Suatu hari orang gila merajuk dan naik ke atas pokok. Orang cerdik pandai cuba memujuk agar orang gila ini turun dari pokok. Namun orang gila ini buat tak tau ja... Pelbagai helah digunakan termasuklah mengugut orang gila ini dengan berpura-pura menebang pokok dengan kapak dan 'chain saw'. Namun orang gila tersebut buat deq... Sorang di kalangan orang cerdik berkata,
" Ada sorang ja yang boleh tolong pujuk orang gila ni turun...orang itu gila juga..."
Apabila dipanggil orang gila yang kedua tersebut datang untuk memujuk kawannya itu turun dari pokok, dia hanya bawa pisau lipat kecil harga sekupang. Sampai sahaja di pokok tersebut, orang gila kedua ni berkata kepada orang gila atas pokok,
"Hang turun, kalau dak, aku tebang pokok ni..."
Serta merta orang gila atas pokok tadi turun dari pokok. Sampai di bawah, golongan cerdik tadi terpinga-pinga kehairanan lalu bertanya kepadanya,
"Bagaimana kamu boleh turun, sedangkan kami bawa kapak dan 'chain saw' untuk tebang pokok, sedangkan dia hanya bawa pisau lipat yang tidak bolehpun tebang pokok tu..."
Jawabnya,
"Dia gila, dia kata...dia buat sungguh...hangpa cerdik, hangpa takkan buat sungguh..."
27 Februari 2009
Orang Gila Merajuk
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/27/2009 10:21:00 PTG
3 Golongan Manusia Mendapat Rahmat
Catatan ini hasil kuliah subuh oleh Yang Berhormat Ustaz Aizad Shauki di Masjid Al-Muttaqin Taman Mahsuri, Jitra 27 Februari bersamaan 2 Rabiulawal 1430H.
Golongan Pertama: Manusia Yang Bertaqwa Pada Allah
Golongan ini sentiasa menjauhi maksiat dalam setiap kerja buat di atas dunia.
Menurut Saidina Ali Karamallahu Wajhah, 4 Ciri Taqwa adalah;
i. Takut pada Allah dengan menyedari segala tindakannya diperhatikan atau dilihat oleh Allah.
ii. Menjadikan setiap tindak tanduk berdasarkan Quran dan Sunnah (Jika sebaliknya, orang tersebut merujuk pada nafsu & syaitan).
iii. Redha dan merasa cukup dengan setiap pemberian serta kurniaan Allah walaupun sedikit.
iv. Segala kerja buat di dunia adalah sebagai persediaan menghadapi kematian dan selepas mati. Manusia yang bijak adalah manusia yang paling banyak mengingati mati dan bersedia untuk mati.
Golongan Kedua: Menunaikan Zakat
Seperti yang kita ketahui, zakat berfungsi untuk menyucikan diri manusia. Zakat juga berfungsi sebagai ubat atau penyambuh kepada penyakit fahaman kebendaan dalam diri manusia. Manusia yang selamat adalah manusia yang tidak berfahaman kebendaan. Pada hari ini, ramai di kalangan manusia melakukan sesuatu kerja dengan meletakkan imbuhan atau kebendaan sebagai matlamat. Fahaman ini turut menular kepada golongan yang berpendidikan agama.
"Manusia yang mengejar akhirat, dunia akan datang kepadanya. Tetapi, manusia yang mengejar dunia, akhirat akan menjauhkan diri daripadanya."
Golonga Ketiga: Manusia Yang Beriman Pada Ayat Allah
Dua jenis pengertian kepada golongan yang ketiga. Jenis yang pertama, 'ayat' merujuk kepada ayat-ayat Quran yang ada pada Kitabullah itu sendiri di mana di dalam ayat-ayat tersebut digambarkan pelbagai peristiwa yang menjelaskan kebesaran-kebesaran Allah. Manakala, jenis 'ayat' yang kedua adalahtanda-tanda kebesaran yang diperlihatkan di atas muka dunia sama ada di langit atau di bumi.
Wallahualam.
