31 Mei 2010
Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/31/2010 06:52:00 PTG
SELAMAT NGINTU HARI GAWAI DAYAK: GAYU GURU GERAI NYAMAI
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/31/2010 12:04:00 PG
29 Mei 2010
Hadis ke-4: Empat Ketentuan Yang Ditentukan Terhadap Manusia Sebelum Lahir Ke Dunia
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
"Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga."
[HR Bukhari & Muslim]
Pengajaran hadis:
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran. Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka. Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke dunia; rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik di sepanjang hayat, tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.
Labels: Hadis 40
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/29/2010 03:12:00 PTG
28 Mei 2010
Istiwa: 5.16 petang ini (28 Mei 2010)...Semak arah kiblat kita
***Sama-sama kita semak semula arah kiblat...ke arah kesempurnaan ibadah...
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/28/2010 02:50:00 PTG
Penjawat Awam Cepat Kaya
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. [Ar-Room: 37]
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. [Ar-Rad:26]
Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya. [Al-Isra:21]
Sama-samalah kita beringat setiap masa dan ketika. Pepatah Melayu ada mengatakan; 'rezeki tidak akan datang bergolek...' Maksudnya: Kita kena fikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi orang cepat kaya.
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/28/2010 09:45:00 PG
27 Mei 2010
Alhamdulillah...dapat dipulihkan
Alhamdulillah...
IM dapat mengenalpasti masalah yang mengganggu blog yang tak seberapa ini...
Semoga perjalanan "ibanmuslim.blogspot.com" selepas ini lancar...
InsyaAllah...
Syukran...
***proses baik pulih sedang berjalan...
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/27/2010 09:12:00 PTG
MAKLUMAN: GANGGUAN TERHADAP BLOG IM...MOHON IDEA/KEPAKARAN UNTUK PEMULIHAN
ASSALAMMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WA BARAKATUH...SALAM SEJAHTERA...
BLOG "IBAN MUSLIM" MENGALAMI GANGGUAN ATAUPUN 'DIGANGGU' OLEH MAKHLUK ALLAH YANG BELUM DAPAT DIKENALPASTI.
SEMOGA DAPAT DIPULIHKAN...
TUAN/PUAN YANG MEMPUNYAI IDEA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INI, MOHON UTARAKAN PANDANGAN...[MASALAH: "tinypic-THIS IMAGE OR VIDEO HAS BEEN MOVED OR DELETED" ]
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/27/2010 08:33:00 PTG
21 Mei 2010
Molly Norris manusia biadap hina Nabi s.a.w
Inilah rupa paras manusia biadap yang mengisytiharkan 20 Mei sebagai "Everybody Draw Mohammed Day" ... [Baca di sini, dan di sini]
Golongan kufar sememangnya tidak akan berhenti daripada mencaci maki dan menghina Nabi kita Muhammad s.a.w. Mereka tetap tidak akan akur dengan kebenaran ajaran yang dibawakan Nabi s.a.w. Perbuatan jahat mereka ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran yang bermaksud;
"Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa." [At-Tariq: 15-17]
Pada hayat Nabi s.a.w, golongan kufar ini tidak putus-putus mencerca Nabi s.a.w. Sehinggakan, tercatat di dalam Al-Quran;
"Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya." [Al-Maarij: 5]
Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya ini perlulah berserah diri pada Allah yang Maha Kuasa sepenuhnya. Teruskan untuk berdoa kepada Yang Maha Esa...
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Al-Mumtahanah: 5]
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/21/2010 10:57:00 PTG
Jumaat: Sayyidul Aiyam (Penghulu Segala Hari)
“Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” (HR Abu Hurairah)
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim)
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/21/2010 07:45:00 PG
20 Mei 2010
Seringan-ringan seksaan penghuni neraka...
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/20/2010 06:35:00 PTG
19 Mei 2010
Bad news for bacon, hot dog lovers
Labels: Kesihatan
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/19/2010 09:54:00 PG
16 Mei 2010
Keputusan Rasmi: DAP Menang Dengan Majoriti 398 Undi
SIBU 16 Mei - Calon DAP, Wong Ho Leng menang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron dengan majoriti 398 undi.
Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak memperoleh 18,845 undi manakala Robert Lau 18,447 undi manakala Narawi hanya memperoleh 232 undi. - Utusan-16/05/2010 10:58pm
Labels: Pilihanraya kecil (PRK)
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/16/2010 11:08:00 PTG
Keputusan tidak rasmi: DAP menang majoriti 2,651
SIBU 16 Mei - Calon DAP, Wong Ho Leng menang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron dengan majoriti 2,651 undi.
Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak memperoleh 18,775 undi manakala Robert Lau 16,124 undi manakala Narawi hanya memperoleh 196 undi.
Narawi juga hilang wang pertaruhan. - Utusan
Labels: Pilihanraya kecil (PRK)
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/16/2010 10:39:00 PTG
Lagu Untuk Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/16/2010 09:00:00 PTG
PRK P212 Sibu: DAP mendahului 1541undi
Keputusan semasa PRK P212:Sibu
80 drpd 111 Peti undi sudah dikira....
Kedudukan semasa:
BN: 11026 undi
DAP: 12567 undi
Bebas: 127
30 peti undi dlm proses kiraan...
Labels: Pilihanraya kecil (PRK)
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/16/2010 08:08:00 PTG
SELAMAT HARI GURU...JASAMU DIKENANG...
