Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

30 Oktober 2009

MAKKAH HUJAN LEBAT...


Hujan lebat....guruh berdentum...itulah cabaran para jemaah haji yang sedang berada di Masjidil Haram hari ini...hujan lebat non-stop lebih sejam begitu menguji ketabahan para jemaah yang terus melakukan ibadat di Masjidil Haram.
Kita doakan agar mereka diberi perlindungan oleh-Nya. Sama-sama kita doakan agar kesihatan para jemaah terpelihara dalam usaha mereka melakukan ibadat yang paling sempurna dalam keterbatasan waktu yang ada...

29 Oktober 2009

Dr. Yusuf Al-Qardhawi : SYARAT UTAMA BAGI ORANG YANG MASUK ISLAM

Pertanyaan:

Apa syarat utama bagi orang yang baru masuk Islam?

Jawab:

Syarat utama bagi orang yang baru masuk Islam ialah
mengucapkan dua kalimat Syahadat. Yaitu, "Asyhadu allaa
ilaaha ilallaah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasuulullah."
Barangsiapa yang mengucapkan dan mengikrarkan dengan
lisannya, maka dia menjadi orang Islam. Dan berlaku baginya
hukum-hukum Islam, walaupun dalam hatinya dia mengingkari.
Karena kita diperintahkan untuk memberlakukan secara
lahirnya. Adapun batinnya, kita serahkan kepada Allah. Dalil
dari hal itu adalah ketika Nabi saw. menerima orang-orang
yang hendak masuk Islam, beliau hanya mewajibkan mereka
mengucapkan dua kalimat Syahadat. Nabi saw. tidak menunggu
hingga datangnya waktu salat atau bulan Puasa (Ramadhan).

Di saat Usamah, sahabat Rasulullah saw, membunuh orang yang
sedang mengucapkan, "Laa ilaaha illallaah," Nabi
menyalahkannya dengan sabdanya, "Engkau bunuh dia, setelah
dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah." Usamah lalu berkata,
"Dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah karena takut mati."
Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Apakah kamu mengetahui
isi hatinya?"

Dalam Musnad Al-Imam Ahmad diterangkan, ketika kaum Tsaqif
masuk Islam, mereka mengajukan satu syarat kepada Rasulullah
saw, yaitu supaya dibebaskan dari kewajiban bersedekah dan
jihad. Lalu Nabi saw. bersabda, "Mereka akan melakukan
(mengerjakan) sedekah dan jihad."


Sumber: http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Fatawa/MasukIslam.html

27 Oktober 2009

FACEBOOK PEMBUNUH RAKYAT PALESTIN!?

Kiriman: adeq_my@yahoo.com

Ini adalah emel yang di 'forward' kepada saya hari ini. Sama-sama kita baca dan fikir-fikirkan. Barangsiapa ada idea dan pandangan brkaitan perkara ini, silakan. Paling tidak pun...kita baca sahaja. (Sila klik pada gambar/artikel tersebut agar lebih jelas untuk dibaca...)

Lebih lanjut, sila dapatkan/rujuk majalah Al-Islam keluaran September 2009...



Bagaimana pula dengan WINDOW, YAHOO, GOOGLE, MICROSOFT...dan segala macam lagi yg berkaitan dengan IT/ICT/Komputer...

Sekadar mana kita sebagai seorang Muslim 'mematuhi' semua ini sedangkan belum ada terjumpa 'Orang Kita' (Muslim) yg tampil ke hadapan dalam menyediakan segala yg berkaitan perkomputeran / komunikasi maya sebegini...

Saya sekadar mohon nasihat sahabat2 sekalian dalam mendepani perkara sebegini...nasihat tuan-tuan amat dialukan...saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

26 Oktober 2009

SEJADAH DILIPAT BERDIRI...


Inilah gambar sejadah yang 'didirikan' oleh anakku. Anakku yang berusia 5 tahun pun pandai untuk membuatkan sejadah ini berdiri. Gambar ini diambil dari bilik tidurnya pagi ini...
Maka, bukan sesuatu yang mustahil untuk 'main pondok-pondok' begini...
Sebagai mukmin, tugas kita adalah untuk terus mendirikan solat dan bukannya pening dengan sejadah yang dilipat berdiri begini...

25 Oktober 2009

HATI-HATI MAKAN KANGKUNG...!?

Kiriman Emel: Kalsom Othman (kal_naz02@yahoo.com)

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung.

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman..

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.

Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar..

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung..



IBAN MUSLIM:

Wallahua'alam...Ajal maut Allah yang tentukan...kita sebagai hamba yang lemah hanya mampu berusaha dan berikhtiar...yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan...Risau juga yer makan kangkung selepas baca emel nih...

