Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

24 April 2010

Ceramah Politik Dalam Masjid Tak Salah - TG Nik Abdul Aziz

"Siapa ajar tidak boleh cakap politik di masjid. Urusan politik ini disebut dalam al-Quran. Ini kerja saki baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik. Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan"
[Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat]

(Sumber: mStar Online, Klik Di Sini)