Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

28 Mei 2010

Penjawat Awam Cepat Kaya

Walaupun isu ini telah dipaparkan di dada akhbar 2 hari yang lalu, namun masih belum terlambat untuk mengambil bahagian untuk merenung intipati reatiti yang berlaku. Kekayaan sememangnya satu objektif, misi, dan visi kehidupan kebanyakan makhluk bergelar manusia. Bagi merealisasikannya, pelbagai usaha dan cara dilakukan. Persoalan yang timbul; bilakah aku boleh menjadi kaya? Berapa tempoh masanya? Sebulan, setahun, 5 tahun, 10 tahun? Tiada siapa yang boleh memberi jaminan yang pasti.
Justeru, dengan wujudnya satu talian hayat yang bergelar 'skim cepat kaya' dijenamakan dengan pelbagai jenama, golongan yang ingin menjadikan objektif, misi dan visi kehidupannya sebagai orang kaya, tanpa berlengah terus 'join the club'. Apa tidaknya! Namanya pun SKIM CEPAT KAYA. Maksudnya kaya cepat! Maka, terbitlah kenyataan daripada CUEPACS 2 hari yang lalu sebagaimana yang dilampirkan di bawah. Adakah perkara ini baharu sahaja berlaku semalam atau hari ini? Tidak... Lama dah... Sehinggakan dikatakan 50,000 penjawat awam menjadi mangsa dan ada di antaranya boleh dikategorikan sebagai 'keberhutangan yang serius'!
Sumber:Berita Harian (Klik)

Siapa yang tak kaya? Semua orang nak...Tapi Allah telah mengingatkan kita dalam manual kehidupan seorang manusia yang kita sebut sebagai Al-Quran dalam beberapa untaian firman-Nya yang bermaksud:
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. [Ar-Room: 37]
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. [Ar-Rad:26]
Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya. [Al-Isra:21]
S
ama-samalah kita beringat setiap masa dan ketika. Pepatah Melayu ada mengatakan; 'rezeki tidak akan datang bergolek...' Maksudnya: Kita kena fikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi orang cepat kaya.