BERSEDEKAHLAH...

Kiriman emel:Wan Rashid (wanrashid@tasco.com.my )



Untuk Renungan Bersama...


Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -
TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood (Datuk)

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"


WASSALAM.


23 Oktober 2009

PENJAWAT AWAM DAPAT RM500

Sumber berita: mStar Online

Mungkin ini yang dinantikan oleh kebanyakan penjawat awam Gred 41 hingga 54 yang tidak mendapat habuan ini raya lalu...

Bonus sekurang-kurangnya RM1000 tidak kesampaian untuk dikecapi...bagi mengubat kekecewaan sesetengah penjawat awam raya yang lalu, dan mungkin risaukan golongan ini buat 'undi protes', maka sempena Bajet 2010 ini, PM umumkan bayaran yang sama sepertimana kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam...

21 Oktober 2009

SEJADAH BERDIRI...MUFTI KATA JANGAN PERCAYA!



ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.
Foto: Berita Harian
Beberapa hari ini agak 'gempar' dengan laporan media berkaitan sejadah berdiri. Di Kelantan (baca di sini) (di sini) ...di Kedah (di sini) ...berlaku perkara yang sama...
Selepas kejadian di Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas Kelantan semalam, kes yang sama berlaku di Surau Al-Rahmaniah Kampung Teluk Yan di sini hari ini.
Menurut seorang guru, Adnan, 37, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.
"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya. (baca di sini)
Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.
"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.
Sementara itu, Mufti Kedah Datuk Badarudin Ahmad menggesa umat Islam agar tidak percaya dengan kejadian sejadah boleh berdiri itu kerana ia boleh membawa khurafat.
"Kita tidak mahu ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya harap umat Islam sentiasa berpegang kepada ajaran Islam dan tidak mudah membuat andaian," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata beberapa petugas Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah mengambil sejadah itu untuk dibawa pulang ke pejabat ekoran kejadian tersebut yang telah menjadi tumpuan orang ramai di kawasan berkenaan.
Sebagai hamba yang lemah ini, kita usah terlalu cepat melatah...ikutilah nasihat orang yang 'ahli' dalam bidang ini...kalau di negara kita, kita mengharapkan ilmu seorang Mufti yang arif dalam mentafsirkan perkara yang seumpama ini.
Mengapa? Sepertimana nasihat Mufti Kedah, Datuk Badarudin, agar kita tidak terlalu cepat membuat andaian sendiri sehingga berlaku perkara-perkara yang khurafat yang boleh menjejaskan kualiti akidah umat Islam.
Wallahua'lam.

ABDUL KAHAR DIPENJARA 10 TAHUN, 6 SEBATAN

Sumber: mStar Online

20 Oktober 2009

"GREEN BEAN SOY DRINK" KELUARAN YEO's DAN FANTA APPLE HARAM!!!

Awas semua muslimin dan muslimah!GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia.

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.



Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat........

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???
Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!


Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.
Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)


Diulang siar daripada blog http://idhamlim.blogspot.com (Posting asal)

DARI RON-97 KE RON-95: INILAH KESANNYA...



Sebentar tadi periksa 'spark plug'... Ini result dia...
Kesan daripada pertukaran penggunaan bahan api (petrol) daripada RON97 kepada RON95...
Buat pengetahuan bersama RON97 sekarang ini adalah sama kualiti dengan 'minyak hijau' yang kita pakai dulu tu...
Manakala RON95 yang ada sekarang adalah sama dengan 'minyak merah' yang kita pakai dulu tu...cuma bezanya dulu ada plumbum...sekarang tanpa plumbum...
Cuba check spark plug kereta tuan-tuan...kot-kot lah sama nasib dengan spark plug saya tu...



SERVIS THROTTLE BODY



Hari ini student servis 'throttle body'...pastu buat 'learing' dengan menggunakan scanning tool.
Sampai masa, throttle body ni kena servis...buang himpunan karbon yang menebal di situ. Kalau tidak ia akan menjejaskan kadar kemasukan bahan api dan seterusnya memberi kesan kepada kadar penggunaan bahanapi (orang kampung kata 'minyak lebih')




19 Oktober 2009

HARI MALAYSIA: 16 SEPTEMBER

Sumber foto: En.Malaysiakini

Hari Malaysia...Kita cuti setiap 16 September mulai tahun 2010...

Demikianlah yang diumumkan oleh PM 1Malaysia (baca di sini). Mungkin bagi rakyat Sabah dan Sarawak ini satu 'hadiah' buat mereka kerana tarikh itu adalah titik mula mereka bergabung dalam Malaysia.

Mengapa selepas 46 tahun berlalu, baru kini diadakan/diwujudkan hari Malaysia dan diberi cuti umum?

