BN menang Parlimen Hulu Selangor
P Kamalanathan(BN) = 24,997 undi
Zaid Ibrahim (PKR) = 23,272 undi
Majoriti 1,725 undi kepada BN
25 April 2010
Rasmi: BN Menang Majoriti 1725 undi
Labels: Pilihanraya kecil (PRK)
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/25/2010 09:21:00 PTG
Adab Berdoa
1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.
2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Nabi Muhammad.
3. Mengadap ke Kiblat.
4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum berdoa.
5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.
6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan diri.
7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka-mereka yang lain.
8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.
9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian ataupun pekerjaan.
10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
...peringatan untuk diriku yang lalai...
Labels: Doa
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/25/2010 02:57:00 PTG
11 Yang Doanya Makbul
2. Doa dari para nabi dan rasul.
4. Doa dari orang yang soleh dan bertaqwa.
5. Doa kedua ibu bapa ke atas anak-anaknya.
7. Doa dari orang yang dizalimi atau dianiaya.
8. Doa dari orang yang berpuasa.
9. Doa dari orang tua dan kanak-kanak.
11. Doa dari orang yang keluar bermusafir pada perkara yang diharuskan oleh syara'.
Labels: Doa
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/25/2010 02:50:00 PTG
10 Sebab Doa Tertolak
3. Kita mengakui bahawa syaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.
4. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungannya.
5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.
6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.
7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.
8. Kita mengiringi dan mengebumikan jenazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.
9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.
10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-orang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.
Labels: Doa
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/25/2010 02:43:00 PTG
Doa Ringkas Selepas Solat
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Labels: Doa
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/25/2010 02:35:00 PTG
MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH DI LANGKAWI
Aksi terbang atas pasir...
Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kamilah, kami akan kembali...
Berada di puncak...
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/25/2010 08:13:00 PG
24 April 2010
Ceramah Politik Dalam Masjid Tak Salah - TG Nik Abdul Aziz
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/24/2010 06:13:00 PTG
TERJEMAHKAN AL-QURAN SEBAGAI SISTEM PERUNDANGAN, BUKAN SEKADAR UNTUK MATI
Alangkah indahnya dunia ini seandainya keseluruhan kandungan Al-Quran itu dapat diterjemahkan sepenuhnya sebagai satu undang-undang yang dikuatkuasakan.
Dengan ini, masalah manusia diselesaikan dengan manual yang betul. Manual yang diciptakan oleh Pencipta manusia dan seluruh isi alam ini.
Lahirnya masalah dari hari ke hari kekadang membuatkan manusia kelam-kabut mencari di mana punca dan cara penyelesaian yang releven. Mungkin dek kerana kedegilan kita yang enggan menerima Al-Quran sebagai sistem perundangan yang digunapakai untuk mentadbir kehidupan, maka sampai kiamatlah masalah itu tidak akan selesai. Di akhirat, kita akan diherdik di atas keengganan kita menerima sistem Islam yang syumul sebagai panduan hidup.
Dari hari ke hari timbul pelbagai masalah atau gejala mungkar yang meloyakan. Buang bayi, gugur bayi, dera kanak-kanak, zina, bersekedudukan, rasuah, penipuan, dan banyak lagi.
Mengapa kita pening memikirkan di mana punca semuanya ini. Sebab utamanya adalah kerana kita enggan menerima Islam sebagai sistem perundangan. Islam bolah membuatkan kita tertib. Islam membimbing kita ke jalan yang selamat. Islam membuatkan kita berfikir dua tiga kali sebelum melakukan sesuatu, apatah lagi yang berhubungkait dengan kemungkaran. Islamlah penyelesai segala masalah. Dengan syarat! Diamalkan secara total! Bukan ambik separuh, buang separuh. Sesuaikan diri kita dengan hukum Islam, dan bukannya kita sesuaikan hukum Islam dengan kehendak nafsu kita.
Timbul pula soal masjid!
Apa peranan masjid? Bukankah di zaman Rasulullah s.a.w masjid menjadi pusat segala aktiviti Islam termasuklah dijadikan pusat dakwah, pusat ilmu, tempat perbincangan untuk menyelesaikan pelbagai masalah, sehinggalah dijadikan puasat pentadbiran kerajaan Islam yang dipimpin Baginda pada ketika itu.
Islam itu mencakupi keseluruhan ruang lingkup kehidupan. Nikah kahwin, jual beli, bermasyarakat, pendidikan, sehinggalah politik.
Politik? Ya. Mentadbir urus kerajaan Islam di Madinah pada ketika itu sebagai contoh. Bukankah itu politik? Semua ini pengurusannya berpusat di Masjid.
Cukuplah kita seorang yang jahil. Jangan kita menjahilkan masyarakat Islam keseluruhannya. Jangan kerana kepentingan tertentu, kenyataan yang dikeluarkan mengelirukan masyarakat umum. Lagi-lagi rakan-rakan saya yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan Islam.
