Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

30 September 2009

Gambar: Tsunami Melanda Samoa




Berita Lanjut (Klik di sini)

Ya Allah, jauhkan kami daripada bala bencana sebegini. Sesungguhnya kami hamba-Mu yang lemah dan hanya mengharap rahmat dan pertolongan-Mu...

29 September 2009

Tan Sri Isa Samad vs Zulkefly Mohamad Omar


Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.Isa, 59, merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.




Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Sementara itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut. Jika tidak, kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Apa-apapun, selamat berkempen kepada para petugas. Dan, rakyat di DUN Bagan Pinang, selamat memilih dengan bijak. Memilih pemimpin adalah sesuatu yang berat. Jika tersalah pilih, kita akan menyesal yang tidak berguna di akhirat kelak.

28 September 2009

Sunnah Tidur

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Demikianlah peringatan bagi diriku yang lalai dan alpa ini...

7 Reasons to Read the Glorious Quran

(1) Intimate: It dares you to disprove it. How? It says that humans can not write a book like this even if they pooled all their resources together and got help also from the spirits. The Quran said this fourteen hundreds years ago and yet no one has been able to disprove it. Billions of books have been written - but not another one like the Quran.


(2) Incorruptible: It is the only religious sacred writing which has been in circulation for such a long time and yet remains as pure as it was in the beginning. The Quran was kept intact. Nothing was added to it; nothing was changed in it; and nothing was taken away from it ever since it was completely revealed 1400 years ago.

(3) Unsurpassable: The Quran is God's final revelation to humankind. God revealed the Torah to Moses, the Psalms to David, the Gospel to Jesus, and finally the Quran to Muhammad. Peace be upon all of them. No other book will come from God to surpass his final revelation.

(4) Indisputable: The Quran withstands the test of time and scrutiny. No one can dispute the truth of this book. It speaks about past history and turns out right. It speaks about the future in prophecies and it turns out right. It mentions details of physical phenomena which were not known to people at the time; yet later scientific discoveries confirm that the Quran was right all along. Every other book needs to be revised to accord with modern knowledge. The Quran alone is never contradicted by a modern discovery.

(5) Your Roadmap for Life and Afterlife: The Quran is the best guidebook on how to structure your life. No other book presents such a comprehensive system involving all aspects of human life and endeavor. The Quran also points out the way to secure everlasting happiness in the afterlife. It is your roadmap showing how to get to paradise.

(6) God's Gift of Guidance: God has not left you alone. You were made for a reason. God tells you why he made you, what he demands from you, and what he has in store for you. If you operate a machine contrary to it's manufacture specification you will ruin that machine. What about you? Do you have an owner's manual for you? The Quran is from your function for success lest you fail to function. It is a healing mercy from God. It satisfies the soul, and cleans the heart. It removes doubts and brings peace.

(7) Your Calling Card to Communicate with God: Humans are social creatures. We love to communicate with other intelligent life. The Quran tells us how to communicate with the source of all intelligence and the source of all life- the One God. The Quran tells us who God is, by what name we should address God, and the way in which to communicate with God. Are these not seven sufficient reasons for reading the Quran?

Wallahu'alam.

7 Kalimah

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan:-


1) Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2) Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3) Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4) Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.

5) Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6) Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7) Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Sekadar ingatan bagi diriku yang lalai ini...Ya Allah jadikan daku hambaMu yang bertakwa kepadaMu...

27 September 2009

Islam gagal difahamkan kepada bukan Muslim di Malaysia

Sumber: mStar Online

Ada benarnya tulisan Dr. Muhd Asri ini. Sebagaimana pengalaman awal saya sebagai seorang Muslim, apabila balik ke rumah panjang, orang di rumah panjang menganggap saya 'masuk Melayu'. Saya perlu menjelaskan bahawa Melayu itu adalah satu jenis bangsa, manakala, Islam itu adalah sejenis agama.
Untuk memahamkan lagi, saya mengumpamakan bahawa mereka di rumah panjang itu tidak masuk 'orang putih', tetapi beragama Kristian...
Semoga, usaha memahamkan lagi masyarakat dunia hari ini khususnya di negara kita yang tercinta ini diperhebatkan lagi. Moga-moga dengan kefahaman yang tinggi masyarakat bukan Islam terhadap konsep sebenar Islam dapat memmbuka pintu hati mereka menerima Islam sebagai pegangan hidup sehingga ke akhir hayat.
Insya-Allah. Amin.

