Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

17 September 2009

Balik Kampung Malam Ni...


InsyaAllah, malam ini aku akan bermusafir bersama ahli keluarga untuk balik ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Lama tak drive long distance ni terasa seronok la jugak. Mudah-mudahan Allah melindungi sepanjang perjalanan. Mohon didoakan...

Seperti kebiasaan, raya tahun ini akan disambut di kampung zawjah, di Mersing Johor. Bila lagi nak beraya di Sri Aman, Sarawak ni...? Hehe...Tunggu...Itu semua atas izin Allah jua...

Walaubagaimana seronok nak balik beraya ni, namun perasaan sedih tetap bertakhta di hati apabila terkenangkan Ramadhan yang bakal berlalu pergi...Ramadhan tahun ini bakal pergi buat selamanya...Tidak akan ada lagi Ramadhan bagi tahun 1430H. Ramadhan 1431H dan yang seterusnya bukan sesuatu yang pasti buat kita semua.

Seharusnya aku bersedih...aku risau segala amal ibadat yang dikerjakan selama ini tidak diterima malah ditolak oleh Allah...Ya Allah, kepada Engkan sahaja lah aku berharap...Janganlah Engkau cabut hidayah dan taufiq yang telah Engkau kurniakan ini...Sesungguhnya aku ini adalah hamba-Mu yang amat lemah dan tidak terlepas dari melakukan dosa terhadap-Mu. Ampunilah aku yaa Allah...

Selamat meneruskan puasa yang masih berbaki ini kepada seluruh sahabat-sahabat sekalin...dan seterusnya, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, maaf Zahir dan Batin.