Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

4 Oktober 2009

Flushing

Pakej ubat cirit birit & muntah...Balik daripada kerja 30 September lalu, serangan penyakit ini tiba-tiba muncul. 3 hari sebelum, anak yg bongsu kena dah...pulih dah, alhamdulillah. Khamis lepas, aku, zawjah, dan anak yg sulung pula kena...

Segala isu perut yang dimakan mahupun diminum kena reject....Kalu dalam automotif, kira macam flushing engine...lembik...aku yg paling teruk kena...Malam tu juga paksa diri dapatkan penawar di atas...itulah ikhtiar yang aku mampu buat...alhamdulillah...pagi jumaat tu kira boleh dengar kuliah subuh...

Ya...Allah...sungguh besar nikmat sihat yg Engkau kurniakan selama ini...aku ini manusia yang sering lalai terhadap segala nikmat yang telah Engkau kurniakan...Alhamdulillah, aku syukur di atas peringatan-Mu itu...