Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

2 Mei 2010

Islam Hanya Wujud Dengan Politik

"Kita hendaklah mengisytiharkannya dengan jelas dan bertalu-talu bahawa Islam yang sebenarnya sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Allah tidak mungkin wujud tanpa POLITIK. Sekiranya Islam ditanggalkan daripada politik maka ia akan menjadi agama lain, mungkin ia akan menjadi agama Buddha, Kristian ataupun selainnya dan ia tidak boleh dijadikan agama Islam."
[Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam Kitab 'Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam' Terjemahan Ustaz Hj. Juanda Hj. Jaya(Mufti Negeri Perlis)]