Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

21 Mei 2010

Molly Norris manusia biadap hina Nabi s.a.w

Inilah rupa paras manusia biadap yang mengisytiharkan 20 Mei sebagai "Everybody Draw Mohammed Day" ... [Baca di sini, dan di sini]

Golongan kufar sememangnya tidak akan berhenti daripada mencaci maki dan menghina Nabi kita Muhammad s.a.w. Mereka tetap tidak akan akur dengan kebenaran ajaran yang dibawakan Nabi s.a.w. Perbuatan jahat mereka ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran yang bermaksud;

"Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa." [At-Tariq: 15-17]


Pada hayat Nabi s.a.w, golongan kufar ini tidak putus-putus mencerca Nabi s.a.w. Sehinggakan, tercatat di dalam Al-Quran;

"Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya." [Al-Maarij: 5]


Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya ini perlulah berserah diri pada Allah yang Maha Kuasa sepenuhnya. Teruskan untuk berdoa kepada Yang Maha Esa...

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Al-Mumtahanah: 5]

Golongan kufar ini pasti akan mendapat balasan setimpal daripada Allah di akhirat kelak;
"Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." [Al-Baqarah: 39]