Dari sudut teorinya, politik ialah suatu ilmu yang mempunyai kepentingan dan kedudukan yang tersendiri. Sementara itu, dari sudut praktikalnya pula, ia adalah satu kerja yang mempunyai kemuliaan dan faedahnya kerana ia berkaitan dengan pentadbiran urusan makhluk dalam bentuk yang sebaik mungkin.
Al-Imam Ibn al-Qaiyim telah meriwayatkan daripada al-Imam Abu al-Wafa' bin 'Aqil al-Hanbali bahawa:
"Politik ialah perbuatan yang menjadikan manusia yang bersamanya lebih dekat kepada kebaikan dan jauh daripada kerosakan selagimana ia tidak bertentangan dengan syarak."
Seterusnya, Ibn al-Qaiyim menyatakan:
"Sesungguhnya politik yang adil tidak bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh syarak. Bahkan ia selari dengan apa yang dibawakannya. Ia merupakan satu juzuk daripadanya. Kami menamakannya sebagai politik kerana mengikut apa yang kamu istilahkan. Sesungguhnya ia sebenarnya adalah keadilan Allah dan Rasul-Nya." [al-Thuruq al-Hukmiyah Fi al-Siyasah al-Syar'ieyah oleh Ibn al-Qaiyim]
Al-Imam al-Ghazali telah berkata:
"Sesungguhnya dunia merupakan ladang bagi akhirat. Agama tidak akan sempurna kecuali dengan dunia. Kerajaan dan agama adalah saudara kembar. Agama dan merupakan asas, pemerintahan adalah pengawalnya. Perkara yang tiada asas akan runtuh dan perkara yang tidak mempunyai pengawal akan sia-sia." [Ihya' 'Ulum al-Din]
Sumber: Fiqh Daulah menurut Perspektif Islam oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi Terjemahan Ust Hj Juanda Hj Jaya
2 Mei 2010
Adakah Politik Itu Satu Kemungkaran?
Labels: Politik
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/02/2010 09:12:00 PTG