Suatu hari orang gila merajuk dan naik ke atas pokok. Orang cerdik pandai cuba memujuk agar orang gila ini turun dari pokok. Namun orang gila ini buat tak tau ja... Pelbagai helah digunakan termasuklah mengugut orang gila ini dengan berpura-pura menebang pokok dengan kapak dan 'chain saw'. Namun orang gila tersebut buat deq... Sorang di kalangan orang cerdik berkata,
" Ada sorang ja yang boleh tolong pujuk orang gila ni turun...orang itu gila juga..."
Apabila dipanggil orang gila yang kedua tersebut datang untuk memujuk kawannya itu turun dari pokok, dia hanya bawa pisau lipat kecil harga sekupang. Sampai sahaja di pokok tersebut, orang gila kedua ni berkata kepada orang gila atas pokok,
"Hang turun, kalau dak, aku tebang pokok ni..."
Serta merta orang gila atas pokok tadi turun dari pokok. Sampai di bawah, golongan cerdik tadi terpinga-pinga kehairanan lalu bertanya kepadanya,
"Bagaimana kamu boleh turun, sedangkan kami bawa kapak dan 'chain saw' untuk tebang pokok, sedangkan dia hanya bawa pisau lipat yang tidak bolehpun tebang pokok tu..."
Jawabnya,
"Dia gila, dia kata...dia buat sungguh...hangpa cerdik, hangpa takkan buat sungguh..."
27 Februari 2009
Orang Gila Merajuk
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/27/2009 10:21:00 PTG