Solat Jumaat Hadapan Capitol Hill, Washington

Umat Islam menunaikan Solat Fardhu Jumaat di hadapan Bangunan Capitol Hill, Washington, Jumaat lalu.

Umat Islam dari seluruh US datang ke situ untuk bersembahyang bersama-sama, dan ada di antaranya datang daripada Britian dan Kanada.

Ianya bukanlah satu protes, tetapi bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, di samping berdoa agar umat Islam dan bukan Islam dapat hidup aman damai.

Di samping itu juga, bersembahyang Fardhu Jumaat tersebut dianjurkan di hadapan Bangunan Capitol Hill ini turut bertujuan memberikan inspirasi kepada seluruh penganut Islam dan Bukan Islam di negara tersebut.

Sumber:AFP

26 September 2009

Rasuah Di Malaysia Terus Berleluasa, Singapura Di Antara Yang Terbaik


KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura. (Bacaan lanjut, sila klik) -harakahdaily/-


***


Klik link di bawah untuk melihat Jadual "2008 CORRUPTION PERCEPTIONS INDEX " yang telah dikeluarkan oleh TI.




Balik Ke Jitra Hari Ni...Alhamdulillah


Setelah rehat semalaman di Shah Alam (dari Mersing), kini tiba di Ipoh. Jalan agak tenang pada hari ini.


Memasuki kawasan terowong...juga masih lengang dan selesa.
Sempat dua bersaudara ini bergaya di tiang taman 'air pancut' di RNR Bukit Gantang sementara menunggu ummi solat. Solat kena bergilir...dua orang ini boleh tahan lasaknya. hehe...Budak-budak katakan...Sabar...kalau orang tua yang lasak, pelik lah jugak...

Ni dah nak sampai 'Aloq Setaq' (Alor Setar). Penang ke Alor Setar kenderaan boleh tahan jugak sebab esok orang di Kedah mula bekerja dan murid-murid kembali ke sekolah...
Alhamdulillah sampai jam 4 pm. Terus tunaikan jemputan walimatulurus di Taman Pasu, Jitra. Rakan sekerja...Selepas itu beraya sebentar di rumah pengasuh anak di Taman Mahsuri...seterusnya jemputan rumah terbuka rakan sekerja di Taman Tunku Maheran.
Tiba di rumah 6.45pm.
Letihnya...
Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik dilindungi oleh Yang maha Kuasa...Allah...Syukran.


Gambar Kenangan Di Pagi Aidilfitri


Gambar kenangan di pagi 1 Syawal yang lalu. Aduhai tak 'dan' (sempat) nak upload. Broadband coverage menyedihkan.

Bersama zawjah tersayang, putera Islam, Muhammad Anas, 5 (bersama ummi) dan Muhammad Hanif, 2 (bersama abi).

Susah jugak nak ajak 2 putera ini ber 'posing'...asyik sibuk dengan bermain...

Alhamdulillah, dapat berkumpul bersama di pagi raya di Mersing, Johor.

Perjalanan Balik dari kampung...

Semalam adalah perjalanan balik ke Jitra...daripada Mersing. Alhamdulillah, trafik lancar. Singgah sebentar di Ampangan utuk beraya di rumah abang ipar di situ. Selepas solat jumaat, beraya di rumah sahabat ketika belajar dahulu. Rumah sahabat tu letaknya di Paroi.

4.30 petang bertolak ke Shah Alam dan bermalam di Shah Alam sehingga lah ke pagi ini. InsyaAllah selepas menghantar adik ke UiTM kampus Puncak Alam, perjalanan ke Kedah akan diteruskan. Dan, InsyaAllah akan memenuhi jemputan kenduri walimatul urus rakan sekerja.

Semoga perjalanan bermusafir hari ini dilindungi oleh Allah.

