Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

6 September 2009

"Rasul Melayu"





Rasul Melayu...seketika dulu kita gempar. Majlis Agama pun melancarkan buruan dengan menjanjikan sejumlah wang untuk menangkapnya. Sejurus dicekup hari tu, dia letak jawatan sebagai 'rasul'.

Kini dia datang lagi dengan blognya...

Hati-hati. Takut nanti...apabila membaca jadi haru biru jadinya. Dia menolak sungguh-sungguh hadis Nabi SAW.

Hari tu dah tangkap...takde peruntukan undang-undang ke untuk orang macam ini?

Yang pasti kita kena hati-hati dengan blog dia ni (http://messengerofgodtoday.blogspot.com/) ...

Mujurlah...aku tidak diketemukan dengan orang ini semasa awal Islam ku...