Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

11 Mei 2010

Beramal Walau Sebesar Sebiji Sawi

Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. [Al-Anbiya: 47]



Merujuk ayat di atas, jelaslah bahawa setiap amal baik mahupun buruk yang kita kerjakan sepanjang hidup dunia ini tidak terlepas daripada hitungan Allah di akhirat kelak. Sekecil-kecil amalan baik yang kita kerjakan tidak akan terabai dalam hitungan Allah. Begitu juga sebaliknya, sekecil-kecil perkara buruk atau jahat yang kita kerjakan, sudah pasti akan berada dalam neraca timbangan Allah.

Sama ada kita ke syurga atau ke neraka, hasil timbangan inilah yang menentukannya. Yang lebih besar daripada itu, ke syurganya seseorang hamba itu, hanyasanya dengan rahmat Allah semata-mata.

Sama-samalah kita beramal baik walau sebesar biji sawi, sebaliknya sama-sama kita menahan diri daripada melakukan perkara buruk walau lebih kecil daripada biji sawi. Sesungguhnya syurga itu satu nikmat yang tak terhingga, manakala neraka itu satu azab yang juga tak terhinggga pedihnya.