Insya-Allah.

21 September 2009

Selamat Berpuasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Dua jenis amalan menentukan peribadi seseorang Muslim iaitu amalan wajib dan amalan sunat. Wajib bermaksud sesuatu yang dituntut untuk melakukannya dan berdosa jika ditinggalkan seperti solat fardu, puasa pada Ramadan dan membayar zakat.

Sunat pula bermaksud sesuatu yang dianjurkan untuk melakukannya dan tidaklah berdosa jika ditinggalkan. Antara contoh amalan sunat ialah solat, mengucapkan amin apabila membaca fatihah dalam solat dan banyak lagi.Walaupun meninggalkan amalan sunat tidaklah menyebabkan berdosa, ia adalah amalan sangat disukai Allah.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Antara ibadat sunat yang amat digalakkan selepas puasa wajib Ramadan ialah puasa enam hari semasa Syawal. Persoalannya, bilakah waktu terbaik melakukannya, dan bagaimanakah cara untuk menunaikannya jika puasa wajib belum lagi diganti atau diqada?

Puasa enam hari pada Syawal sebenarnya amat besar ganjaran yang ditawarkan Allah. Ia disebut secara jelas oleh Rasulullah SAW. Dilaporkan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Ini bermakna dengan berpuasa sunat selama enam hari pada Syawal selepas berpuasa wajib pada Ramadan, seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah telah menggandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa Ramadan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang menggenapkannya satu tahun." (Hadis riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari.Persamaan yang lain, jika berpuasa selama sebulan pada Ramadan akan menyamai 10 bulan, kemudian diikuti puasa selama enam hari pada Syawal akan menyamai dua bulan. Justeru genaplah berpuasa selama setahun.

Ada dua pendapat ulama mengenai hal ini. Majoriti ulama berpendapat, puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas Hari Raya. Ia dimulai pada hari raya kedua dan seterusnya sehingga genap enam hari. Sebahagian ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Justeru, kita mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sama ada melakukannya secara berturut-turut ataupun berselang seli.Bagaimanakah pula kaedah menunaikan puasa sunat pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada? Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah, maka memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba.

Ada juga ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.

Lakukan ibadat sunat ini sama ada berpuasa secara berturut-turut atau berselang-seli. Begitu juga dengan puasa qada. Lakukanlah sama ada secara digabungkan puasa enam dengan puasa qada ataupun secara berasingan.

Terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Hal ini kerana ganjaran ditawarkan Allah amat besar. Ia juga adalah tambahan kepada kekurangan yang diimbangi oleh zakat fitrah.

Oleh Zahri Hamat
Penulis ialah pensyarah Pusat Kajian pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

19 September 2009

BERBUKA PUASA TERAKHIR RAMADHAN TAHUN INI








Baru jer selesai berbuka puasa...Alhamdulillah...Aku akan merinduimu ya Ramadhan... Selamat datang Syawal...

17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN


Balik Kampung Malam Ni...


InsyaAllah, malam ini aku akan bermusafir bersama ahli keluarga untuk balik ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Lama tak drive long distance ni terasa seronok la jugak. Mudah-mudahan Allah melindungi sepanjang perjalanan. Mohon didoakan...

Seperti kebiasaan, raya tahun ini akan disambut di kampung zawjah, di Mersing Johor. Bila lagi nak beraya di Sri Aman, Sarawak ni...? Hehe...Tunggu...Itu semua atas izin Allah jua...

Walaubagaimana seronok nak balik beraya ni, namun perasaan sedih tetap bertakhta di hati apabila terkenangkan Ramadhan yang bakal berlalu pergi...Ramadhan tahun ini bakal pergi buat selamanya...Tidak akan ada lagi Ramadhan bagi tahun 1430H. Ramadhan 1431H dan yang seterusnya bukan sesuatu yang pasti buat kita semua.