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/27/2009 10:00:00 PTG
Akhlak Muslim
Berikut beberapa catatan ringkas hasil kuliah maghrib oleh al fadhil Ustaz Zolkharnain Abidin pada 25 Februari 2009 yang baru lalu di Masjid Al Muttaqin Taman Mahsuri, Jitra.
Akhlak Islam Yang Positif
1. Islam menganjurkan seluruh penganutnya menjadi hamba yang kuat serta sanggup menghadapi apa jua cabaran. Sehubungan itu, orang Islam perlu mempunyai satu cita-cita yang tinggi di mana cita-cita tersebut hanya boleh dicapai serta dinikmati dengan adanya satu usaha yang sekuat-kuatnya. Dalam konteks Islam, cita-cita yang tertinggi adalah memasuki Syurga Allah di akhirat kelak. Oleh yang demikian, untuk melayakkan hamba ini memasuki syurga tersebut, segala kerja buat di atas muka bumi ini perlulah seiring dan menepati kehendak peraturan Allah yakni Quran dan Sunnah Baginda S.A.W. Nabi sendiri berpesan agar kita sentiasa memohon pada Allah agar dikurniakan nikmat syurga yang tertinggi.
2. Akhlak Islam yang positif hendaklah cekal dan tidak mudah mengalah pada keadaan. Sebagai contoh yang paling mudah adalah seperti perjuangan dan usaha gigih nabi Allah Ibrahim a.s memerangi sembahan patung-patung berhala oleh umat di zaman tersebut.
3. Akhlak yang baik bukan kita gambarkan kepada umum hanya semata-mat berkurung di dalam masjid di atas tikar sembahyang, tetapi kita perlu berhubung dengan dunia luar yakni mengetahui apa yang berlaku serta mengambil bahagian dengan menerapkan nilai-nilai Islam yang positif dalam menghadapi situasi semasa yang pelbagai pada hari ini.
4. Seterusnya, hamba Allah yang dikurniakan oleh Nya dengan ilmu yang bermanfaat perlulah menyebarkan ilmu tersebut sebagai panduan dan amalan dalam usaha mencapai cita-cita yang disebutkan tadi yakni syurga. Seseorang Muslim tidak boleh membiarkan dirinya menjadi baik seorang sahaja, sedangkan disekelilingnya maksiat bermaharajalela.
Akhlak Islam Yang Syumul
1. Akhlak Islam perlu disesuaikan dengan segala aspek kehidupan dan bukannya untuk hal-hal tertentu sahaja malah boleh digunakan sebagai agen penyelesaian segala permasalahan kehidupan. Nabi berpesan, "Manusia dikurniakan Jasad, maka hiasilah jasad tersebut dengan akhlak Islam".
2. Akhlak yang berkaitan akal. Akal dikatakan berakhlak sekiranya akal tersebut digunakan untuk merenung serta berfikir akan kebesaran Allah, dan akal tersebut dikatakan tiada akhlak sekiranya digunakan untuk mempertikaikan zat Allah. Mohon disimpangkan.
3. Berkaitan perkara (2) di bawah tajuk Akhlak Islam Yang Syumul, orang cerdik mempergunakan kecerdikannya mentafsirkan Quran dan walaupun betul, dia dikira salah dan Allah sediakan tempatnya di neraka. Na'uzubillah, mohon disimpangkan jua. Tafsiran Quran hanya layak kita rujuk adalah yang ditafsirkan oleh Nabi s.a.w, para sahabat, tabiin, dan para ulama yang menepati syarat yang melayakkan seseorang ulama tersebut mentafsirkan ayat-ayat Allah. Sehubungan dengan ini, pernah satu ketika seorang pemimpin negara mencadangkan agar Quran ditafsirkan semula agar bersesuaian dengan zaman ini. Ini suatu yang melampau selaku umat akhir zaman yang serba kekurangan dan disaluti dosa setiap detik dan ketika.
