Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

15 Oktober 2009

KEMANISAN IMAN


Hadis Anas r.a:

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
[Shahih Muslim]



Itulah kemanisan dan yang utama dalam kehidupan seorang yang bergelar Mukmin. Apa lagi yang kita perlukan selain kemanisan iman ini.

Cinta yang utama Nabi s.a.w pesan kepada kita adalah terhadap Allah dan Rasul-Nya. Cinta ini adalah cinta yang perlu dicari dan dididik agar menyerap masuk dalam sanubari seorang Mukmin. Jangan samapi kita mengenepikan Allah dan Rasul-Nya dan mengangkat yang lain.

Bercinta, bertemu dan berpisah kerana Allah. Itulah cinta sejati yang bakal mendapat balasan yang terbaik daripada Allah di hari akhir kelak. Maka, setiap derap langkah yang kita bina di atas muka bumi ini jangan lari daripada 'Lillahi Taala'.

Dan, hidayah dan petunjuk yang Allah kurnia kepada seorang hamba perlu dijagai, dibajai, dan disemai agar terus subur dan mekar bagi menghasilkan buah keimanan yang betul-betul ranum dan manis untuk dinikmati. Maha Suci Allah... Sungguh besar kurniaan-Mu... Kekufuran bererti kokosongan jiwa, tiada hala tuju, dan akhirnya ke neraka Jahannam. Mohon disimpangkan. Peganglah tali keimanan ini dengan gigi gerahammu...jangan sampai ia terlepas...Inilah "Anugerah Cemerlang" yang Allah anugerahkan kepada seorang hamba yang Mukmin.

Kita cuba...kita usaha...kita perkukuhkan semua ini agar kita bisa mengecapi kemanisan iman ini. Seterusnya mendapat mencapai matlamat seorang Mukmin iaitu Syurga yang kekal abadi.

Wallahu'alam...aku insan kerdil...tak terlepas daripada kesilapan...bimbinglah aku ke jalan yang lurus...