Seharusnya aku bersedih...aku risau segala amal ibadat yang dikerjakan selama ini tidak diterima malah ditolak oleh Allah...Ya Allah, kepada Engkan sahaja lah aku berharap...Janganlah Engkau cabut hidayah dan taufiq yang telah Engkau kurniakan ini...Sesungguhnya aku ini adalah hamba-Mu yang amat lemah dan tidak terlepas dari melakukan dosa terhadap-Mu. Ampunilah aku yaa Allah...

Selamat meneruskan puasa yang masih berbaki ini kepada seluruh sahabat-sahabat sekalin...dan seterusnya, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, maaf Zahir dan Batin.


16 September 2009

'Kahar Biadap' ditangkap, Blognya dimusnah

Manusia biadap mendakwa diri sebagai rasul dengan menggelar diri sebagari 'Rasul Melayu' hari ini ditahan sementara menunggu perbicaraan akan datang. (Bacaan lanjut, klik)


Begitu lambat tindakan di ambil setelah manusia ini bersantai melalui blognya (klik) yang dibaca oleh pengunjung yang agak ramai. Alhamdulillah, semasa semakan dilakukan, blog tersebut telah disekat oleh GENG26 CYBERTROOPER. Maka, berakhirlah dakyah maya manusia melampau ini.

Geram dan rasa marah melihat manusia yang tidak sedarkan diri sebagai hamba yang hanya menumpang di bumi Allah.

Kenapa perkara yang mengancam akidah umat Islam sebegini diambil tindakan yang tidak drastik oleh pihak bertanggungjawab? Kalau soal yang lain, seperti himpunan menegakkan hak golongan tertindas dan seumpamanya, serta merta polis mahupun FRU serbu dan serang.

Sungguh menyedihkan. Itulah hakikat dan realitinya.
Akhir...semoga manusia ini sempat bertaubat dan mendapat hidayah dan taufiq daripada Allah SWT.


CAHAYA WAJAH NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s. a. w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!


Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Jujur dan Dusta

Berlaku jujurlah
Meskipun kejujuran itu
Membahayakan kamu di dunia
Kerana sesungguhnya kejujuran itu
Akan bermanfaat bagimu
Di akhirat

Dan janganlah engkau berdusta
Meskipun dustamu itu
Bermanfaat di dunia
Kerana sesungguhnya dustamu itu
Akan membahayakan kamu
Di akhirat

15 September 2009

1Malaysia F1 Team


"Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia," -Datuk Seri Najib Razak/-

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan. Berita lanjut (klik di sini)

Sejauh manakah keupayaan 1Malaysia Team pada persaingan tersebut?

Sejauh manakah usaha ini memberi impak positif kepada industri permotoran negara?

Mungkinkah melalui penyertaan kejohanan F1, jenama kebanggaan negara, 'Proton' dapat bersaing secara kompetetif dengan jenama yang lain di dunia seperti Ferrari, Mercedes, BMW, Toyota, Honda dan lainnya.

Persoalannya, 'orang kita' sendiri tidak yakin dengan produk sendiri. Ini termasuklah orang-orang besar negara. Jarang sekali mereka memilih Proton sebagai kenderaan peribadi...

Saya fikir, kita hanya mampu bersaing sekiranya kita membuat 'kerja rumah' yang serius. Apa yang dimaksudkan? Ya... Design...Kualiti...Kadar Penjimatan Bahan Api...Jangka Hayat vs Prestasi...Kawal vendor yg menghasilkan komponen/alat ganti...dan...dan...banyaknya...Tu lah yang sebenarnya! Punca orang kita kurang memilih produk buatan sendiri. Golongan pertengahan dan ke bawah sememangnya golongan majoriti pengguna produk kita. Golongan atasan? Jarang-jarang...

Semoga Team kita dapat merasa naik podium...

Pecutan Akhirat...

Jika dinisbahkan seorang pelari, menghampiri garisan penamat adalah matlamatnya.

Itu cerita pelari.

Lain pula dengan kita. Bukannya kita yang lari, tetapi Ramadhan itu yang akan berlalu pergi meninggalkan kita. Ramadhan akan datang belum pasti milik kita.

Hari ini hari yang ke-25 berpuasa. Malam ganjil yang dicari-cari hanya tinggal 2 sahaja lagi. 27 dan 29. Kita tidak tahu mana satu yang tersembunyinya Lailatul Qadar yang dijanjikan dengan seribu kebaikan.