4. Berjayalah orang yang mensucikan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorkan jiwanya.
5. Tiada satu ruang pun dalam kehidupan manusia boleh lari dari akhlak Islam.
Sekadar itu yang sempat saya catatkan pada majlis ilmu tersebut. Yang baik semuanya dari Allah dan milik Allah, silap salah atas kelemahan dan kelalaian saya sendiri.
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/27/2009 09:16:00 PTG
26 Februari 2009
Boikot Barangan Zionis-Lihat Kod 729
Boikot barangan zionis yahudi. Perhatikan barkod ketika membeli barang. Barkod "729" seperti yang ditunjukkan (permulaan nombor barkod) di atas adalah barangan keluaran negara haram tersebut yang mula menyelinap ke negara ini.
Sumber: http://tukartiub.blogspot.com/
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/26/2009 04:12:00 PTG
25 Februari 2009
Gaza
Senikata lagu 'Song For Gaza' amat menyentuh hati dan perasaan. Sempena ceramah oleh Dr. Hj. Jamnul Azhar Mulkan kelmarin yang berkisar kepada pengalaman sebenar beliau di bumi Gaza baru-baru ini (24.02.2009). Pelbagai kisah yang beliau bawakan berkaitan gambaran pengalaman beliau selama hampir seminggu di sana.
Pelbagai foto-foto yang amat menyayat hati apabila melihatnya. Kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh sewenang-wenangnya oleh askar-askar pengganas yahudi. Foto-foto yang beliau tayangkan sememangnya tidak dapat kita lihat di akhbar-akhbar mahupun di laman internet.
Diceritakan bagaimana mayat syuhada-syuhada yang syahid 3, 4, 10 hari masih segar dan berdarah apabila dituntut ahli keluarga untuk pengkebumian, seakan-akan sedang tidur, dan tidak busuk. Jelaslah janji Allah berkaitan para syuhada.
Ramai yang terpaksa dipotong kaki, tangan akibat serangan tersebut. Bahan letupan yang yahudi gunakan mengandungi bahan yang terlarang, di mana bahagian-bahagian badan yang luka akan terus terbakar dan sukar untuk dipadamkan. Sedih melihatnya.
Kesempatan itu juga mereka dibawa menziarah rumah anak Yatim di sana. Daif keadaan, tidak cukup bahan makanan. Tempat teduh kanak-kanak yang kehilangan ibu dan bapa. Sayu menatap foto yang ditayangkan.
Satu lagi kisah, iaitu berkaitan suburnya dan indahnya bumi Gaza, berhampiran Laut Mediteranean. Anggur, kurma, dan ada bendang. Namun di sebelah jajahan Yahudi buminya kontang seakan-akan tumbuh-tumbuhan menyampah melihat perangai mereka yang lebih teruk daripada binatang. Semasa di sana, beliau ceritakan bagaimana hujan yang turun hanya di bumi Gaza, betul-betul ikut sempadan dengan tanah rampasan yahudi, di sebelah Yahudi hujan tidak turun. Allah maha Kaya, maha Mengetahui, Maha Adil. Beliau sendiri pun tidak tahu nak labelkan Yahudi ini sebagai apa. Terlalu jahat dan kejam. Hinggakan kanak-kanak yang sedang menyusu ditembak.
Sama-samalah kita terus berdoa dan menyumbang apa yang termampu untuk saudara-saudara kita di Gaza. Boikot yang sepatutnya diboikot dengan penuh iltizam.
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/25/2009 08:16:00 PG
24 Februari 2009
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they’re dead or alive They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze |
(Composed by Michael Heart) Copyright 2009 |
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/24/2009 04:30:00 PTG
23 Februari 2009
Hikmat
Hasil Pembacaan: Buku "Tip-tip Cemerlang Daripada Quran"
Imam Bukhari dan Muslim menukilkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Tidak ada hasad melainkan dalam dua perkara iaitu, (terhadap) seorang lelaki yang dikurniakan Allah dengan harta benda dan dia menggunakannya mengikut kebenaran. Dan (terhadap) seorang lelaki yang dikurniakan hikmat lantas dia bertindak dan mengajar berdasarkannya."