Perkara ini menimbulkan rasa geli hati buat mantan PM, Tun Mahathir (baca di sini). Lebih mengujakan lagi, Tun Mahathir berkata, “We should have more holidays” ... Apa maksudnya... Adakah itu satu pujian atau sindiran sinis.?

Berikut kata-kata PM, Datuk Seri Najib berhubung pengumuman cuti tersebut;

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu. Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia. "

Dengan yang demikian, Malaysia akan berpesta secara berkembar...lazimnya diisi dengan tahlil dan doa selamat..dan diikuti/dicemari dengan konsert merdeka, yang memberi ruang kepada kemaksiatan berlaku tanpa tol...

Siapalah kita? Hanya insan kerdil yang hanya mampu berkata-kata melalui hujung 'keyboard'...pemerintah berhak melakukan apa saja demi mengubati hati rakyat yang terluka...atau terus melukakan hati sesetengah rakyat yang lain...

Pejuang Islam hanya mahukan "Pemerintahan Islam" tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Tidak kira siapa pun...tidak kira parti politik mana pun...jika kamu mampu menegakkan hukum Allah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah di bumi bertuah ini...silakan...itu yang mereka mahu...mereka pasti akan sokong...dengan syarat...Islam yang sebetul-betulnya...bukan 'Islam Modify' di sana dan di sini ikut kesesuaian nafsu...

18 Oktober 2009

1Malaysia = 1Israel ? Betul ke?


Mungkinkah slogan “Satu Malaysia” yang dirujuk sebagai “1Malaysia” dan dilaungkan Perdana Menteri, Najib Razak bagi mengambil hati masyarakat majmuk di Malaysia, ditiru dari pendekatan politik Israel?

Ia berikutan konsep One Israel pertama kali diumum tokoh politik Israel Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 dan diperkukuh oleh pemimpin PArti Buruh, ehud barak sebagai strategi politik dalam pilihanraya Israel 1999.

Yang diPertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (MPIUSM), Muhammad Hanif Alias pula berkata persamaan itu mungkin pengaruh gerakan Freemason yang didalangi golongan Yahudi.

“Mereka licik dan pintar serta cuba mengatur pemimpin dunia,” katanya yang tidak menolak kemungkinan Satu malaysia hanya slogan politik berikutan Umno kuat berbau perkauman.

Sasterawan dan aktivis politik, Azizi Abdullah menyifatkan slogan itu jika benar ditiru dari Israel menunjukkan pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Najib sebagai pemimpin tiada maruah.

“Asyik tiru gaya orang lain, pinjam orang lain buat apa, buatlah sendiri. Saya tidak tahu apa bendanya Satu malaysia. Mengarut saja.” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Carian internet mendapati konsep itu menggabungkan tiga parti utama Israel : Labour, Gesher, dan Memad bagi menarik perhatian rakyat dan menjadi gabungan parti terbesar dalam sejarah Israel.

Konsep One Israel berakhir berikutan parti Gesher menarik diri dari gabungan pada 4 Ogos 2000 berikutan pembabitan Barak dalam kem David bersama Yasser Arafat.

Tidak kurang menarik ialah konsep Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mentor Najib, Dr. mahathir Mohamad pada tahun 1991 sebagai dasar, juga seakan-akan dicedok dari konsep Israel 2020.

Dasar itu bertujuan meletakkan Malaysia sebagai negara maju, adalah strategi perancangan yang pertama kali diumumkan dalam ucapan Dr. Mahathir bertajuk ‘Malaysia: The Way Forward“.

Sebenarnya, Israel 2020 adalah satu pelan induk yang dirangka ahli politik dan ekonomi Israel sejak 1948 hungga 1951, diketuai seorang jurutera, ariel Sharon sebelum diganti Prof. Adam Mazor dari pelbagai latar belakang.


(Sumber: Suara Keadilan edisi cetak, 18-25 Ogos 2009)


