SEMUA NABI DAN RASUL, YAHUDI DAN NASRANI (KRISTIAN) TIDAK IKTIRAF NABI MUHAMMAD S.A.W
Muslim (orang Islam) yang beriman wajib percaya kepada semua rasul dan nabi. Malah kita percaya dengan Nabi Isa a.s sebagai seorang nabi.
Dalam Al-Quran sememangnya jelas menerangkan bahawa Islam sahaja agama yang benar di sisi Allah sebagaimana yang dijelaskan di dalam ayat Al-Quran dalam surah Ali-Imran Ayat 19. Agama selain daipadanya, "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."[Ali Imran:85]
Tafsiran daripada ayat 47 Surah Maidah tersebut menyatakan bahwa pengikut-pengikut injil itu harus memutuskan perkara apa yang diturunkan Allah di dalam Injil itu, sampai kepada masa diturunkan Al-Quran. Maka, selapas turunnya al-Quran, wajib bagi seluruh manusian beriman kepadanya. Akan tetapi tetap ada yang ingkar! Malah, pengikut-pengikut Kristian sememangnya tidak bersetuju dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi akhir zaman. Pertikai? Nabi ditentukan oleh Allah. Begitu juga dengan Yahudi, sememangnya mereka tidak mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi akhir zaman. Berbeza sekali dengan Islam yang mengiktiraf nabi dan rasul yang Allah turunkan untuk umat manusia.
Labels: Catatan Iban Muslim, Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/20/2009 08:12:00 PG
19 November 2009
BIBLE LARANG MAKAN BABI, MINUM ARAK
Pork prohibited in the Bible:
The Christian is likely to be convinced by his religious scriptures. The Bible prohibits the consumption of pork, the book of Leviticus,
"And the swine, though he divide the hoof, and be cloven footed, yet ye cheweth not the cud; he is unclean to you."
"Of their flesh shall ye not eat, and their carcass shall ye not touch, they are unclean to you."
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/19/2009 09:29:00 PTG
ANAK PADERI PELUK ISLAM
Kiriman emel: ezam othman (eracreative1@yahoo.com.sg )
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis..... awak mengigau.... "
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ ..".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat..
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian..
Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung......"
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!
Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. .
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!
Labels: Catatan Iban Muslim, Isu Semasa
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/19/2009 03:51:00 PTG
18 November 2009
NASRANI (KRISTIAN) DALAM QURAN
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Al-Baqarah: 109]
Dan mereka (Yahudi dan nasrani) berkata pula: Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau nasrani. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar. [Al-Baqarah:111]
Dan orang-orang Yahudi berkata: Orang-orang nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar) dan orang-orang nasrani pula berkata: Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar); padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya. [Al-Baqarah :113]
Orang-orang Yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. [Al-Baqarah:120]
Dan mereka (kaum Yahudi dan nasrani) berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Katakanlah (wahai Muhammad: Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik. [Al-Baqarah :135]
Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu -Yahudi dan nasrani- membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata. [Al-Baqarah:136]
Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan) dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya; [Al-Baqarah :139]
Orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). [Al-Baqarah:146]
Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. [Al-Baqara :147]
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Ali-Imran :19]
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi (orang-orang musyrik Arab): Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya. [Ali-Imran :20]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. [Ali-Imran :100]
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. [Ali-Imran [3:105]
Mereka (kaum Yahudi dan nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan. [Ali-Imran :111]
(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan kejahatan itu dan dia pula tidak akan mendapat selain dari Allah seorang pun yang akan melindunginya dan tidak ada juga yang dapat menolongnya. [An-Nisa :123]
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [An-Nisa :171]
Dan di antara orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini orang-orang nasrani, Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan. [Al-Maidah :14]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. [Al-Maidah :51]
Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri. [At-Taubah :29]
Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? [At-Taubah :30]
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [At-Taubah :34]
(Ditetapkan pemberian yang demikian kepada kamu) supaya golongan ahli Kitab (Yahudi dan nasrani yang menentang Islam) mengetahui, bahawa sesungguhnya mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendapat (atau menyekat) sesuatu dari limpah kurnia Allah dan bahawa sesungguhnya limpah kurnia itu terletak dalam kekuasaan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah), Allah jualah yang mempunyai limpah kurnia yang besar. [Al-Hadid :29]
Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. [Al-Muddathir :31]
Allah berpesan dalam ayat 208 Surah Al-Baqarah, Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Saya yakin orang-orang Kristian mahupun Yahudi tidak akan faham apa yang Allah perkatakan di dalam Al-Quran ini kerana hati mereka telah terhijab daripada hidayah dan rahmat Allah. Kebahagian bukan terletak pada pangkat dan kekayaan di dunia, malah yang utama bagi orang Islam adalah kehidupan yang hakiki di akhirat kelak.
