Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

27 Februari 2009

3 Golongan Manusia Mendapat Rahmat

Catatan ini hasil kuliah subuh oleh Yang Berhormat Ustaz Aizad Shauki di Masjid Al-Muttaqin Taman Mahsuri, Jitra 27 Februari bersamaan 2 Rabiulawal 1430H.

Golongan Pertama: Manusia Yang Bertaqwa Pada Allah

Golongan ini sentiasa menjauhi maksiat dalam setiap kerja buat di atas dunia.

Menurut Saidina Ali Karamallahu Wajhah, 4 Ciri Taqwa adalah;

i. Takut pada Allah dengan menyedari segala tindakannya diperhatikan atau dilihat oleh Allah.
ii. Menjadikan setiap tindak tanduk berdasarkan Quran dan Sunnah (Jika sebaliknya, orang tersebut merujuk pada nafsu & syaitan).
iii. Redha dan merasa cukup dengan setiap pemberian serta kurniaan Allah walaupun sedikit.
iv. Segala kerja buat di dunia adalah sebagai persediaan menghadapi kematian dan selepas mati. Manusia yang bijak adalah manusia yang paling banyak mengingati mati dan bersedia untuk mati.

Golongan Kedua: Menunaikan Zakat

Seperti yang kita ketahui, zakat berfungsi untuk menyucikan diri manusia. Zakat juga berfungsi sebagai ubat atau penyambuh kepada penyakit fahaman kebendaan dalam diri manusia. Manusia yang selamat adalah manusia yang tidak berfahaman kebendaan. Pada hari ini, ramai di kalangan manusia melakukan sesuatu kerja dengan meletakkan imbuhan atau kebendaan sebagai matlamat. Fahaman ini turut menular kepada golongan yang berpendidikan agama.

"Manusia yang mengejar akhirat, dunia akan datang kepadanya. Tetapi, manusia yang mengejar dunia, akhirat akan menjauhkan diri daripadanya."

Golonga Ketiga: Manusia Yang Beriman Pada Ayat Allah

Dua jenis pengertian kepada golongan yang ketiga. Jenis yang pertama, 'ayat' merujuk kepada ayat-ayat Quran yang ada pada Kitabullah itu sendiri di mana di dalam ayat-ayat tersebut digambarkan pelbagai peristiwa yang menjelaskan kebesaran-kebesaran Allah. Manakala, jenis 'ayat' yang kedua adalahtanda-tanda kebesaran yang diperlihatkan di atas muka dunia sama ada di langit atau di bumi.

Wallahualam.