Berhubung hadis ini, Syeikh Said Hawa berkata di dalam al-Asas fit Tafsir, " Hadis ini menunjukkan maksud hikmat ialah kefahaman tentang kitab Quran dan sunnah serta kefahaman agama."
*** Sekadar taip semula dari buku tersebut untuk peringatan diri yang sering lalai dan alpa.
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/23/2009 03:19:00 PTG
Sah! Undang-undang Islam yang terbaik
Petikan daripada Malaysiakini:
Pengerusi DAP Karpal Singh mahu undang-undang lebih tegas terhadap pencerobohan hak peribadi, terutamanya selepas penyebaran gambar bogel AhliDewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Katanya, hukuman bagi pencabulan hak peribadi mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, adalah satu penghinaan kecerdikan mana-mana orang.
"Denda itu tidak pernah dinaikkan meskipun selepas hampir 54 tahun Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil ini termaktub. Ini amat menghairankan," katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama
Ulasan saya:
Apalah yang menghairankan...setakat itulah undang-undang buatan manusia. Sampai bila-bila tidak akan sesuai dengan perubahan masa dan keadaan. Dah lama dah para ulama kita menggesa agar Undang-undang Islam dipraktikkan atau digunapakai. Inilah dia bukti yang jelas di depan mata. Sampai bila kita asyik pinda, dan pinda, dan terus pinda... Tiada kesudahannya. Buka mata, buka minda, moga beroleh hidayah.
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/23/2009 11:50:00 PG
22 Februari 2009
Terkenang Satu Ketika Dulu
Zaman belajar dulu, kebanyakkan kawan-kawan adalah di kalangan orang Islam. Walaupun pada ketika itu belum lagi Islam, namun berkawan dengan rakan-rakan yang beragama Islam mungkin suatu kebetulan. Sekadar mengenang kembali suatu ketika dulu. Teringat rasa rindu, nak lupakan sayang.
Sekadar nota peringatan pada diri, di mana ia bermula. Antara sedar dan tidak sedar. Mungkin yang bakal dicatat ini perlu kita sama-sama ambil perhatian. Sekali pandang tak penting, dua kali fikir ia amat penting. Oleh itu lebih baik memikir dari merasa atau memandang saja.
Sememangnya pengalaman dulu banyak mendewasakan manusia. Bagi saya, lebih kurang 4 tahun berkawan dengan kawan-kawan Melayu beragama Islam, seingat saya lah, tak pernah mereka mengajak saya kepada Islam. Bukan memburukkan kawan-kawan, cuma koreksi diri. Mungkin mereka tidak berani bercakap berkaitan agama sebab kita di Malaysia dididik untuk tidak menyentuh isu-isu sensitif, antaranya melibatkan agama. Silap tu! Jangan nanti kita di akhirat dipersoalkan tugas kita mengajak kepada kebenaran. Takut nanti kawan-kawan yang tidak sempat Islam menyalahkan kita kerana mereka mati tanpa bersama Islam. Apa lah salahnya kita berbicara berkaitan Islam, cerita janji Allah kepada orang Islam, dan macam-macam kebaikan yang Islam ajar yang boleh dikongsikan dengan mereka yang belum Islam. Bagaimana ya, kita nak dapatkan kekuatan itu.
Tapi kiranya ada kawan-kawan yang terbaca catatan ini, jangan terusik hati kerana walaupun tiada kekuatan untuk membicarakan tentang Islam, namun tauladan yang ditunjukkan banyak membantu ke arah penyesuaian diri pada peringkat awal saya bersama Islam. Secara jujur saya nyatakan di sini bahawa orang belum Islam banyak ditakutkan dengan perkara-perkara remeh temeh seperti, kalau masuk Islam kena sunat, kalau masuk Islam kena tukar nama, kalau masuk Islam banyak pantang larang, dan sebagainya. Sewajarnya perkara-perkara ini tidak usah disebut kerap sangat. Cuba bercerita perkara-perkara indah tentang Islam. Saya pernah terbaca satu tulisan berkaitan pengalaman seorang Saudara Kita, beliau menyebutkan bahawa "Islam itu dihijab oleh orang Islam itu sendiri". Contohnya seperti yang dinyatakan tadi. Ditakut-takutkan dengan perkara yang remeh-temeh. Kesian orang seperti kami ini. Dilahirkan dalam keluarga belum Islam, tiada usaha ajakan kepada Islam, yang ditunjukkan di TV banyak yang tak elok daripada yang elok, lepas itu ditakut-takutkan dengan hal remeh-temeh.