1 Israel (Klik) (Klik) (Klik)

1 Malaysia (Klik)

17 Oktober 2009

KISAH MARYAM DAN NABI ISA

MARYAM berkata: “Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang penzina? Jibril berkata: Demikian Tuhanmu berfirman “Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat bagi Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan. (Maryam: 20-21)
MARYAM merupakan ibu kepada Nabi Isa. Semasa kecil, Maryam dihantar ke sebuah tempat ibadah oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria. Pada suatu hari, ketika Maryam sedang beribadat kepada Allah, datanglah Malaikat Jibril dalam bentuk pemuda yang tampan agar Maryam tidak ketakutan.“Aku datang sebagai utusan Allah. Dia akan memberimu seorang anak lelaki yang suci dan kudus,” kata Malaikat Jibril. Maryam terkejut mendengar kata-kata itu. “Bagaimana aku boleh memperoleh anak lelaki sedangkan aku masih belum berkahwin? Aku masih belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki,” balas Maryam.“Apabila Allah s.w.t. menghendaki sesuatu perkara itu terjadi, maka akan jadilah ia. Dia Maha Berkuasa di atas segala-galanya,” jawab Malaikat Jibril.
Malaikat Jibril pun terus berlalu meninggalkan Maryam kebingungan. Masyarakat pasti akan menghina dan mencercanya. Beliau masih belum berkahwin. Sekiranya mengandung, pasti orang akan menuduhnya melakukan zina. Oleh sebab itu, Maryam terpaksa melarikan diri dari Baitulmaqdis. Beliau pulang ke kampung halamannya di Annashirah. Di kampung, Maryam memencilkan diri daripada orang kampung. Beliau enggan menemui sesiapa pun termasuklah keluarganya sendiri. Beliau berpura-pura tidak sihat.Sepanjang masa Maryam mengabdikan dirinya dan beribadat kepada Allah. Beliau bermohon agar dikuatkan semangatnya untuk menghadapi cemuhan daripada masyarakat kelak. Maryam memperoleh ketenangan yang didambakan dengan keizinan Allah. Allah memperkenankan doa hamba-Nya yang soleh.
Maryam melalui hari-harinya dengan ketabahan sehinggalah beliau selamat melahirkan bayi yang dikandungkannya itu. Beliau memberi nama anaknya Isa yang bakal menjadi nabi bagi kaum Bani Israel serta membawa kitab Injil.DAN (ingatlah wahai Maryam) yang telah menjaga kehormatannya lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuhnya) roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan) yang besar bagi alam semesta. (al-Anbiyaa’: 91)MARYAM seorang perempuan yang suci. Beliau menghabiskan masanya dengan beribadat kepada Allah. Pada suatu hari, beliau didatangi malaikat Jibrail. Malaikat tersebut memberitahu Maryam bahawa beliau bakal mengandungkan seorang anak yang kemudiannya akan menjadi rasul.
Apabila tiba masa untuk melahirkan anak, Maryam pun keluar dari rumahnya dengan senyap-senyap. Beliau telah pergi ke tempat yang terpencil dan tiada orang. Akhirnya, Maryam terpaksa berhenti di bawah sebatang pokok kurma. Beliau sudah tidak dapat menahan kesakitan lagi. Tidak lama kemudian, Maryam pun melahirkan bayinya dan bayi itu diberi nama Isa. Maryam menatap wajah anaknya dengan linangan air mata. Beliau berkata: “Alangkah baiknya kalau aku ditakdirkan mati sebelum melahirkan anak tanpa sebarang suami.”Maryam berasa amat lapar dan dahaga. Beliau tidak menemui apa-apa yang boleh dimakan atau diminum. Keadaan padang pasir itu kontang dan tandus. Tiba-tiba Maryam terdengar satu suara.“Wahai Maryam, janganlah engkau bersedih. Minumlah air yang mengalir dari bawah tapak kakimu. Goyangkan pokok kurma di belakangmu dan makanlah buahnya.“Kemudian pulanglah engkau ke kampung. Jika engkau menemui sesiapa, katakan kepada mereka engkau bernazar puasa dan tidak akan bercakap dengan sesiapapun.”
Maryam pun makan dan minum sehingga beliau benar-benar sihat. Tibalah masa untuk beliau pulang ke kampung halamannya. Maryam mundar-mandir di tempatnya berdiri. Beliau risaukan keselamatannya. Beliau tahu kaumnya nanti akan menghinanya kerana melahirkan anak tanpa suami. Maryam kemudiannya berdoa kepada Allah agar ditabahkan hatinya apabila menghadapi hinaan daripada kaumnya. Beliau juga meminta agar dirinya dan anaknya dipelihara. Setelah itu, Maryam mengendong bayinya pulang. Seperti yang diduga, ramai yang terkejut apabila melihat perempuan yang belum berkahwin itu mempunyai anak. Kaum keluarga Maryam bergegas datang. Semua yang ada mengerumuni Maryam dan anaknya, Isa.“Wahai Maryam! Engkau telah mencemarkan nama baik keluargamu. Keluargamu adalah daripada golongan orang yang beriman. Kamu telah membuatkan kami malu dan terhina,” kata keluarga Maryam. Maryam memberitahu dengan isyarat bahawa beliau sedang bernazar puasa dan tidak akan bercakap dengan sesiapa pun. Beliau menuding ke arah Isa yang sedang berada di dalam buaian.
Tiba-tiba Isa berkata: “Aku adalah hamba Allah. Dia memberiku kitab Injil dan menjadikan aku seorang nabi. Aku sentiasa diberkati. Aku diperintahkan mendirikan solat dan menunaikan zakat selagi aku masih hidup. Aku akan berbakti kepada ibuku dan tidaklah aku dijadikan sebagai orang yang sombong. Moga aku sejahtera pada hari aku dilahirkan, ketika meninggal dunia dan ketika dibangkitkan semula.”
Maka tersebarlah cerita mengenai Isa yang masih bayi tetapi sudah boleh bercakap. Isa telah membersihkan fitnah yang dilontarkan kepada ibunya. Maryam adalah perempuan yang suci. Beliau telah melahirkan seorang anak yang akan menjadi nabi dan rasul. Kaum keluarga Maryam tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap Maryam. Mereka kembali menghormati Maryam dan anaknya yang bernama Isa.

