"...jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini." (Berita penuh, klik di sini)
Maksud Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?"
[Al-Maidah: 90-91]
Apakah bezanya perjudian haram (tanpa lesen) dengan perjudian halal (berlesen)?
Dalam Islam, apapun istilah yang digantikan untuk perkataan judi, ia tetap HARAM.
Tetapi hanya dapat diHALALkan oleh sebuah kerajaan yang prihatin...
Ya Allah...ampuni dosaku...