Bukanlah niat hendak menyalahkan mana-mana pihak, namun perkara kebaikan perlu disampaikan. Terima atau tidak bukan kerja kita, tanggungjawab kita adalah menyampaikan perkara baik. "Mengajak maaruf, mencegah mungkar".
Catatan sekadar mengingatkan diri.
Labels: Iban Muslim, Islam, Mualaf
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/22/2009 10:45:00 PTG
20 Februari 2009
Jom Masuk Islam
Saya dengan ini mencadangkan agar Kerajaan Malaysia menganjurkan acara yang bakal disenaraikan di bawah secara besar-besaran;
1. Karnival Jom Masuk Islam
2. Jom Sure Tutup Aurat
3. Karnival Jom Solat 5 Waktu Berjemaah
4. Konsert Khatam Quran Beramai-ramai
5. Jalan-jalan Cari Majlis Ilmu
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/20/2009 11:12:00 PTG
19 Februari 2009
Ku Pohon HidayahMu
Acapkali terfikir dibenak fikiran bagaimanakah cara yang patut aku lakukan untuk mengIslamkan Mak, Abah, Adik-beradik yang masih belum lagi mengecapi nikmat iman dan Islam. Aku sedar, hidayah itu hak mutlak Allah. Sebagai makhlukNya aku hanya mampu berusaha segiat yang terdaya. Kelu lidah untuk mengajak mereka kepada iman. Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambamu yang lemah ini. Tiada daya upayaku selain mengharapkan Mu ya Allah.
Apabila terkenangkan mereka yang jauh di seberang sana...terkenangkan agama mereka...macam-macam penaakulan yang dibuat, tak kan aku nak biarkan mereka terus begitu. Memanglah kalau aku balik ke kampung menziarah mereka dengan membawa isteri dan anak-anak, mereka faham aku orang Islam. Mereka semakin faham bahawa sebagai seorang Islam aku perlu bersembahyang, makan yang halal, kaedah penyediaan makanan pun perlu halal. Mereka tahu semua itu. Dari aspek itu aku syukur. Aku tidak perlu risau pasal itu. Berbeza dengan 7 tahun yang lalu, aku terpaksa solat sembunyi-sembunyi. Sekarang tidak, malah kalau kami sekeluarga balik ke kampung, mak akan panggil untuk menyucikan perkakasan masakan yang ada sebelum memasak.
Tapi...bukan itu yang ingin diluahkan. Perkara pokok di sini adalah, bagaimana aku nak menanamkan benih-benih keimanan di dalam diri mereka hingga mereka tergolong di dalam golongan orang yang Taqwa. Aku kebingungan sebenarnya bila persoalan ini melintas di fikiran. Jauh di sudut hati untuk membiarkan mereka terus berada di jalan itu. Beruntungnya saudara-saudara sekelian di luar sana yang mempunyai mak ayah, adik-beradik yang sudah Islam. Bersyukurnya. Jagalah mereka saudaraku sekelian. Kaya manapun kita, iman itu tidak boleh dijual beli. Mungkin persoalan yang sepertimana yang aku fikirkan tidak memberati kepala tuan-tuan semua. Cuma nak maintain aja.
Aku renung...aku fikir...aku bayangkan...aku andaikan...akhirnya kadang-kadang sebak di dada. Di mana mereka di akhirat nanti? Bukan aku bagus. Namun aku yakin dengan janji Allah. Moga Allah menempatkan semua yang beriman di tempat yang dijanjikan dan diimpikan serta dicitakan semua orang yang beriman. Namun, jika tidak sekelumit iman di hati...Ya Allah berikan hidayah kepada ahli keluargaku yang belum mendapat hidayah daripadaMu dan kekalkan hidayah yang engkau berikan kepada seluruh umat Islam.