15 Oktober 2009

RANKING UNIVERSITI MALAYSIA

Alhamdulillah...
Akhirnya Universiti kita ada di sini...
Di mana yang lainnya...
Masih belum kelihatan...
InsyaAllah...Coming Soon...

ASIA RANKING : TOP-10 UNIVERSITY


Top-10 Universiti terbaik Asia.
Di mana kita?
Masih belum kelihatan.
InsyaAllah...Coming Soon...

WORLD RANKING : TOP-10 UNIVERSITY


Top-10 Universiti terbaik dunia bagi Tahun 2009.

Di mana kita?

Belum kelihatan...

InsyaAllah Coming Soon...

JADUAL KULIAH TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL BANJARI AL MAKKI

Jadual kuliah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki:

1. Khamis (15/10/09)- Kuliah Maghrib - Kolej Universiti Insaniah

2. Jumaat (16/10/09) -Kuliah Subuh - Masjid Al-Muttaqin, Taman mahsuri, Jitra

3. Jumaat (16/10/09) - Kuliah Dhuha(10 pagi) - PAKSI Sg.Petani - Surau Al-Hidayah, Sg Petani

4. Jumaat (16/10/09) - Kuliah Maghrib - Masjid Bertam (Tepi Lebuhraya), Kepala batas, Penang

5. Sabtu (17/10/09) - Kuliah Subuh - Surau Arrasyiddin Taman Peruda 1, Sg Petani


Sebar-sebarkan. InsyaAllah....

40 GEMPA DI MALAYSIA SEJAK 2007

Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.

Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang. (Berita Lanjut) /-malaysiakini

IBANMUSLIM:
Semua ini ketentuan Allah. Selama ini kita berasa begitu selesa dengan mengatakan kita bebas daripada gempa.

Nanti dulu! Jangan terlalu yakin dan sombong. Banyak-banyakan berdoa agar dihindari bala bencana sebegitu daripada bercakap besar itu dan ini...

Pelbagai kemungkaran dan dosa yang kita lakukanlah yang mengundang bala bencana sebegini sebenarnya. Walaupun bukan kita yang lakukan dosa itu, tetapi yang dikatakan bala ini tidak mengenal yang berdosa atau tidak. Cuma di sana nanti akan ditapis sama ada ke kiri atau ke kanan.

KEMANISAN IMAN


Hadis Anas r.a:

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
[Shahih Muslim]



Itulah kemanisan dan yang utama dalam kehidupan seorang yang bergelar Mukmin. Apa lagi yang kita perlukan selain kemanisan iman ini.

Cinta yang utama Nabi s.a.w pesan kepada kita adalah terhadap Allah dan Rasul-Nya. Cinta ini adalah cinta yang perlu dicari dan dididik agar menyerap masuk dalam sanubari seorang Mukmin. Jangan samapi kita mengenepikan Allah dan Rasul-Nya dan mengangkat yang lain.

Bercinta, bertemu dan berpisah kerana Allah. Itulah cinta sejati yang bakal mendapat balasan yang terbaik daripada Allah di hari akhir kelak. Maka, setiap derap langkah yang kita bina di atas muka bumi ini jangan lari daripada 'Lillahi Taala'.

Dan, hidayah dan petunjuk yang Allah kurnia kepada seorang hamba perlu dijagai, dibajai, dan disemai agar terus subur dan mekar bagi menghasilkan buah keimanan yang betul-betul ranum dan manis untuk dinikmati. Maha Suci Allah... Sungguh besar kurniaan-Mu... Kekufuran bererti kokosongan jiwa, tiada hala tuju, dan akhirnya ke neraka Jahannam. Mohon disimpangkan. Peganglah tali keimanan ini dengan gigi gerahammu...jangan sampai ia terlepas...Inilah "Anugerah Cemerlang" yang Allah anugerahkan kepada seorang hamba yang Mukmin.