Tugas kita sebagai umat Islam adalah bersatu untuk menterjemahkan dan memartabatkan Islam sebagai undang-undang yang digunapakai dalam sistem pemerintahan kerajaan. Janganlah jadikan Islam ini sebagai agama kematian dan agama untuk urusan tertentu sahaja. Apabila mati baharu nak kalut bacakan Yaasin sepanjang hari. Apabila mati, baharulah kalut nak cari di mana orang agama untuk uruskan pengebumian.
Sedarlah wahai diriku yang jahil ini...Di akhirat nanti setiap inci pergerakkan kita di dunia pasti dipersoalkan. Bersedialah wahai diriku...
Nota: Tulisan ini sekadar untuk memperingati diriku yang lalai...Tiada tujuan yang lain...Untuk diriku...
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/24/2010 07:41:00 PG
19 April 2010
Volcano casts cloud over European economy
By the end of the day on Sunday, a total of 63,000 flights had been canceled in the four days since ash from a volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland closed the airspace of a large swath of Europe, according to air traffic authority Eurocontrol. The air travel and freight disruptions are costing airlines at least $200 million a day and perhaps billions more to the affected economies, one industry group warned. (Full Story) Source:CNN
Labels: Volcano
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/19/2010 11:36:00 PTG
PRK HULU SELANGOR: BN vs PKR, Bebas Kecut
Labels: Pilihanraya kecil (PRK), Politik
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/19/2010 11:21:00 PTG
18 April 2010
PAGAR SYURGA DAN NERAKA
Labels: Hadis Qudsi
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/18/2010 08:01:00 PG
17 April 2010
4 PENJURU DI HULU SELANGOR: CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK MENURUT TOKOH ISLAM
"Punya daya intelek yang tajam, berpengetahuan, berani, sayang pada rakyat, diplomatik, jauh pandangan, tegas dan benar-benar berazam, menentukan semua pegawai-pegawai,ketua-ketua,dan wakil menjalankan tugas mereka dengan baik dan sempurna." [Al-Ghazali]
Labels: Politik
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/17/2010 05:24:00 PTG
ASAP HITAM LUMPUHKAN EROPAH
"Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?" [41]
"Serta naungan dari asap hitam," [43]
"Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan." [44]
"Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan)." [45]
Rasulullah saw. melihat kami ketika kami sedang berbincang-bincang seraya bertanya "Apa yang sedang kalian perbincangkan?". Jawab para sahabat, "Kami berbincang-bincang mengenai hari kiamat". Sabda Beliau, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum terlihat sepuluh macam tanda: 1.Ad Dukhan(asap atau kabut), 2. Dajjal(Si penipu besar), 3.Dabbah(binatang melata), 4.Matahari terbit di barat, 5.'Isa anak Maryam a.s turun, 6.Ya'juj dan Ma'juj, 7.Gerhana di timur, 8.Gerhana di barat, 9.Gerhana di Jazirah 'Arab, 10.Api menyala di yaman menghalau umat manusia ke mahsyar(tempat berkumpul)
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/17/2010 10:38:00 PG
15 April 2010
"Kaum Ganti Agama". Pentingkan isinya berbanding kulit!
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/15/2010 09:38:00 PG
GEMPA DI CHINA: 589 MATI, BERIBU CEDERA
(CNN) -- A rapid series of strong earthquakes hit a mountainous and impoverished area of China's Qinghai province early Wednesday, killing 589 people, state-run media said, quoting local quake relief headquarters.
At least 10,000 others were injured, the Xinhua news agency reported, and many victims, including school children, were buried under debris. Rescuers were struggling to clear debris with their hands and save those trapped below.
Nearly 60 of the dead were students at several schools in the province, authorities told Xinhua, and more than 50 are trapped in the debris with little chance of rescue.
Xinhua reported that 25 students were rescued from a vocational school, and another 23 from a primary school.
A 6.9-magnitude earthquake, as measured by the U.S. Geological Survey, struck at 7:49 a.m. local time (7:49 p.m. ET Tuesday), when many citizens were still at home and schools were beginning the day. The USGS also recorded several strong aftershocks -- one of magnitude 5.8 -- all within hours of the initial quake. Full Story (Click here).
Source: CNN
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/15/2010 09:12:00 PG
14 April 2010
IMAN, ISLAM, IHSAN
Hadis ke-2 dalam "Syarhul Arba'iina Hadiitsan An Nawawiyah" karangan Imam Nawawi
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ .
[رواه مسلم]
Erti hadis / ترجمة الحديث :
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk di sisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: "Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?", maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : "Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu", kemudian dia berkata: "anda benar". Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: "Beritahukan aku tentang Iman". Lalu beliau bersabda: "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk", kemudian dia berkata: "anda benar". Kemudian dia berkata lagi: "Beritahukan aku tentang ihsan". Lalu beliau bersabda: "Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau" . Kemudian dia berkata: "Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)". Beliau bersabda: "Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya". Dia berkata: "Beritahukan aku tentang tanda-tandanya", beliau bersabda: "Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya", kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: "Tahukah engkau siapa yang bertanya?". aku berkata: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Beliau bersabda: "Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian".