Saya mendoakan agar 'orang belum Islam' di atas muka bumi ini diberikan petunjuk dan hidayah Allah satu hari nanti untuk berpegang dan memilih Islam sebagai agama hidup sehingga mati.
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/18/2009 09:59:00 PTG
IMAN 5 SETENGAH
Sebagai Muslim kita wajib percaya kepada Rukun Iman yang enam. Kalau dikurangi walau sedikit pun pasti terjejas keimanan kita kepada Allah Taala.
Salah satunya percaya kepada kitab-kitab Allah. Maksudnya wajib percaya 100% tanpa sebarang keraguan dan pertikaian. Andainya Quran itu kita ambil sebahagian dan tolak sebahagian bermakna tidak mencapai tahap 100% yang dimaksudkan.
Dengan yang demikian individu tersebut memiliki iman 5 setengah. Itu belum dibicarakan berkaitan rukun-rukun iman yang lain. Sekadar mengambil satu contoh yang mudah. Kerana dalam Quran itu lengkap dari aspek perundangan, politik, dan boleh diibaratkan manual kehidupan seorang bergelar manusia.
Mesin atau peralatan ada manualnya. Tak betul guna manual, rosaklah mesin atau alat tersebut. Begitu juga manusia. Tak guna Quran sebagao manual, maka tunggulah kebinasaan akan muncul.
Sampai ke hari ini negara kita masih patuh dan tunduk kepada perundangan kelolaan British, belum ada tanda-tanda positif akan berlaku perubahan menuju kepada redha Allah.
Selagi pemimpin yang memimpin tonggak kekuasaan negara orang yang sama...kumpulan yang sama...parti yang sama...
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/18/2009 02:54:00 PTG
17 November 2009
ORANG ARIF YANG MENGENAL DAN CINTA PADA ALLAH
Siapa yang benar-benar mengenal Allah, maka pasti dapat melihatNya pada tiap-tiap sesuatu.
Dan siapa yang fana dengan Allah, pasti ia lupa (ghaib) dari segala sesuatu.
Dan siapa yang cinta pada Allah, tidak akan mengutamakan sesuatu yang lainnya.
Sesungguhnya yang menghijab engkau daripada melihat Allah itu kerana sangat dekatnya Allah kepadamu.
Sesungguhnya terhijabnya Allah dari penglihatanmu kerana sangat terangnya dan samar dari penglihatan itu kerana besarnya sinar cahaya nurnya.
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/17/2009 09:45:00 PTG
14 November 2009
Wailun!
Labels: Catatan Iban Muslim, Ilmu
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/14/2009 05:05:00 PTG
12 November 2009
NABI SULAIMAN A.S DENGAN SEMUT
Labels: Catatan Iban Muslim, Ilmu
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/12/2009 09:51:00 PTG
10 November 2009
KAYU UKUR CINTA PADA ALLAH!
Sejauh manakah kita mencintai Allah sebenarnya???
Berapa banyak masa yang kita peruntukkan untuk membaca kalam Allah dalam sehari???
Aku ingin memperingatkan diriku bahawa di akhirat nanti, setiap detik yang berlalu pasti diaudit dengan teliti oleh Allah Taala. Masa 24 jam dalam sehari yang dianugerahkan oleh Allah pasti akan ditanya bagaimana kita manfaatkan. Adakah diperuntukkan untuk membaca Al-Quran?