Kita cuba...kita usaha...kita perkukuhkan semua ini agar kita bisa mengecapi kemanisan iman ini. Seterusnya mendapat mencapai matlamat seorang Mukmin iaitu Syurga yang kekal abadi.

Wallahu'alam...aku insan kerdil...tak terlepas daripada kesilapan...bimbinglah aku ke jalan yang lurus...

Alhamdulillah...Selesai dah temuduga...

Alhamdulillah...sampai di rumah pukul 1 pagi tadi... Selesai sahaja temuduga, meronda sekejap di KL, balik kena jam sikit di Jalan Ampang...Perjalanan lancar...

Temuduga pun Alhamdulillah...Persoalan banyak kepada proposal saya...Alhamdulillah boleh dijawab seadanya...Lagipun penemuduga tu orang bidang Pengajian Islam, 2 ustaz 1 ustazah sebab daripada peserta yg ditemuduga pada sesi tu, saya seorang yang bukan mengambil bidang Pengajian Islam.

Banyak becerita berkaitan pengalaman saya bersama Islam...Isu semasa yg ditimbulkan adalah berkaitan senario politik semasa di Negeri kelahiranku Sarawak...Alhamdulillah mudah dikupas. Namun, rezeki, ajal, maut, jodoh...itu semua hak Allah. Dialah yang menentukan segalanya...

Aku beserah pada-Mu ya Allah...Aku dah berusaha sedaya upaya...Selebihnya aku serahkan kepada-Mu...Engkaulah yang mengetahui yang terbaik untuk hambaMu...

Terima kasih kepada sahabat2 sekalian yang mendoakan...

Sekarang...teruskan kerja dan rutin macam biasa...pasal temuduga ni sudah selesai..lega sikit...cuma menunggu keputusannya shj lagi...

Taknak terlalu mengharap...takut2 kecewa...Allah izin, InsyaAllah adalah tu...

14 Oktober 2009

GOLF LAGI...



Khusyuknya mereka bermain golf. Jam hampir 11 pagi, mereka masih memukul bola golf di bawah sana. Mungkin aku tak pernah merasa bermain golf nih...Sekali sekla aku jenguk di balik jendela, memerhati gelagat mereka berusaha memasukkan bola golf ke dalam lubangnya. Nampak bosan sekali...Dari satu lokasi ke satu lokasi mereka berpindah randah dengan mengenderai kenderaan padang golf...Mungkin tak sama cabaran di antara satu lokasi dengan yg lainnya...
Yang seronoknya...aku tengok suasana menghijau rumput padang golf tuh...
Rasa tepu rasanya membaca bahan2 persediaan untuk temuduga petang nanti...
Mungkin tak sama dengan perasaan para golfer di bawah sana. Mereka pasti rasa seronok memukul bola golf.
Matlamat kami berbeza. Di antara memasukkan bola golf ke dalam lubang dan ditemuduga oleh panel temuduga...Jika aku tak dapat jawab dengan baik nanti, kuranglah markahnya...Bagi golfer tuh, mereka boleh mencuba semahunya sampai ke senja...

MAIN GOLF


Jap lagi nak main golf kat bawah tuh...hehe...aku tak reti pun main benda tuh...Aku buka tirai pagi nih dah ada orang tengah main golf kat bawah tuh...semangat betul depa...berpagi-pagi lagi para golfer tuh dah terpacak di tengah2 padang walaupun baru jer lepas hujan...

TEMUDUGA PETANG NIH...

Malam tadi 'landing' di teratak ini...penat juga rasanya. Setelah seharian drive dari Jitra, terus menghantar zawjah temuduga. Lepas tu pusing-pusing ke Serdang...Kembali semula ke Shah Alam untuk berehat.
Petang nanti giliran aku pula untuk temuduga. Tawakal ajer lah...Rezeki tu milik Allah...Aku beserah pada-Mu ya Allah...

RESTOREN CINA MUSLIM

Nasi Daging Cendawan

Carrot Susu

Sup Chap Chai
Menu malam tadi di Restoren Mukmin (Cina Muslim) di Shah Alam malam tadi.

12 Oktober 2009

MINYAK WANGI BERALKOHOL UNTUK SOLAT

Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:

i)Alkohol kayu (methanol)
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)

Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (-OH).

Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.

Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH). Bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.

Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.

Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.

Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.

(Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan )



Alkohol merupakan satu cecair yang dijadikan sebahagian campuran bahan dalam minyak wangi dan minuman keras ataupun ubat-ubatan. Alkohol adalah tidak najis dan boleh digunakan di dalam solat jika kandungan alkohol tersebut dalam kadar yang sedikit dan tidak boleh dipisahkan dengan bahan asli. Alkohol yang diperoses bagi menghasil arak adalah najis dan haram.
(JAKIM)



Dimaafkan cecair yang najis seperti alkohol yang dicampurkan ke dalam ubat-ubatan atau benda-benda pewangi seperti air wangi atau minyak wangi bagi tujuan memelihara dari kerosakan atau untuk menahankan bauannya di atas kadar yang diperlukan bagi tujuan itu maka dengan itu benda-benda pewangian atau ubat-ubatan yang dicampurkan ke dalam cecair najis seperti alkohol bagi tujuan tersebut dan di atas kadar yang diperlukan bagi tujuan itu harus dipakai dan digunakan sekalipun di dalam sembahyang.

(Majlis Fatwa Negeri Kedah)



Wallahu 'alam... Para alim ulama' yang mempunyai pandangan yang boleh dikongsikan bersama demi kesempurnaan ibadat mukmin sekalian diharap dapat memberikan buah fikiran yang bermanafaat. InsyaAllah.

DAJJAL


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan ku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Wallahu A'lam.


11 Oktober 2009

PRK DUN BAGAN PINANG: MAJORITI 5435 UNDI



MOHD ISA ABD SAMAD (BN/UMNO) : 8,013 UNDI


ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (PAS/PR) : 2,578 UNDI

MAJORITI: 5,435 UNDI

JUMLAH UNDI ROSAK: 222
PERATUS MENGUNDI: 81.65%

5 Minit Lagi. Majoriti dijangka tipis


4.55pm Persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis.

"Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar."
Sumber:malaysiakini

1.57 BILLION MUSLIM

Foto: PDKM


Foto: BBC
Suburnya agama-Mu ya Allah... menurut kajian yang dibuat oleh Pew Forum on Religion & Publi Life (klik di sini) terdapat 1.57 Bilion umat Islam bertaburan di atas muka bumi Allah ini. Ini bersamaan dengan 23% daripada keseluruhan penduduk dunia yang berjumlah 6.8 bilion hari ini.

Kajian itu menggambarkan bahawa;

"... While Muslims are found on all five inhabited continents, more than 60% of the global Muslim population is in Asia and about 20% is in the Middle East and North Africa. However, the Middle East-North Africa region has the highest percentage of Muslim-majority countries..."

Kajian tersebut dibuat di seluruh 232 buah negara di dunia.

Bacaan lanjut (di sini), (di sini).

Iktibar dan renungan untuk kita semua...betapa ramainya saudara seagama kita bertebaran di atas muka dunia ini. Kesatuan amat dituntut agar memastikan keutuhan dan kekuatan Islam mencapai zaman kegemilangannya seumpama zaman Nabi s.a.w, nabi-nabi yang lain, serta khalifah-khalifah yang terdahulu.

Culaan Awal Memihak UMNO

Foto: Malaysiakini
Selamat memilih pemimpin...khusus untuk para pemilih di DUN Bagan Pinang yang memulakan proses pengundiaan pagi ini.
Culaan awal yang dibuat memihak kepada UMNO dengan majoriti tipis (Klik di sini).

Namun, dalam PRK seperti ini, apa-apa pun boleh berlaku. Pihak PAS hanya boleh mengharapkan pangkahan daripada 9,930 pemilih sahaja kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa undi pos adalah undi yang 'tak boleh pakai'.
Secara rasminya, 13,994 pemilih layak untuk mengundi pada pagi ini. Dijangka 80% (klik) bakal menunaikan tanggungjawab tersebut pada hari ini memandangkan hari pengundian bertepatan dengan cuti hujung minggu yang agak memudahkan para pemilih untuk keluar membuang undi dengan selesa tanpa kekangan urusan kerja.

Berkali-kali saya mengingatkan diri saya dan para pengundi bahawa memilih pemimpin adalah tanggungjawab yang besar. Tersilap pilih kita akan menyesal di akhirat kelak. InsyaAllah.
Selamat Mengundi!

10 Oktober 2009

Majlis Uji Bakat PASTI Kubang Pasu: Tahniah Anakku!

Anakanda Muhammad Anas sedang membacakan doa-doa semasa Majlis Ujibakat Peringkat Kawasan Kubang Pasu pagi tadi (10/10/2009).

Muhammad Anas menerima hadiah daripada Dr. Mashitah Kassim.

Hadiah Bagi Kategori Hafazan Doa Harian.



InsyaAllah, 17 Oktober 2009, Majlis Ujibakat PASTI Peringkat Negeri Kedah akan diadakan di Baling, Kedah.
Tahniah anakku kerana terpilih untuk mewakili kawasan Daerah Kubang Pasu pada majlis itu nanti. Semoga, doa-doa ini menjadi amalan harian dan bukan sekadar dihafaz...
Alhamdulillah.



