Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

15 Oktober 2009

40 GEMPA DI MALAYSIA SEJAK 2007

Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.

Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang. (Berita Lanjut) /-malaysiakini

IBANMUSLIM:
Semua ini ketentuan Allah. Selama ini kita berasa begitu selesa dengan mengatakan kita bebas daripada gempa.

Nanti dulu! Jangan terlalu yakin dan sombong. Banyak-banyakan berdoa agar dihindari bala bencana sebegitu daripada bercakap besar itu dan ini...

Pelbagai kemungkaran dan dosa yang kita lakukanlah yang mengundang bala bencana sebegini sebenarnya. Walaupun bukan kita yang lakukan dosa itu, tetapi yang dikatakan bala ini tidak mengenal yang berdosa atau tidak. Cuma di sana nanti akan ditapis sama ada ke kiri atau ke kanan.