Hadis ini merupakan hadis yang sangat dalam maknanya, kerana di dalamnya terdapat pokok-pokok ajaran Islam, iaitu Iman, Islam dan Ihsan.
Hadis ini mengandungi makna yang sangat agung kerana berasal dari dua makhluk Allah yang agung, iaitu: Amiinussamaa’ (kepercayaan makhluk di langit/Jibril) dan Amiinul Ardh (kepercayaan makhluk di bumi/ Rasulullah)
Pelajaran yang terdapat dalam hadis / الفوائد من الحديث :
Disunnahkan untuk memperhatikan keadaan pakaian, penampilan dan kebersihan, khususnya jika menghadapi ulama, orang-orang mulia dan pemerintah.
Siapa yang menghadiri majlis ilmu dan menyedari bahawa orang–orang yang hadir berkeinginan untuk mengetahui suatu masalah dan tidak ada seorangpun yang bertanya, maka wajib baginya bertanya tentang hal tersebut meskipun dia mengetahuinya agar peserta yang hadir dapat mengambil manfaat darinya.
Jika seseorang yang ditanya tentang sesuatu maka tidak ada cela baginya untuk berkata: "Saya tidak tahu", dan hal tersebut tidak mengurangi kedudukannya.
Kemungkinan malaikat tampil menyerupai manusia.
Termasuk tanda hari kiamat adalah banyaknya penderhakaan serta penghinaan terhadap kedua orang tua. Sehingga anak-anak memperlakukan kedua orang tuanya sebagaimana seorang tuan memperlakukan hambanya.
Bukanlah satu tuntutan agama untuk mendirikan bangunan yang tinggi dan menghiasnya secara melampau-lampau tanpa sebarang keperluan yang utama.
Di dalamnya terdapat dalil bahawa perkara ghaib tidak ada yang mengetahuinya selain Allah Ta’ala.
Di dalamnya terdapat keterangan tentang adab dan cara duduk dalam majlis ilmu.
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/14/2010 03:05:00 PTG
13 April 2010
BAHAYA MENGUMPAT!!!
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
1. Al Ghibah: Menyehut ke’aiban atau kecacatan seseorang yang ‘aib itu memang ada pada diri orang tersebut.
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/13/2010 11:43:00 PTG
TAFSIR QUR'AN Per Kata Dilengkapi Asbabun Nuzul & Terjemahan
Alhamdulillah...kitab yang saya tempah semalam telah selamat sampai hari ini. Kitab "TAFSIR QURAN PER KATA + ASBABUN NUZUL".
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/13/2010 10:14:00 PTG
12 April 2010
Aku dibuang di sini...Apa dosaku wahai ibuku...
Foto: ondscene.blogspot.com
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." [Al-Isra: 32]
Apalah dosa bayi ini sehinggakan dirinya tidak diberi peluang untuk hidup di dunia ini. Nyawa ini dibiarkan mati dengan kejam dan dilemparkan di tong sampah tanpa ada perasaan bersalah, apatah lagi berasa berdosa yang amat besar di sisi Allah.
Amaran Allah adalah jelas berkaitan zina dan membunuh, cuma manusia masih berdegil dan dengan sombong melanggari setiap perintah Allah. Bayi ini akan menjadi saksi dan akan menudingkan jarinya kepada siapa yang memperlakukan dirinya sebegini di dunia. Kita merasakan boleh bersembunyi dan lari daripada perbuatan jahat yang dilakukan tanpa mengira dari satu sudut yang lain bahawa setiap gerak geri kita sepanjang masa dipantau dan dicatit satu persatu oleh dua malaikat Raqib dan Atid.
Samalah kita insafi dosa yang dilakukan sebelum kita dijemput ke negeri abadi. Pandanglah wajah-wajah anak-anak kita yang tidak berdosa...di situ tersembunyi satu amanah daripada Tuhan untuk hamba-Nya.
Andai bayi ini mampu bersuara, pasti dia akan berkata, "Ayah...Ibu...Apakah dosaku...Aku tak diperlukan di dunia ini kah...jangan bunuhku wahai ibuku...aku sayang kamu ayah...aku sayang kamu ibu..."
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/12/2010 08:32:00 PG
10 April 2010
7 April 2010
2 April 2010
At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur'an
Alhamdulillah...3 Jumaat aku bersabar menunggu giliran untuk memiliki kitab ini, akhirnya hari ini diberi peluang oleh-Nya memiliki kitab berharga ini. ...
Kitab ini digunakan untuk Pengajian Kuliah Dhuha bersama Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yahya di Masjid Pelubang, Jitra setiap Jumaat. Kupasan Kitab Tafsir Nurul Ehsan dan kitab karangan Imam Nawawi ini...At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur'an
Mari mengaji...Bersama mengunjungi taman-taman syurga...
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/02/2010 07:09:00 PTG