9 Oktober 2009

MOHON SUMBANGAN UNTUK SAUDARA BARU MELANJUTKAN PELAJARAN DI YAMAN

Seorang saudara baru (mualaf) mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Sains dan Teknologi, Sana'a Yaman, Republik Yaman, Bidang Pengajian Islam. Iban Muslim macam saya juga...berasal dari Sarawak, sekarang tinggal bersama keluarga angkat beliau di Jitra.

Namun, belum mendapat apa2 tajaan sehingga ke hari ini. Maka, tanggungjawab kita selaku saudara seIslam untuk membantu beliau meneruskan pengajian tersebut dan beliau dijangka akan berlepas ke Yaman pada akhir bulan ini.

Sekiranya tuan/puan ada kelebihan rezeki yang Allah kurniakan bolehlah bank-in atau transfer terus sumbangan ikhlas berupa sedekah atau zakat atau seumpamanya ke dalam akaun beliau.

Berikut maklumat akaun beliau;

NAMA : MUHD ILYASA' ABDULLAH
NAMA ASAL: PATRICK BUNSU AK BAKI

NO. AKAUN: 02039024522646 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD) atas nama MUHD ILYASA' ABDULLAH

Atau, sekiranya ingin menghubungi beliau secara terus, sila hubungi di talian 016-9829980.

Terima kasih di atas sumbangan yang bakal tuan/puan salurkan. Semoga usaha kita ini dapat membantu beliau memperkukuhkan ilmu Islam beliau dan dimanfaatkan untuk umat sejagat satu hari nanti. InsyaAllah. Semoga Allah membalas segala amal baik tuan/puan sekalian.

8 Oktober 2009

HEBATNYA MASYITAH

Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Masyitah walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.

Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyitah terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"

"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyitah bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."

Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyitah, dia menjadi murka dan memanggil Masyitah. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyitah tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyitah dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.

Keesokannya keluarga Masyitah dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyitah termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyitah tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyitah tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.

Melihatkan iman Masyitah yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyitah seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyitah menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyitah meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyitah dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.

Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyitah menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyitah ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyitah dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Demikianlah hebatnya Masyitah mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyitah dan keluarganya.

Ulang Siar: Pesan TG Nik Abdul Aziz Kepada Pengundi Tentera

1. Kedudukan tuan-tuan sebagai tentera sudah betul dan cukup bertepatan dari segi Islam.

2. Mahu tidak mahu kehidupan tuan-tuan seharian semuanya bergadai nyawa melibatkan persiapan berupa kawad dan pembarisan, peluru, senjata senapang dan M16 termasuk bom, letupan, jip, trak, kereta kebal dan kapal selam.

3. Dihujung niat tuan-tuan, tentu sekali tidak ada yang lain selain dari hidup dan matiku kerana Allah seperti yang diucap dalam doa iftitah setiap kali sembahyang “inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbi ‘alamin.” Inilah unsur keikhlasan dan kesucian niat yang boleh membawa kepada syahid dan syuhada’ jika takdirnya mati terkorban ketika menjalankan tugas. Dalam hal ini, tentu sekali selaku orang Islam, kita mahu dan perlu mempertahankan kebenaran.

4. Jika dalam medan perang, kita memburu dan memerangi musuh. Dalam pilihan raya, kita menolak parti sekular. Jika tuan-tuan berani menghadapi peluru, dalam pilihan raya takkan tak berani memangkah bulan? Di mana susahnya? Gertakan dan ugutan dari Umno sudah tidak ditakuti oleh rakyat. Rakyat di Kelantan, Kedah telah berani bersama dengan PAS. Begitu juga dengan lima buah negeri Pakatan Rakyat. Mereka hidup senang lenang dan tidak ada banyak masalah. Apa nak disusahkan dengan pembangunan. Duit membuat pembangunan itupun duit rakyat. Buatlah pembangunan dan itu untuk rakyat. Jika didalam perang kita guna senapang, dalam pilihan raya, kita guna pensel. Guna kalam. Selaku perwira yang gagah berani di medan tempur, kita juga harus berani menentang rasuah, kezaliman dan pihak atau parti yang menolak Islam.

5. Kesimpulannya, pada kali ini marilah kita benar-benar buktikan bahawa slogan “satu peluru satu musuh” diamalkan. Jangan bazirkan walau satu undi. Sebagaimana kita gunakan jari kita untuk memetik hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan untuk diberikan kepada parti bulan.

6. Dengan satu undi itu, tuan-tuan boleh kata dengan tegas di akhirat nanti bahawa

“Ya Allah, aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu, telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam.”

Undilah PAS.

Undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di Akhirat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Negeri Kelantan
Bertarikh: 17 Syawal 1430 / 6 Oktober 2009.