Layak atau tidak kita nie untuk dianugerahkannya?... Sama-sama kita berusaha dan terus mengabdikan diri kepada-Nya. Bukan sekadar 'pulun' di malam-malam yang terakhir ini, malah kita cuba untuk istiqamah dalam beribadat sepanjang tahun. Itu yang terbaik bagi yang mendapat petunjuk dan hidayah Allah SWT.

Bukannya mudah untuk kita mendapat sesuatu anugerah kecemerlangan dalam bidang yang kita ceburi di dunia ini. Begitu juga dengan soal akhirat. Lagilah payah... Apa perlu kita buat? Tugas kita adalah berusaha seikhlas-ikhlasnya, sekeras-kerasnya dan istiqamah sepanjang masa. Seterusnya barulah kita bertawakal dan beserah sepenuhnya kepada Allah SWT.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Hud:23]

Saya memperingatkan diri sendiri yang begitu lalai dan alpa dalam setiap kerja buat di atas bumi pinjaman daripada Allah ini.

Ya Allah...jadikan daku dan zuriat keturunanku hamba yang bertaqwa kepada-Mu. Amin.

14 September 2009

Mencari Toyota Ipsum 2.0 (A)


Gambar Hiasan: Toyota Ipsum 2.0 (A)
Pencarian...Ada tak sesiapa yang ada informasi yang boleh membantu untuk mendapatkan kereta model ini. Toyota Ipsum 2.0 (A) Tahun 1999/2000/2001/2002...
Jika lokasi di Kedah/Perlis lagi cantek...mudah urusan jual beli...
Terima Kasih...Mohon dihebahkan...

13 September 2009

Mohon Sumbangan Untuk Membantu Saudara Baru Yang Ditinggalkan Suami...



Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat.

Ini memandangkan di dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.

Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru.Menurut Basir Hj Ismail, Setiausaha Agung Pembela, kami dimaklumkan oleh Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tentang nasib yang menimpa seorang saudara baru berstatus ibu tunggal yang hidup dalam keadaan yang amat daif.

Kata Basir, berdasarkan maklumat tersebut beberapa wakil Pembela dan aktivis PAS Kubang Pasu telah pergi menemui saudara baru berkenaan malam tadi. Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.

“Kunjungan kami pada asalnya hanyalah untuk memberi sedikit sumbangan dari dana tabung kemanusiaan Pembela, katanya.Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan”.

Dari maklumat yang di terima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.

Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari. Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir.

Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur 8 tahun tersebut tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara kos persekolahannnya setiap hari.Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, saya tidak tahu nak buat apa-apa..kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil.

Nak kerja cari duit….susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah,”.“Kalau ada masalah… saya mengadu kepada Hj Ibrahim Lai kerana dia adalah Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis.

Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (budha)”, katanya.

Katanya, rasa perit apabila memeluk agama Islam..keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam… tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya”.

Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera.

Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas nama LIM YEAN THIK, No Akaun Maybank : 1521 7003 1022 ataupun menghubunginya di talian : 019-514 7892. Kegterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail).

Sumber: KedahLanie


Iban Muslim:
Marilah kita menghulurkan sumbangan kepada beliau. Kalau bukan kita selaku umat Islam, siapa lagi yang akan membantu saudara seagama...Tolong sebar dan beri sumbangan...InsyaAllah...


Tahajud Di Masjidil Haram





Beginilah suasana solat tahajud di Masjidil Haram di malam yang ke-23 (malam tadi)...Jutaan manusia tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan anugerah Lailatul Qadar yang hanya dalam pengetahuan Allah SWT. Tugas kita sebagai hamba hanyalah berusaha dan bertawaakal kepada-Nya.

12 September 2009

Aku Merinduimu Masjidil Haram...



Terdetik rasa rindu untuk ku jejakkan kaki ke bumi suci ini.
Ya Allah Ya Tuhanku...Aku mohon agar namaku tersenarai sebagai tetamu-Mu...
Sesungguhnya, Aku Rindu...

