Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

21 Oktober 2009

SEJADAH BERDIRI...MUFTI KATA JANGAN PERCAYA!



ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.
Foto: Berita Harian
Beberapa hari ini agak 'gempar' dengan laporan media berkaitan sejadah berdiri. Di Kelantan (baca di sini) (di sini) ...di Kedah (di sini) ...berlaku perkara yang sama...
Selepas kejadian di Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas Kelantan semalam, kes yang sama berlaku di Surau Al-Rahmaniah Kampung Teluk Yan di sini hari ini.
Menurut seorang guru, Adnan, 37, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.
"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya. (baca di sini)
Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.
"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.
Sementara itu, Mufti Kedah Datuk Badarudin Ahmad menggesa umat Islam agar tidak percaya dengan kejadian sejadah boleh berdiri itu kerana ia boleh membawa khurafat.
"Kita tidak mahu ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya harap umat Islam sentiasa berpegang kepada ajaran Islam dan tidak mudah membuat andaian," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata beberapa petugas Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah mengambil sejadah itu untuk dibawa pulang ke pejabat ekoran kejadian tersebut yang telah menjadi tumpuan orang ramai di kawasan berkenaan.
Sebagai hamba yang lemah ini, kita usah terlalu cepat melatah...ikutilah nasihat orang yang 'ahli' dalam bidang ini...kalau di negara kita, kita mengharapkan ilmu seorang Mufti yang arif dalam mentafsirkan perkara yang seumpama ini.
Mengapa? Sepertimana nasihat Mufti Kedah, Datuk Badarudin, agar kita tidak terlalu cepat membuat andaian sendiri sehingga berlaku perkara-perkara yang khurafat yang boleh menjejaskan kualiti akidah umat Islam.
Wallahua'lam.