Riwayat dari Abu Hurairah r.a, berkata beliau: Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi.
Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan solat, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam solat Isyak dan solat Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak."
[Bukhari-Muslim]
Selamat beribadat. Selamat bersegera mengerjakan kebaikan, lebih-lebih lagi di Hari Jumaat yang mulia ini yang digelar sebagai Penghulu Segala hari bagi kita umat Islam.
Ya Allah...jadikan aku dan zuriat keturunanku orang yang patuh pada perintah-Mu dan jauhi kami daripada lalai dalam mengingati-Mu...