Diharapkan pihak berkuasa benar-benar membuat 'follow-up' terhadap orang ini. Satu ketika dulu mengatakan dirinya sudah meletak jawatan sebagai 'Rasul melayu'. Hari ini dia berkata akan membetulkan akidah pengikutnya pula.
Bagus benar sekiranya mampu untuk membetulkan hati-hati yang telah tersesat, namun, yang ingin perbetulkan orang tu perlulah lebih betul dahulu. Cukuplah...Jangan huru-harakan pegangan Islam yang semakin hari semakin rapuh di telan arus dan masa.
Ini bukan permainan komputer atau playstation yang boleh kita restart ikut suka kita. Ini akidah! Urusan manusia dengan Pencipta, yakni Allah Taala. Jika kita pernah ikuti tulisan-tulisan Abdul kahar Ahmad ini, amat meruntun jiwa...bukan kerana kehebatan, tapi dek kerana kepelikan terhadap pemikiran manusia yang berakidahkan hawa nafsu semata-mata.
Mungkin sesetengah masyarakat memandang perkara ini benda kecil semata-mata, namun bagi saya, perkara akidah adalah benda yang paling besar. Lebih besar daripada dunia dan seisinya.
Wahai pihak berkuasa, diharap seriuslah menangani orang-orang seperti ini. Pasal ekonomi kita boleh bimbang, pasal wang kita boleh risau, pasal kedudukan kita boleh pening, pasal anak-pinak kita boleh ambil berat...apa salahnya, pasal akidah seperti ini kita luangkan keringat kita untuk memelihara agama Allah...