Lailatul Qadar


Kartun: Lailatul Qadar

Malam ini malam ke-22. Satu malam ganjil sudah pun berlalu. Hanya tinggal 4 lagi malam ganjil.
Ya Allah...Ya Tuhan Kami...Berikan kami kesempatan untuk beribadat pada malam Lailatul Qadar...Amin.

11 September 2009

Mercun Oh Mercun



Ramai kanak-kanak, remaja, dan tidak kurang orang dewasa masih bermain benda ini. Bahayanya memang sudah pasti. Walaupun kemasukan ke dalam negara dikatakan dikawal/tidak dibenarkan, namun di sana-sini kedengaran letupan yang mencemarkan pendengaran. Malah, sedang berterawih, kekadang kita terkejut dengan letupan yang secara tiba-tiba. Mungkin belum ada yang mati terkejut dek kerana letupan yang mengganggu degupan jantung lebih2 lagi bagi yang bermasalah pada organ berkenaan. Walaupun ada yang dah putus jari, ceder mata, buta mata, pekak disebabkan benda ni, namun, ianya tidak menginsafkan insan bergelar manusia.
Kesimpulannya, aku tak pernah dengar dan tak pernah jumpa lagi hadis yang menganjurkan/menyeru kita untuk membakar mercun/bunga api di bulan Ramadhan/Syawal. Malah, dalam al-Quran pun tak berjumpa perkataan mercun pun. Tapi, ramai lagi yang terpaut hati pada benda ini.
Kenapa aku tulis pasal mercun nih...Sebabnya, dentuman di sana-sini amat membingitkan lebih-lebih lagi ianya betul-betul mengganggu jemaah yang sedang beribadat di masjid/surau...

10 September 2009

Sebat Pun Kelam Kabut, Belum Lagi Nak Kerat Tangan


Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersedia meneruskan hukuman sebat ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
Pengarah JAIP Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun bergantung kepada semakan Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang dijangka selesai selepas hari raya ini.
Beliau berkata keputusan semakan itu akan diumumkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman.Pada 20 Julai lepas, Kartika Sari Dewi dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, 11 Julai 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.
Bagaimanapun pada 24 Ogos lepas hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan dan keputusan itu dikecam pelbagai pihak.
"Masyarakat tidak memahami antara sebat syarie iaitu lebih kepada mendidik dan sebat sivil yang selalu dihukum ke atas pesalah yang amat menyakitkan dan bagi kes Kartika, dia dihukum dengan hukuman sebat syarie," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bengkel Rasm Uthmani dan buku Menuju Gerbang Akhirat di Kuantan hari ini. BERNAMA
IM: Oh negaraku yang tercinta...lemahnya kita melaksanakan syariat Allah. Minda kita telah lama terjajah dengan peraturan penjajah... Sebatan syarie kita terbayang sebatan penjajah... Oh...marilah kita terus mempelajari agama...Jangan terhenti setakat ilmu di Sekolah Menengah...Jika tidak...kita akan terus jahil dan jahil dan jahil...Ini baru sebat...belum lagi nak kerat tangan...Negara 'Islam' ini tidak pernah terfikir di akal fikiran berkaitan hukuman menurut Islam selama 52 tahun merdeka!? Siapalah aku ini untuk berkata-kata...Aku hanya seorang mualaf setahun jagung, sedangkan negaraku telah merdeka 52 tahun yang lalu...

9 September 2009

Bonus Untuk Kumpulan Sokongan Sahaja

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember."Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. BERNAMA


IM: Bagi kakitangan awam kategori profesional perlu 'profesional' dalam menerima hakikat bahawa tiada bonus untukmu...termasuklah aku...
Terima kasih kepada pemimpin yang 'menjaga' kebajikan rakyat...

Lailatul Qadar


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?


Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[Al-Qadr: 1-5]


Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.

Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.

Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.

Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
[al-Bukhari]

8 September 2009

Batu Tergantung...Antara Palsu dan Benar

Palsu! Jangan Tertipu!!!
Gambar Sebenarnya!!!


SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD


JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud):

“Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.


Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.



SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.

** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..
[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?