Kiri, Rev. Canon Mary Glasspool, J. Jon Bruno dan Rev. Canon Diane Bruce, selepas dilantik sebagai pembantu paderi besar pada 5 Disember 2009.
PENGANUT agama Kristian dari 'Episcopal Diocese Los Angeles' melantik seorang paderi lesbian sebagai pembantu paderi besar pada Sabtu lalu.
Pelantikan ini besar kemungkinan akan menimbulkan ketegangan di antara penganut agama Kristian dari mahzab Anglican di gereja tersebut.
Paderi Rev Canon Mary Glasspool, 55, dari Baltimore ialah paderi homoseksual pertama dilantik sebagai pembantu biskop selepas pelantikan Gene Robinson dari New Hampshire pada 2003 mengancam perpaduan di kalangan ahli-ahli gereja.
Bagaimanapun, pelantikan Glasspool sebagai pembantu uskup mesti diluluskan oleh gereja kebangsaan Amerika.
Pelantikan golongan homoseksual sebagai paderi dan isu-isu yang berkaitan dengannya telah menyebabkan kira-kira 100,000 orang daripada golongan Episcopal berpisah dan memulakan gereja mereka sendiri.
Golongan yang terpisah ini menggelarkan diri mereka sebagai ahli gereja 'North America.'
Kebanyakan daripada gereja-gereja mahzab Anglican dari Afrika telah putus hubungan dengan gereja-gereja Anglican dari Amerika disebabkan isu tersbut.
Pada Julai tahun ini, dua juta daripada ahli-ahli dari gereja Episcopal menghentikan pelantikan golongan homosekual sebagai paderi buat sementara waktu.
Ini secara tidak langsung menghentikan perselisihan faham di antara golongan liberal dan konservatif dari gereja Episcopal yang juga merupakan penganut agama Kristian dari 80 juta mazhab Anglican di serata dunia.
Sementara itu, Glasspool menulis dalam sebuah laman portal luar negara yang beliau sangat teruja melihat masa depan gereja Episkopal.
"Saya gembira melihat kawasan uskup di Los Angeles kerana dapat menerima paderi yang mengamalkan cara hidup lesbian," tambahnya lagi.
Glasspool telah berkhidmat sebagai seorang paderi selama 27 tahun dan ayahnya juga merupakan seorang paderi di sebuah gereja Episcopal.
Sekiranya pelantikan Glasspool sebagai pembantu uskup tidak diluluskan oleh gereja nasional, beliau akan diserap masuk untuk menjadi pembantu biskop kepada J.Jon Bruno pada bulan Mei depan di kawasan uskup yang mempunyai kira-kira 70,000 orang ahli. Turut akan dilantik ialah pembantu biskop Rev Canon Diane Bruce.
Isu perlantikan Glasspool sebagai pembantu uskup di Amerika menghangatkan lagi isu-isu sedia ada yang berkaitan seperti perkahwinan pasangan homoseksual, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis, serta kedudukkan golongan homoseksual dalam angkatan tentera.
Kajian sering kali menunjukkan penerimaan golongan homoseksual dan lesbian di kalangan rakyat Amerika semakin meningkat.
Namun begitu, kepercayaan penganut agama Kristian dari mazhab Protestan dan Mormon yang berkembang secara pesat di Amerika mengganggap perhubungan homoseksual sebagai dosa dan haram mengikut kitab agama Kristian, iaitu Bible.