Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

9 Oktober 2009

MOHON SUMBANGAN UNTUK SAUDARA BARU MELANJUTKAN PELAJARAN DI YAMAN

Seorang saudara baru (mualaf) mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Sains dan Teknologi, Sana'a Yaman, Republik Yaman, Bidang Pengajian Islam. Iban Muslim macam saya juga...berasal dari Sarawak, sekarang tinggal bersama keluarga angkat beliau di Jitra.

Namun, belum mendapat apa2 tajaan sehingga ke hari ini. Maka, tanggungjawab kita selaku saudara seIslam untuk membantu beliau meneruskan pengajian tersebut dan beliau dijangka akan berlepas ke Yaman pada akhir bulan ini.

Sekiranya tuan/puan ada kelebihan rezeki yang Allah kurniakan bolehlah bank-in atau transfer terus sumbangan ikhlas berupa sedekah atau zakat atau seumpamanya ke dalam akaun beliau.

Berikut maklumat akaun beliau;

NAMA : MUHD ILYASA' ABDULLAH
NAMA ASAL: PATRICK BUNSU AK BAKI

NO. AKAUN: 02039024522646 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD) atas nama MUHD ILYASA' ABDULLAH

Atau, sekiranya ingin menghubungi beliau secara terus, sila hubungi di talian 016-9829980.

Terima kasih di atas sumbangan yang bakal tuan/puan salurkan. Semoga usaha kita ini dapat membantu beliau memperkukuhkan ilmu Islam beliau dan dimanfaatkan untuk umat sejagat satu hari nanti. InsyaAllah. Semoga Allah membalas segala amal baik tuan/puan sekalian.