Sahabat Nabi s.a.w, Ibnu Mas'ud memberikan kayu ukur terhadap persoalan 'sejauh mana cinta hamba terhadap Allah?' Beliau melontarkan satu persoalan sebagai indeks yang bisa mengukur tahap kecintaan seorang hamba terhadap Pencipta.
"Berapa banyak seorang hamba membaca Al-Quran?"
Itulah indeks atau kayu ukur yang Ibnu Mas'ud r.a gunakan untuk mengukur sejauh mana cinta kita terhadap Allah Taala.
Maka, Aku perlu berusaha untuk mencapai indeks yang terbaik dalam persoalan ini. Kalau tidak, pasti kata-kata cinta yang diungkapkan tidak lebih daripada omongan kosong dan sekadar manis di bibir. Tidak lebih dari itu!
Dan, yang lebih merisaukan...tidak ada hujah yang mampu aku hujahkan di depan Allah Taala nanti di akhirat nanti!
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/10/2009 09:47:00 PTG
9 November 2009
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/09/2009 09:16:00 PTG
7 November 2009
PELAJAR SEKOLAH ST.AGUSTINE (SARAWAK) HINA ISLAM
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarang masjid-masjid di negeri itu dimasuki oleh orang bukan Islam sedang hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. (Baca di sini) dan (di sini).
Isu ini berakar umbi daripada unsur-unsur politik. Itu satu hal. Kalaulah bukan orang politik yang memasuki masjid tersebut sepertimana lawatan yang dibuat ramai pelancong di Masjid di Putrajaya tu, saya fikir isu ini tidak diperbesarkan. Bagaimana pula halnya bekas PM Britian yang memasuki Masjidil Aqsa baru-baru ini?...
Kalau dilihat dari sudut dakwah, silakan. Malah pada zaman nabi ada orang kafir yang memasuki masjid dan terus kencing di dalam masjid pun nabi tidak terus melenting atau marah. Sabarnya Nabi s.a.w. Bukanlah maksud saya nakkan orang kafir kencing dalam masjid kita. Tapi sekadar mengambil contoh akhlak Nabi s.a.w.
Baiklah, itu masalah utama kenapa orang Islam sukar bersatu dan memberikan contoh yang baik kepada orang bukan Islam. Orang bukan Islam pasti merasa serik jika mereka melihat contoh-contoh yang kita berikan..,
Tapi, cuba kita perhatikan video yang dilampirkan bersama posting ini... Gelagat budak-budak nakal dari sebuah sekolah di Negeri Sarawak, kawasan Timbalan Ketua Menteri Sarawak sendiri...
Mereka ini terdiri daripada pelajar yang tidak tahu apa-apapun...semoga satu hari nanti mereka dikurniakan hidayah dan petunjuk oleh Allah Taala.
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/07/2009 04:11:00 PTG
6 November 2009
DIA PERGI BUAT SELAMANYA...AMPUNIKU YA ALLAH...
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/06/2009 06:22:00 PTG
5 November 2009
LAUTAN MANUSIA MENGHAMBA DIRI DI BUMI SUCI
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/05/2009 08:30:00 PG
4 November 2009
FINAL PIALA MALAYSIA: KELANTAN CUTI PERISTIWA & 'GANJARAN ISTIMEWA'
Labels: Catatan Iban Muslim, Isu Semasa
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/04/2009 04:13:00 PTG
3 November 2009
PANDANGAN PELBAGAI PIHAK BERKAITAN PENAHANAN DR.ASRI
Labels: Catatan Iban Muslim, Isu Semasa
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/03/2009 06:39:00 PTG
1 November 2009
MAKKAH: TERUS DIBANJIRI TETAMU ALLAH
Semakin ramai jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia di Masjidil Haram bagi menunaikan rukun Islam yang ke-5 pada tahun ini. Semoga mendapat haji yang mabrur...
Bagi yang belum tertulis namanya sebagai tetamu Allah (termasuk IM), semoga diberikan ruang dan peluang untuk melengkapkan 5 rukun Islam yang kita sayangi ini. InsyaAllah...
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/01/2009 12:05:00 PG