Inilah persoalan yang belum ada noktahnya dalam hidupku. Aku Fikir, Aku Risau, Aku Tiada Daya Upaya...dan Hanya Mampu Berdoa
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/19/2009 10:08:00 PTG
18 Februari 2009
Takwa
Sahabat, Omar bin Khattab pernah bertanya kepada sahabat, Ubai bin Kaab maksud takwa.
Ubai berkata,
" Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?"
Jawab Omar,
" Ya, pernah."
Ubai bertanya lagi,
" Apakah yang kamu lakukan ketika itu?"
Omar berkata,
" Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu)."
Berkata Ubai,
" Itulah takwa."
Daripada jawapan ini, dapatlah disimpulkan bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak terjebak dengan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh semasa beramal berlandaskan Quran dan Sunnah.
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/18/2009 11:12:00 PG
16 Februari 2009
Masih ada cahaya pengharapan
Menurut Dr. Walid a. Fatihi dari Harvard Medical School, Boston, selepas tragedi 11 September 2001, beliau, isteri dan anak-anaknya telah dijemput menghadiri satu program di gereja terbesar di Boston iaitu Trinity Church.
Diceritakan lebih kurang 1000 orang telah membanjiri gereja tersebut termasuk Datuk Bandar Boston. Beliau diminta berucap mewakili Persatuan Islam di Boston. Dalam Ucapan tersebut, beliau membaca ayat-ayat Quran yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris bagi menjelaskan ajaran Islam yang murni.
Beliau menceritakan bahawa itu adalah saat yang tidak mungkin dilupakan kerana beliau dapati para hadirin menitiskan air mata selepas mendengar ayat-ayat tersebut dibacakan.
Selesai sahaja majlis berkenaan, seorang wanita menemuinya dan berkata, " saya tidak memahami bahasa arab tetapi saya tidak meragui bahawa apa yang kamu bacakan tadi ialah kalam Allah". Sambil menitiskan air mata wanita itu memberikan sehelai kertas kepadanya yang tertulis, " maafkanlah kesalahan kami yang lampau dan yang kini. Teruskan berdakwah kepada kami".
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/16/2009 12:22:00 PTG
Cemerlang. Adakah aku orang itu?
Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.
Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan oleh Allah.
Menurut Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin bab Syukur, ciri-ciri kebahagian di akhirat yang tidak ada di dunia dibahagikan kepada empat;
1. Keadaannya kekal abadi
2. Kegembiraan berkekalan
3. Tidak wujud lagi kejahilan selepas itu
4. Tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu
Amat benarlah maksud sabda nabi bahawa "kesempurnaan nikmat adalah memasuki syurga".
Namun, nak masuk syurga Allah telah sediakan piawaian / kriterianya. Sebagai umat Islam yakni agama benar, kita dapat selak satu persatu piawaian tersebut di dalam kitab suci al-Quran nul karim.
Hanya dengan formula Quran sahaja seiiring dengan contoh praktikal melalui sunnah nabi, umat bergelar manusia akan berjaya di dunia dan akhirat.
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/16/2009 12:02:00 PTG
14 Februari 2009
Sekadar ingatan kepada diri
Allah kurniakan kenikmatan/kekayaan dunia kepada seluruh manusia sama ada dia beriman atau kufur (orang bukan Islam).
Namun Allah hanya kurniakan iman dan hidayah hanya kepada manuasia yang Dia pilih, sayang, dan suka sahaja yakni orang-orang yang beriman (ISLAM).
Yang kufur pastilah ditempatkan di neraka jahanam, manakala yang beriman sudah pasti disediakan syurga yang kekal dengan kenikmatan dan kelazatan yang tak pernah dilihat dek mata, tak pernah didengar dek telinga, dan tak pernah terfikir dek minda.
Sama-samalah kita renung dan fikir, kita nak pilih yang mana. Nak nikmat yang sementara atau yang kekal selamanya.
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/14/2009 10:31:00 PG