Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

2 Mei 2010

Khalifah Menurut Ibn Khaldun


Ibn Khaldun mentakrifkan Khalifah sebagai:

"Membawa orang ramai mengikut pandangan syarak dalam urusan maslahat akhirat dan dunia yang semuanya dirujukkan kepada syarak kerana semua urusan dunia di sisi syarak dianggap sebagai kemaslahatan akhirat. Pada hakikatnya Khalifah adalah sebagai pengganti daripada pemilik syarak dalam urusan menjaga agama dan menguruskannya (mentadbir) dunia berdasarkannya."

[Muqaddimah Ibn Khaldun 2/518, cetakan Lujnah al-Bayan al-'Arabi dengan tahqiq Dr Ali Abdul Wahid Wafi]