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/16/2010 12:14:00 PG
13 Mei 2010
LESEN JUDI "WORLD CUP" : MUFTI PERAK BIDAS PM
“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,”
“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram,"
“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,”
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/13/2010 05:56:00 PTG
11 Mei 2010
Beramal Walau Sebesar Sebiji Sawi
Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. [Al-Anbiya: 47]
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/11/2010 10:20:00 PTG
Bandingan Kalimah (Iman) Yang Baik dan Yang Buruk
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/11/2010 10:12:00 PTG
9 Mei 2010
5 Yang Kita Sayangi, Mana 1 Yang Utama
Lima perkara yang tetap kita sayangi di dunia ini selagi hayat di kandung badan.
Pertama: Harta (sama ada sedikit, banyak usah cakap la...)
Kedua: Keluarga
Ketiga: Kawan-kawan
Keempat: Pangkat (kecil atau besar...)
Kelima: Agama
Daripada kelima-lima senarai di atas, mari kita semak diri kita. Jika diminta untuk menyenaraikannya mengikut keutamaan, sila senaraikan.
Namun, antara sedar mahupun tidak, daripada lima perkara tersebut, hanya satu yang bakal menjadi penyelamat kepada kita di dunia dan lebih lagi di akhirat.
AGAMA!
Matinya anak Adam, agama lah benteng penyelamat sama ada kita akan di 'posting' kan di Syurga atau Neraka. Tiada pilihan ketiga. Hanya dua pilihan tempat ini sahaja.
Berapa ramai di antara manusia yang sanggup korbankan hartanya di dunia demi untuk agama? Berapa ramai manusia di dunia ini yang sanggup korbankan keluarganya demi untuk agama? Berapa ramai manusia di dunia yang sanggup korbankan kawan-kawan demi untuk agama? Dan, berapa ramai manusia di dunia yang sanggup korbankan pangkatnya demi kerana agama?
Empat persoalan ini sering tidak disedari oleh manusia. Inilah sebenarnya kayu pengukur yang paling asas kepada kita. Sejauh manakah kita cintai Islam sebagai agama? Mulut mudah menuturkan bicara, namun hakikatnya manusia sering terperangkap dengan kayu ukur yang mudah ini.
Sebaliknya, begitu ramai yang telah mengorbankan agamanya hanya kerana harta, keluarga, kawan, dan pangkat.
Jika kita mampu memelihara perkara asas ini sepanjang kehidupan kita yang setiap detik memerlukan kita membuat keputusan, mudah-mudahan kita sentiasa dalam situasi yang positif untuk agama. Agama perlu menjadi asas pertimbangan dalam apa jua keputusan yang kita buat. Sama ada dalam mesyuarat di pejabat, permuafakatan dalam masyarakat, persetujuan dalam keluarga, dan apa jua situasi kehidupan yang kita lalui.
...Sekadar koreksi diri seorang Iban Muslim...
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/09/2010 10:57:00 PG
7 Mei 2010
Buat Renungan: Siapa Kita?
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/07/2010 11:28:00 PG
6 Mei 2010
KERAJAAN PRIHATIN HALALKAN JUDI SEMPENA PIALA DUNIA 2010
"...jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini." (Berita penuh, klik di sini)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/06/2010 06:54:00 PTG
Langit, Bumi, Malam, Siang...Hebatnya Tuan Punya Dunia
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/06/2010 05:31:00 PTG
2 Mei 2010
Adakah Politik Itu Satu Kemungkaran?
Dari sudut teorinya, politik ialah suatu ilmu yang mempunyai kepentingan dan kedudukan yang tersendiri. Sementara itu, dari sudut praktikalnya pula, ia adalah satu kerja yang mempunyai kemuliaan dan faedahnya kerana ia berkaitan dengan pentadbiran urusan makhluk dalam bentuk yang sebaik mungkin.
Al-Imam Ibn al-Qaiyim telah meriwayatkan daripada al-Imam Abu al-Wafa' bin 'Aqil al-Hanbali bahawa:
"Politik ialah perbuatan yang menjadikan manusia yang bersamanya lebih dekat kepada kebaikan dan jauh daripada kerosakan selagimana ia tidak bertentangan dengan syarak."
Seterusnya, Ibn al-Qaiyim menyatakan:
"Sesungguhnya politik yang adil tidak bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh syarak. Bahkan ia selari dengan apa yang dibawakannya. Ia merupakan satu juzuk daripadanya. Kami menamakannya sebagai politik kerana mengikut apa yang kamu istilahkan. Sesungguhnya ia sebenarnya adalah keadilan Allah dan Rasul-Nya." [al-Thuruq al-Hukmiyah Fi al-Siyasah al-Syar'ieyah oleh Ibn al-Qaiyim]
Al-Imam al-Ghazali telah berkata:
"Sesungguhnya dunia merupakan ladang bagi akhirat. Agama tidak akan sempurna kecuali dengan dunia. Kerajaan dan agama adalah saudara kembar. Agama dan merupakan asas, pemerintahan adalah pengawalnya. Perkara yang tiada asas akan runtuh dan perkara yang tidak mempunyai pengawal akan sia-sia." [Ihya' 'Ulum al-Din]
Sumber: Fiqh Daulah menurut Perspektif Islam oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi Terjemahan Ust Hj Juanda Hj Jaya
Labels: Politik
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/02/2010 09:12:00 PTG
Khalifah Menurut Ibn Khaldun
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/02/2010 09:12:00 PG
Islam Hanya Wujud Dengan Politik
Labels: Catatan Iban Muslim, Politik
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/02/2010 07:12:00 PG